♔BAB 032♔

18.1K 242 24
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕺rang-orang lain pernah berkata bahawa jika seseorang itu sedang bersedih, menangislah sepuas-puas hati sehingga berasa lega. Namun, hati seorang gadis yang sedang duduk sambil berpeluk lututnya masih belum pulih dari segala derita yang dilalui.

Hatinya terasa sempit. Dikuasai oleh sifat kejahatan, kedengkian dan kebencian terhadap orang yang tidak bersalah.

Mysha masih menangis. Meskipun matanya akan sembab, bengkak atau luka disebabkan terkena jangkitan, dia sudah tidak peduli lagi akan semua itu. 

Mysha memerhatikan langit yang senja. Bila difikirkan semula, dia berasa takut hendak pulang ke rumah. Ibu bapanya adalah orang-orang yang baik. Tapi kenapa Mysha mensia-siakannya?

Wajah ditekup dengan kedua-dua tapak tangan. Menyesal.

Dari lubuk hati, dia berasa sangat malu pada dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dari lubuk hati, dia berasa sangat malu pada dirinya sendiri. Malu untuk berjumpa dengan ibu bapa. Malu hendak menjelaskan perkara yang sebenar. Malu hendak bersemuka serta takut untuk berhadapan dengan segala-galanya.

"Mysha."

Entah siapa yang memanggil membuatkan Mysha terkejut dan segera menoleh. Dia kaget.

"Kau?!" Mysha segera berdiri dan memandang tajam seorang lelaki yang sedang menghampirinya.

Daniel berjalan sambil menundukkan wajahnya apabila dirinya dipandang benci oleh Mysha.

"Kenapa kau datang sini?! Apa yang kau nak lagi daripada aku? Tolonglah! Aku dah tak ada apa-apa! Hidup aku dah lama musnah dan semuanya disebabkan aku! Bukan kau!"

"Mysha, look at me. Bagi aku masa untuk jelaskan semuanya dekat kau. Aku bukan sengaja buat kau macam tu. Aku..." Daniel kehabisan kata hendak meneruskan penjelasannya. Dia memang seorang yang gagal dalam menyusun kata-kata.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now