♔BAB 066♔

4.7K 69 5
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Fikirannya jadi tidak keruan apabila dia mula teringatkan tentang pertembungan antara dia dengan lelaki itu. Sebaik saja pintu lif terbuka Kayla berjalan keluar sambil menggeleng kuat.

"No it's not love at first sight. That's bullshit. Totally bullshit." ujarnya sendirian cuba untuk positif. Tak mungkin dia jatuh cinta dengan Fahmi. Kayla tergelak sinis. Lelaki macam tu pun dekat mana-mana dia boleh dapat.

Dia bukan jenis yang percayakan cinta pandang pertama. Tapi kata orang jikalau kita menafikannya, kita bakal terkena penyakit cinta yang jenis itu. Tuala mandi dipeluknya Kayla dengan erat pada dada.

Baru 20 minit dia mencari di manakah terletaknya bilik mandi. Qhyla memberitahu bahawa bilik mandi tersebut berdekatan dengan kafeteria di tingkat 3. Bibirnya memuncung ke depan. Masih tak jumpa. Aku dah sesat ke?

Kayla cuba berlalu di hadapan kafeteria dan dia ternampak Isyraf bersama dengan yang lain di situ. Mereka sedang termenung sambil minum kopi. Mungkin termenungkan apa yang telah terjadi agaknya. Kayla mengangguk faham. Dia tidak kesah langsung pasal mereka. Tapi...

Isyraf...

"Ah, Cik Khaisara!" Isyraf bangun dari kerusi dan terus menghampirinya.

"Maaf menganggu tapi saya cuma nak cari bilik mandi saja untuk bersihkan diri ..." dia perasan ada mata yang sedang memerhatikannya. Mata siapa lagi?

Sudah tentulah Farhan. Tajam sungguh pandangan itu. Kau tak puas hati dengan aku ke apa? bentuk Kayla dalam hati.

Isyraf ketawa sopan. "Oh jadi awak dah sesat lah ni? Hospital kerabat diraja memang besar. Tak sesuai untuk gadis yang kecil macam awak ni." timpal Isyraf dengan gurauannya yang membuatkan Kayla tersenyum nipis.

"Jom saya tunjukkan bilik mandi. Tapi sebelum tu awak kena ikut saya ke parking kereta dekat bawah. Jangan risau, ia selamat." Isyraf kembali ke meja untuk mengambil kunci keretanya.

"Saya nak temankan Cik Khaisara ke bilik mandi." beritahu Isyraf ingin beredar.

"And having a sex?"

" Farhan!" Fiqran menegur adiknya yang selamba saja bertanyakan soalan bodoh itu kepada Isyraf. Farhan menyeringai dan matanya beralih menatap Kayla dari jauh.

Kayla geram mengepalkan tangan. Rasa nak tumbuk saja wajah Farhan yang kacak tapi bodoh itu. Isyraf masih berdiri dengan kerutan di dahi.

"Saya pergi dulu." Kayla hanya membiarkan Isyraf pergi. Matanya memandang semula Farhan lalu tangan sebelah diangkat dengan beraninya.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now