♔BAB 039♔

14K 217 18
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕶elas mula riuh. Entah apa yang mereka riuhkan Qhyla juga tidak tahu. Tapi dia sangat terganggu dengan keriuhan tersebut.

Isabella mencebik bibir. Kepalanya ditoleh ke belakang. Cuba untuk melihat apa yang semua pelajar riuhkan.

"Apa benda yang mereka riuhkan sangat ni? Saya nak study pun susah tau!" Isabella memejamkan mata sambil memegang kepala dengan kedua-dua tangan. Bila mahu belajar ada saja yang menganggunya.

"Saya juga. Nota ni pun saya tak dapat nak buat sendiri. Mereka terlalu riuh." ujar Qhyla masih lagi memandang ke belakang. Tidak tahu kenapa tapi dia seperti tertarik dengan apa yang mereka semua riuhkan.

"Saya tak kira. Saya tetap nak suruh mereka diam. Cikgu Lufy pula lambat masuk kelas. Dia tak tahu ke sekarang ni masa dia mengajar?" Isabella membebel. Qhyla pula hampir tak dengar apa yang Isabella bebelkan.

Kelas semakin ruih-rendah. Susah untuk Qhyla mengiyakan apa yang Isabella katakan padanya. Gadis itu melirik jam dinding. Memang sekarang ni waktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris.

Ke mana perginya Lufy?

Merasa tidak tahan, Isabella pun terus bangun. Dia menampar-nampar meja belajar sehingga semua pelajar terdiam memandangnya.

"Hei, boleh tak hormat sikit? Awak semua terlalu bisinglah. Susah tau kami nak fokus dalam pembelajaran. Sengaja nak cari pasal dengan budak pandai ke?" Isabella mencekak pinggangnya dengan riak yang angkuh.

Pelajar-pelajar lelaki tersenyum sinis. Ada yang ketawa remeh. Pelajar perempuan pula menjeling saja.

"Ada berita hangat tau." kata salah seorang pelajar lelaki dengan senyuman nakal.

"Berita hangat ke berita palsu ke, berita sensasi ke, penting sangat ke bagi kami? Kami tak naklah masuk campur!" suara Isbella meninggi. Kerana apa yang paling dia tidak suka ialah kebisingan kelas yang melampau.

"Isabella, bertenanglah." pujuk pula Qhyla yang turut bangun berdiri sambil menyentuh bahu gadis itu.

Tadi dia sudah marah. Sekarang ni pula Isabella juga sudah naik angin angkara pelajar-pelajar di dalam kelas ini. Qhyla tahu Isabella tidak sukakan gangguan. Selama ini pun mereka semua senyap kerana menghormati Isabella yang ingin menumpukan perhatian dalam pelajaran.

"Kami tahu awak bawa phone, Isabella. Keluarkan, dan tengok sajalah. Ianya menarik!"  Pelajar lelaki berkata seperti menyarankan agar Isabella mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat apa yang dimaksudkan.

Isabella menjeling pelajar lelaki itu. Menyampah.

"Ingat saya ni siapa nak ikut cakap awak? Huh?"

"Hei, saya cuma cadangkan je. Kalau tak nak ikut, terpulang awak la." lelaki itu mendengus benci. Senyuman nakal tidak pernah hilang.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)On viuen les histories. Descobreix ara