♔BAB 052♔

8.5K 185 18
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕾esampai saja Kayla di rumah, dia ada ternampak sebuah kereta yang asing dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Kayla mencebik kepada abang tirinya.

"Kau tak bagitahu pun yang kita ada tetamu. So, apa pula agenda mak kau kali ni? Dia mesti nak suruh papa ceraikan mama kan?" Tuduh Kayla dengan melulu. Aymar membulatkan mata dan laju menggeleng. Dia menafikan tuduhan Kayla terhadap ibunya.

"Jangan terlalu Su'uzon dengan semua ni. Saya kenal dengan ibu saya. Dia bukan seorang yang suka ambil kesempatan terhadap papa awak."

"Habis tu, apa semua ni? Tetamu ni siapa pulak? Orang gila?" Kayla tidak kira. Dia akan terus menyoal abang tirinya sehingga dia mendapatkan jawapan yang logik dan munasabah.

"Tak ada guna awak nak soal-soal saya macam ni, Kayla Khaisara. It's useless because I know nothing." Bicara Aymar sejujurnya. Kayla hanya menjeling lelaki itu sebelum dia keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah.

Siapapun tetamu itu, Kayla rasa sangat tidak sedap hati. Dia ada sebuah firasat buruk yang mengatakan bahawa dirinya mempunyai sesuatu yang telah hilang sekian lama. 

Mungkin seseorang.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"Silakan minum. Buat macam rumah sendiri." pelawa Rosella tersenyum setelah membenarkan maid menuang teh lemon ke dalam cawan-cawan yang antik dan mewah.

Semua hiasan perabot dan barang-barang di dalam rumah ini kelihatan mewah dan unik seperti di rumah Datin Khairina. Tetapi rumah Rosella kelihatan lebih mewah lagi berbanding dengan wanita itu. Kritik Lalissa dalam hati. 

Lalissa dan Isyraf saling berpandangan dan membalas senyuman Rosella.

"Terima kasih, Permaisuri Rosella." Mereka berdua pun menghirup air teh dengan nikmatnya. Rosella terkedu.

"Permaisuri?" Tanyanya hairan. Isyraf dan Lalissa baru menyedari hal itu.

"Kami ada baca biodata awak dalam internet sebelum berjumpa dengan awak." Isyraf memberi penjelasan. Lalissa hanya mengangguk saja.

"Ah sebab itu rupanya... Biodata saya ada di internet ke? Macam tak percaya jea. Sebab saya tak pernah ambil tahu pasal berita dalam media sosial. Selalu sibuk dengan kerja sambil besarkan anak saya." kata Rosella jadi malu sendiri. 

"Awak ada anak?" Tanya Isyraf berhati-hati. Rosella mengangguk perlahan.

"Ada perempuan seorang. Namanya Kayla Khaisara." beritahu Rosella tersenyum mesra.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now