♔BAB 061♔

5.8K 99 3
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"Hei, saya dengar kedua-dua kembar tu akan berkahwin tak lama lagi."

"Katanya majlis akan dibuat secara besar-besaran. Mesti meriah!"

"Tema apa agaknya ya?"

"Malaikat dan syaitan?"

"Hahahahah!"

Kayla segera berdiri lalu tanpa segan silu menuang jus orennya ke dalam mangkuk sup salah seorang gadis yang duduk berkumpulan di kantin. Semua memandang Kayla tanpa berkelip. Termasuk pelajar-pelajar yang bergosip tentangnya.

"Peliklah manusia sekarang. Tak suka, tapi sentiasa ambil tahu tentang hal orang." Gelas jus oren dihentak kuat atas meja menyebabkan mereka berempat tersentak. Wajah mereka menunduk menahan ketakutan yang disimpan dalam diri.

Kayla memandang mereka semua dengan ekspresi muka tiada perasaan sebelum dia beredar dari kantin. Mereka berempat mula bernafas lega.

Kini Isabella pula bangun sejak beberapa minit Kayla meninggalkannya. Isabella bercekak pinggang.

"I so never went through a bad-girl period..." Keluh gadis itu kepada mereka berempat yang masih tertunduk ketakutan. Dan Isabella pun melangkah pergi.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"Hey! Takkanlah awak nak terasa dengan mereka?" Berusaha Isabella untuk menahan Kayla daripada berjalan. Kayla menyilang tangan.

"Saya bukan terasa. Cuma rasa rimas bila jadi topik perbualan orang." Kata Kayla memberi alasan yang dia rasakan betul.

"Dah awak berdua famous. Nak buat macam mana? Berita yang awak berdua akan kahwin pun sudah tersebar di dalam media sosial. Semua orang tidak sabar menantikannya." Mereka berjalan beriringan dan naik tangga.

"Mama yang nak buat majlis secara besar-besaran. Saya tak minta lebih pun." Kayla menunduk sedih.

"Lagipun, saya masih lagi keliru sama ada bersedia atau tidak bersedia untuk jadi isteri kepada dia." Ujar Kayla melalui luahan hatinya.

"Dia tu siapa? Ehem-"

"Awak ni, Isabella! Jangan cuba nak menyakat saya lagi!" Kayla menggeletek pinggang Isabella yang dari tadi menahan tawa. Mereka berdua bergelak ketawa sebelum tiba ke kelas masing-masing.

Kayla melambai tangan kepada Isabella dari jauh. Kelas mereka berasingan dan terletak di blok yang berlainan. Maka, mereka harus berpisah untuk waktu sementara.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Kayla berjalan dengan santai sambil mengalunkan lagu kesukaannya iaitu 'Forever Young' yang dinyanyikan oleh artis K-pop Black pink. Sedang asyik berjalan, Kayla perasan bahawa ada seorang guru yang sedang menunggu di depan pintu kelasnya.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant