♔BAB 029♔

21.2K 276 27
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕳anya mata Qhyla saja yang berbinar besar memandang sekililing. Terasa seperti puteri sebenarnya pula. Tiada sesiapa yang pernah memanggilnya dengan gelaran puteri. Semuanya atas jasa dan kebaikan daripada Isabella sendiri.

Qhyla berpusing-pusing dan ketawa gembira.
Isabella yang melihat senyuman itu jadi lagi tenang dan lega. Akhirnya dia dapat juga membuat Qhyla tersenyum. Isabella lalu melirik dengan cilik. Mungkin ada seseorang yang boleh membuatkan Qhyla menjadi lebih daripada tersenyum.

Hehehe... Isabella menyeringai.

"Cantiknya rumah awak. Saya teringat dengan cerita yang pernah nenek saya ceritakan." Kata Qhyla yang masih belum berhenti memuji keindahan rumah agam Isabella. Isabella tergelak kecil. Tangannya digibas-gibaskan.

"Terima kasih. Tapi pada saya, biasa saja lah rumah ni." Isabella merendah diri.

"Setakat ni, bukan rumah saya je yang indah dan cantik. Ada banyak lagi rumah milik puteri kerabat diraja yang lagi indah. Malah, lagi memukau pandangan orang yang berkunjung ke situ." Ujar Isabella dengan maklumat yang dia beritahu pada Qhyla. Qhyla teruja.

"Wah, betul ke?"

"Hm!" Angguk Isabella dengan pantas. Qhyla tersenyum menutup mulutnya. Berjalan beriringan dengan Isabella dan juga bersama ke semua pelayan lelaki yang menyusulnya dari belakang, membuatkan Qhyla terasa bahawa dia seperti telah memiliki pangkat yang tinggi.

Puteri kerabat diraja.

"Tapi bagi saya, rumah awak yang paling cantik di dunia. Sama cantik dengan hati Isabella yang ikhlas membantu orang lain." tutur Qhyla dengan seikhlas hatinya kepada Isabella. Isabella tergamam. Rasa terharu mula menerpa hatinya bila Qhyla yang sebegitu ikhlas menerima setiap kebaikannya.

Isabella tersenyum hangat lalu menarik Qhyla supaya lebih cepat berjalan dan akhirnya, mereka berdua berlari di lorong yang begitu panjang dan luas dengan hiasan dinding bunga serta gambar-gambar ahli seni Eropah yang astetik. Dengan gelak tawa, Isabella dan Qhyla sangat menikmati memori remaja mereka.

Isabella dan Qhyla terus berlarian sehingga kedua insan itu merempuh masuk ke ruang makan mewah yang luas.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕭onda, ayahnda! Bella dah balik!" Riang Isabella melambai kedua-dua ibu bapanya. Ibu bapanya yang selesai menikmati makan tengahari menolehkan wajah.

"Bella dah balik ya? Kami semua baru je selesai makan tengah hari. Bella pergi mana je? Bonda dah pesan kan balik sebelum pukul 12 tengah hari. Bella tinggalkan je kelas sebab Bella sentiasa dapat keizinan dari Pengetua. Dan Bella... Siapa dia tu?" Ibu Isabella yang bernama Datin Hartini memandang Qhyla dengan wajah yang hairan dan tertarik.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now