♔BAB 049♔

10.4K 157 9
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝖂ine merah yang bernama Merlot diminum perlahan oleh Datin Khairina. Matanya memandang Chong yang merenungnya saja dirinya. Seolah-olah mahu mencungkil sesuatu maklumat darinya.

"Siapa Rosella?"

Pertanyaan Chong cukup membuatkan Datin Khairina terkejut. Terus ditelannya wain yang diminum tadi dengan pergerakan yang terkawal tetapi nampak panik.

"Rosella? Siapa dia tu? Aku tak kenallah Chong." Datin Khairina ingin berdalih tetapi sepertinya dia tidak boleh lagi hendak lari ke mana-mana.

"Lu jangan nak mengelak sama wa. Wa ada dengar lu sebut nama tu masa wa nak keluar dari office ni. Mesti lu ada kaitan kan sama dia? Siapa dia?"

"Kenapa kau mesti nak tahu?! Kau bukannya siapa-siapa pun, Chong! Ini hal dan masalah aku. Masalah peribadi aku. Kau tak berhak nak tahu apa-apapun pasal Rosella!" Turun naik dada Datin Khairina menengking Chong. Dia langsung saja berdiri, mengambil beg tangan dan pergi. Chong bangun terus menghalang jalan wanita itu.

"Lu memang betul. Semua ni tak ada kaitan dengan wa. Tapi wa memang rasa yang semua ni ada kaitan dengan Qhyla! Dan wa nak tahu kebenarannya daripada lu sendiri." Kata Chong dengan sesungguhnya. Bukannya dia merayu. Dia cuma nak mendesak wanita itu supaya bersuara. Hal ini kerana Qhyla adalah tanggungjawabnya juga.

Bagi Chong, dia tidak percaya Qhyla ada ibu bapa kejam yang sanggup mendera anak sendiri. Jadi dia berfikir bahawa mesti ada sesuatu yang pernah berlaku pada Qhyla. Dan ibu bapa Qhyla yang kejam itu rasanya bukan ibu bapa sebenar kepada gadis itu. Kata firasat Chong sendiri.

Datin Khairina berhenti termenung dan dia pantas menggeleng.

"Aku tak nak cerita apa-apa pada kau. Kalau kau nak tahu sangat tentang perempuan tak guna tu, kau cari orang lain. Sorry but not me!" Datin Khairina menolak tubuh Chong ke tepi.

Setelah wanita itu beredar, wajah Chong mula membengis. Dia tidak dapat mengorek langsung maklumat tentang siapa itu Rosella.
Chong terduduk kembali di kerusi office nya.
Semenjak bisnes kelabnya yang sedikit jatuh, dia rasa sangat stress.

Kelabnya tiada lagi daya tarikan oleh para lelaki di luar sana kerana tiadanya lagi penyanyi terkenal Queen of Angel seperti Qhyla Qaisara. Chong sangat merindukan gadis itu. Mahu saja dia ingin menghubungi Qhyla tetapi gadis itu pula tidak mempunyai telefon pintar.

Chong mengehela nafas berat. Apa-apapun dia perlukan Qhyla semula untuk kembali bekerja di kelab malamnya. Gadis itu bukan saja boleh menarik perhatian lelaki, namun para wanita yang bercirikan homoseksual juga tertarik ingin datang ke kelabnya kerana nyanyian merdu dari Qhyla. Dia perlu mendapatkan gadis itu semula dan mencari tahu siapa itu Rosella.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now