10 | Isha

11K 1.2K 304
                                    

Seminggu berlalu dengan pantas, kehidupan aku kembali normal setelah si Dryan tu dikhabarkan ke Itali pula selepas ibu bapa kitorang pulang dengan selamat. Entah balik bila, bukan urusan aku. Aku dan Ariq, hmm aku nampak dia cuba baiki hubungan kitorang. Sejak Dryan takde ni tapi entahlah. Hati aku ni... Tetap rasa tak kena. Tak macam dulu, dia seperti bukan Ariq yang aku kenal.

Ralit aku termenung setelah menghabiskan tugasan yang guru Matematik Tambahan beri tadi, bahuku dengan tepuk seseorang. Kepala aku angkat, memandang ke arah seorang gadis yang melemparkan segaris senyuman ke arah aku. Cantik, rambutnya panjang dan manis senyuman.

"Hai, Reen kan?" Aku mengangguk dengan keliru. Aku tak pernah nampak dia sebelum ini. Siapa dia ni? "Macam mana boleh kenal aku?" Aku menyoal kembali sebelum mengajak untuk duduk di kerusi pondok yang bertentangan dengan aku. "Siapa je yang tak kenal pemain piano dan violin yang terkenal dalam sekolah ni?" Erk... Ye lah, aku ni dalam sekolah dikatakan ramai juga yang kenal... Itu pun sebab aku aktif dalam pelbagai pertandingan sama ada di dalam sekolah mahupun luar tapi dia ni...

" Aku Raisha, budak baru dalam sekolah ni." Eh? Oh, jadi dia lah budak baru yang bernama Raisha tu? Tiba-tiba aku jadi berminat nak teruskan. Otak aku sekilas terbayang raut wajah kacukan Dryan Wyatt. Grr, dia minat perempuan macam ni? Patutlah, cantik dan sopan je. Dryan tu je yang tak cukup adab. "Haiii, aku Nuryn. Orang panggil Reen macam kau sebut tadi." Kitorang berjabat tangan setelah itu. Aku yang nampak kekok sekarang ni manakala Raisha nampak mesra dan senang sesuaikan diri.

"Kau kenal Dryan tak, Raisha?" Erk... Terlalu jelas sangat ke soalan aku ni? Dryan cakap nak jaga dia dari jauh, jadi mungkin logik kalau Raisha tak berkawan dengan Dryan.

"Dryan Wyatt? Mestilah kenal. Dia dari keluarga Wyatt," balas Raisha dengan nada riang yang dia ada. Agaknya dia tak faham soalan aku. Kalau yang tu, aku pun tahu. Wyatt Family bukan terkenal dalam negara ni je tapi dari luar negara.

Maksud aku... Dia berkawan tak dengan Dryan... Tapi kalau aku tanya lagi mesti macam pelik pula. Ah, biarlah. Tak payah nak masuk campur urusan percintaan mamat Itali sewel tu. Aku dapat tengok Raisha di secara berdepan pun dah okay. Ya, dia memang cantik dan sopan. Macam tak kena je dengan Dryan Wyatt.

Jam tangan dikerling sekilas, sudah tiba masa untuk masuk ke dalam kelas. Waktu rehat sudah hampir berakhir jadi aku mula bangun dari bangku. "Kau kelas mana, Raisha?" Apa yang pasti, dia bukan blok sains sebab aku tak nampak dia sebelum ni sejak khabar kata ada budak baru tu. "Aku sekelas dengan Ariq. Aku minta diri dulu. Jumpa kau lagi, Reen." Belum sempat aku menegur, Raisha sudah pantas meninggalkan pondok ini.

Barangkali tak mahu lewat masuk ke dalam kelas. Dia kenal Ariq? Uh, sekelas kan? Mungkin dia cakap macam tu sebab tahu aku ada hubungan dengan Ariq. Ah, lantak. Aku kena masuk ke dalam kelas cepat. Lepas ni masa Cikgu Hana, garang.

Kaki mula melangkah, seiring dengan otakku yang mula terlayar sedikit memori nakal Dryan Wyat, Izz dan Kimi. Mereka selalu nakal dengan guru yang lain terutama sekali Cikgu Hana. Senyuman ringkas terukir tanpa sengaja apabila teringat, " Lama lagi ke kau dekat sana?" Ugh, asal aku teringatkan dia pula ni bila sebut tentang Cikgu Hana? Alahai, Dryan...

DAHI aku mula berkerut, apa yang dikatakan Ariq buat langkah aku terbantut di tengah jalan. "Awak tak boleh hantarkan saya? Kenapa tak beritahu awal..." Sungguh aku tak faham dengan Ariq ni, tak boleh ke dia bagitau awal pagi tadi? Sudahlah aku terlupa bawa purse hari ni, ditambah dengan telefon awam di sini memang rosak disebabkan monyet bertopengkan manusia. Takkan aku nak kena patah balik, tumpang telefon awam dalam asrama? Itu je cara kalau tak nak pinjam telefon sesiapa.

Nampak agak menyusah di situ. "Saya minta maaf, Reen. Saya memang tak sempat nak hantarkan awak. Saya ada urusan penting dekat hospital." Ah... Maybe sebab aunty... Aku cuba faham lagi walaupun ini bukan kali yang pertama Ariq buat tapi kali ini...

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now