♔BAB 044♔

12K 295 20
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕼hyla duduk termenung sambil memeluk kedua-dua kakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝕼hyla duduk termenung sambil memeluk kedua-dua kakinya. Perasaan bimbang semakin menguasai diri. Dia sekarang berada di ruang tamu rumah Farhan. Sudah pulang kira-kira pukul 6.30 petang tadi dan sekarang menunjukkan pukul 7.45.

Dia sudah selesai menunaikan solat fardu mahgrib. Dan dia lebih memilih untuk duduk seorang diri. Merenungkan apa seterusnya nasib yang bakal dia lalui. Qhyla sengaja membiarkan air susu panas yang berada di atas meja berdekatan dengan lampu malam itu suam. Lama-kelamaan, menjadi sejuk. Pasti akan begitu.

Qhyla menghela nafas panjang. Sejak dia pulang, dia langsung tidak nampak kelibat lelaki itu. Ke mana Farhan pergi? Bukan kah lelaki itu mahu mengetahui keputusannya?
Mengapa Farhan seolah-olah mengelak daripadanya?

Adakah mungkin sebab...

Qhyla meredupkan pandangan. Matanya mula berair. Dia berasa sangat takut. Takut jika Farhan akan mengubah fikiran untuk tidak memperoleh anak daripadanya. Dia tidak rela jika Farhan sekali lagi menyetubuhi perempuan lain selain darinya.

"Slave... " gumam Qhyla sedih. Matanya terpejam untuk mengimbas kembali perbualannya antara Faris.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕱aris duduk bersebelahan dengan Qhyla. Dia berasa lega kerana Qhyla sudah pulih daripada penyakit kepenatan dan juga kelelahan. Senyuman manisnya terukir untuk gadis itu.

Namun bagi Qhyla pula, lain dari yang lain. Dia diam. Rasa risau. Rasa bimbang. Rasa khawatir. Rasa diselubungi dengan ketakutan sejak Faris memberitahu perkara sebenar kepada Farhan.

"Farhan sudah tahu?" Faris tergamam. Sudah dua atau tiga kali Qhyla menyoalnya dengan soalan yang sama.

Faris mengertap bibir. Senyuman tipis dilemparkan dan dia terpaksa mengangguk buat beberapa kali.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now