♔BAB 042♔

13.5K 200 16
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕴sabella sedang sibuk memeriksa surat-surat di ruang tamu rumahnya yang luas dan mewah. Nafasnya terhela apabila jam ruang tamu rekaan lamanya  berbunyi seperti dalam cerita fantasi.

Jam tersebut dikerling. Pukul tiga tepat. Dia sudah lama menghubungi Iqbal. Dan lelaki itu juga telah bersetuju untuk datang ke rumahnya demi berjumpa dengan sang kekasih hati. Ew! Rasa geli pula!

"Belum datang lagi ke budak tu?"

Isabella kembali menghela nafas lalu meletakkan semula surat-surat yang diperiksa dengan perasaan menyampah.

"Boleh tolong sabar sekejap tak abang? Mungkin dia ada hal. Kita mana tahu kan?"
Faris berjalan mundar-mandir. Risau punya fasal.

Melihat abangnya yang tidak tahu hendak bersabar, terus Isabella jeling abangnya lalu segera berdiri. Dia hendak melihat keadaan Qhyla. Belum bertindak apa-apa, pintu rumahnya diketuk-ketuk dengan kuat.

TOKK!! TOK!!!

"Buka pintu!"

Faris dan Isabella memandang sesama sendiri. Beginikah cara dan adab hendak ke rumah orang? Rasanya tidak. Isabella kembali memandang abangnya. Dia lalu membuat keputusan untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu telah dibuka, tersembulnya wajah Isyraf. Eh? Isyraf?!
Terkejut Isabella. Begitu juga dengan abangnya, Faris.

"Isyraf?!"

"Mana Qaisara?" panik Isyraf menyoal. Isabella tergamam lalu melihat ke luar rumah. 

Iqbal sedang ditahan oleh 3 bodyguard milik Isyraf. Sah-sah Isyraf juga ingin masuk campur dalam hal ni. Batin Isabella dengan kesal.

"I ask you again, Isabella. Where is she?!" Isyraf membentak lembut.

"And why are you here? Sepatutnya Iqbal je yang boleh jumpa dengan Qaisara. Not you, Tengku Isyraf Haiqal." tegas Isabella lalu menolak Isyraf supaya keluar dari rumahnya. Namun Isyraf dengan pantas maju semula ke hadapan dan menindih gadis itu ke dinding.

"What the hell, dude?" marah Faris melihat perlakuan Isyraf terhadap adiknya yang kurang sopan.

"I need to see her. Now." pinta Isyraf membisik pada Isabella yang mendongak takut menatapnya.

Ugh... Perempuan memang selalu akan lemah ke bila ditindih begini oleh lelaki yang kacak? Isabella laju menggeleng. Dia tidak boleh jatuh dengan godaan Isyraf!

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now