♔BAB 058♔

5.7K 108 4
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Melihat Isyraf yang menanggung semua beban ini bersama dengan Rosella membuatkan Qhyla berasa sedih dan kasihan kepada mereka.

"Mama..." Qhyla memaut perlahan lengan ibunya. Rosella tersenyum paksa. Bagaimanapun dia harus tetap tersenyum ketika di depan anaknya yang tersayang.

Qhyla memandang pula Isyraf yang dari tadi hanya menunduk. Mungkin lelaki itu berasa sangat malu dengan apa yang terjadi sekitar beberapa minit yang lalu.

"Qaisara mahu beri pendapat kepada mama." Rosella mengesat matanya yang dibanjiri bekas air mata.

"Silakan Qaisara sayang." Qhyla meminta semua orang masuk dan duduk di ruang tamu.

Beberapa sofa mewah terletak berhadapan dengan meja ruang tamu. Qhyla menyuruh ibunya, bapanya duduk bersama. Manakala sofa yang lain pula terduduknya Isyraf, Isabella dan abangnya Fahmi. Qhyla pula duduk bersebelahan dengan Faris dan Farhan.

Semua orang memandang Qhyla. Mereka pun ada memandang Isyraf aneh dan menginginkan penjelasan lebih.

Qhyla menarik nafas.

"Pada pendapat Qaisara, mama tak patut marah Kayla sampai macam tu sekali." Rosella memang betul-betul terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anaknya.

"Jadi tindakan mama tadi tu tak betul? Sayang, mama cuma buat apa yang mama patut buat demi kebaikan dia." Rosella menyangkal pendapat Qhyla yang baginya agak tidak munasabah.

"Mama kena faham satu perkara." Qhyla mula berwajah serius. Dan ini adalah satu penampilan lain yang baru dilihat oleh Farhan, Faris dan juga Isyraf.

"Setiap apa yang Kayla buat, mesti ada sebabnya. Sebagai seorang ibu, dia mesti mencari tahu apakah sebab anaknya jadi begini dan begitu. Kalau saya jadi mama, saya takkan bertindak seperti apa yang mama buat tadi." Pandangan dan kata-kata itu seakan menusuk ke mata dan juga hati Rosella. Sangat membuatkannya terasa.

"Pernahkah mama berfikir tentang kasih sayang yang mama pernah berikan pada Kayla. Adakah ianya cukup? Jika perhatian dan kasih sayang itu hanya pada saya saja semua ini memang tidak akan berakhir. Faktor utama adalah dia kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Bukan mama saja. Papa pun sama." Qhyla melirik ayahnya juga dengan pandangan serius dan tidak main-main.

Qhyla hanya membiarkan Farhan menggenggam tangannya. Begitu juga dengan Faris.

"Semasa di Australia. Adakah kasih sayang itu cukup buat seorang gadis remaja seperti Kayla? Jika tidak, dia akan cari jalan lain untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian. Sebab itu dia tidur di dengan ramai lelaki. Ianya berpunca daripada ibu bapa sendiri."

"Bila dah salah didikan, kita tak boleh sentiasa berharap kepada orang lain untuk ubahnya kalau dia tak suka. Mama dan papa kena bersikap adil dan jangan mudah untuk menghukum seseorang atas kesalahan dan juga kekurangannya." Qhyla memandang ibubapanya silih berganti.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now