♔BAB 037♔

14.7K 266 25
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕾iapa tahu tentang perbualan Farhan dengan Isyraf. Mereka berdua saja? Tidak...

Lalissa yang sempat menyorok di beberapa buah tembok, berjaya mendengar semuanya. Dia tahu apa kemahuan Farhan. Seorang anak. Anak sebenar yang daripada benih lelaki itu.

Lalissa paling risau sekali bila rancangannya tidak menjadi. Tapi jika rancangannya untuk mengandungkan anak Farhan berjaya, lelaki itu mesti akan kembali semula kepadanya.

Lalissa dan Farhan pernah bersetubuh. Baru saja minggu lepas. Ya, mereka menggunakan perlindungan hubungan seks. Tetapi, pada kondom yang dipakai oleh Farhan secara tidak sedar itu, Lalissa telah melubangkan kondom itu dengan jarum.

Lubangnya juga halus saja. Siapa tahu jika sperma itu berjaya masuk ke dalam rahimnya? Lalu menghasilkan benih anak kepunyaan lelaki itu?

Tiada sebarang tanda-tanda bahawa Lalissa mengandung itu, dia boleh lagi bersabar. Dia boleh bersabar jika masanya belum tiba. Setenang-tenangnya, dia akan pastikan yang dia mendahului Qhyla. Jika dia mengandung dalu, Farhan pasti akan menyuruh gadis itu menggugurkan anak dalam kandungan.

"Datin Khairina." panggil Lalissa. Apa yang sedang Datin Khairina buat, Lalissa sudah tidak ambil peduli. Wanita itu sedang bermesraan dengan lelaki asing. Bercumbu, berasmara dan apa saja.

"Yes, my dear?"

"Are you sure nak batalkan perkahwinan saya dengan Isyraf?" tanya Lalissa sebagai kepastian. Dia perlu memastikan sesuatu supaya rancangannya berhasil.

Nampaknya Datin Khairina mengangguk mantap. Wajahnya sungguh meyakinkan Lalissa bahawa gadis itu sudah tiada kaitan lagi dengan perkahwinan dan juga Isyraf.

"Kamu dengan anak saya dah tiada kaitan lagi. Because he already choose Qaisara as her future wife." beritahu Datin Khairina. Wine anggur diteguk rakus.

"Really? So I can get along with Farhan?" soal Lalissa lagi. Sekali lagi Datin Khairina mengangguk. Dan hari ini merupakan hari yang paling Lalissa sukar nak percaya.

Bagaimana Datin Khairina, seorang wanita yang tetap dengan rancangan jahatnya tiba-tiba mengalah begitu saja?

Lalissa terus ke biliknya. Dia mendail nombor seseorang. Doktor kepercayaannya sendiri. Farhan juga pernah membawanya pergi berjumpa dengan doktor ini ketika dia slave kepada lelaki itu.

"Hello, Dr. Rina? Bila Doktor free? Saya nak buat pemeriksaan dan ujian air kencing."

"Oh, Cik Lalissa! Saya sekarang tengah sibuk. Mungkin awak boleh datang lepas saya lunch nanti. Saya akan uruskan segala pemeriksaan kesihatan awak."

"Baiklah, kalau macam tu nanti saya call awak semula ya? Bye!" Lalissa mematikan panggilan. Dia berasa sangat teruja hendak membuat pemeriksaan. Dia betul-betul yakin bahawa dia akan mengandungkan anak Farhan.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now