♔BAB 023♔

26.6K 367 33
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕾aya ingin memperkenal serta mengumumkan bahawa, Qhyla Qaisara adalah bakal isteri saya..."

Lalissa mengetap bibir. Dia geram. Amarahnya meluap-luap sekarang. Sepatutnya dia yang berdiri dia atas sana. Bukan Qyhla!

Rangkulan di lengan Farhan semakin dipereratkan dengan kemas. Qhyla tersenyum dengan reaksi biasa apabila wartawan-wartawan di bawah sana mengambil beberapa gambar ketika Farhan sedang berucap di atas pentas dewan jernih kerabat diraja.

Farhan menarik nafas sebanyak mungkin.
Dia harus bertenang walaupun dirinya sedang gementar sekarang.

"Kali kedua! Saya bertekad untuk mengambil slave sendiri sebagai peneman hidup saya. Atas keizinan ayah saya, Tengku Hamsyar Daud dan juga ibu saya, Datin Mardiyah. Tarikh perkahwinan kami akan ditentukan pada hari yang tepat di mana keputusan CEO akan diumumkan. Muktamad. Sekian saja,"

Tepukan gemuruh mula bergema di dalam dewan jernih. Ada yang tersenyum, ada yang mengangguk saja, ada yang bermalasan hendak mendengar ucapan, dan ada juga yang tidak peduli dengan kata-kata Farhan tadi.

Isyraf mengepalkan tangan. Nampaknya, Farhan sudah memulakan permainannya.
Mengahwini Qhyla untuk merebut peluang menjadi CEO syarikat ayah lelaki itu sendiri. Mata Isyraf tidak lepas memandang Qhyla dari jauh. Ada satu perasaan yang menjalar di hatinya.

Rindu yang tidak terubat.

Lamunan Isyraf mati sebaik sahaja Rihanna duduk di sebelahnya. Wajah kakaknya kelihatan muram dan sedih. Seperti kecewa dengan seseorang. Fiqran. Itulah Isyraf rasa.

"Apa yang Raf nak buat sekarang ni?" Isyraf menoleh.

"Buat masa sekarang, Raf tak boleh nak buat apa-apa tentang perkahwinan Farhan dengan Qaisara. Raf belum ada kuasa lagi, kak." Lelaki itu terus merenung lantai. Mula terbayangkan bagaimana rupa baju pengantin yang bakal tersarung di tubuh kecil Qhyla.

Jawapan Isyraf membuatkan Rihanna memalingkan wajahnya.

"Raf akan berdiam diri, tapi tidak pada kakak. Kakak rasa sakit hati." Luah Rihanna lalu menunduk sedih.

Sakit hati. Begitu jugalah dengan apa yang Isyraf rasakan sekarang. Sama seperti Rihanna yang mungkin berasa cemburu dengan teman wanita Fiqran. Dan Isyraf pula sakit hati dengan Lalissa.

"Raf pun sama."

"Apa?"

"Sakit hati. Perasaan yang sama kakak tengah rasa sekarang ni." Isyraf menunduk sambil bersuara perlahan. Pandangan Isyraf menjadi sayu.
Senyuman miris dilemparkan Rihanna kepada Isyraf.

"Apa boleh buat? Kita orang yang berpangkat rendah. Mereka yang boleh buat semua benda tu disebabkan mereka berduit. Dan kita pula tak berduit." Esak Rihanna dengan wajahnya yang samakin geram.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now