♔BAB 057♔

5.9K 110 7
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"Aku dah agak semuanya akan jadi macam ni."

Juwita memandang wanita cantik di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Juwita memandang wanita cantik di hadapannya. Mata wanita itu galak dan tajam berkilat bagaikan mahu menusuk ke mata Juwita yang kelihatan babak belur dan tercedera itu.

Seorang ibu yang tak berguna. Tak berhati perut dan sebagainya. Juwita tidak peduli akan semua gelaran tersebut terhadapnya. Namun apa yang dipedulikan ialah kemahuannya yang menginginkan seorang anak tetapi telah salah digunakan.

"Sejak aku jumpa budak tu pun aku rasa tak senang hati!" Luah Datin Khairina dengan amarahnya.

"Rupanya dia memang anak Rosella. Anak kembar yang telah hilang selama 17 tahun!"

Juwita tersenyum sinis. Wajahnya penuh dengan babak belur. Lebam sana sini. Kesakitan yang Juwita terima daripada Chong. Dirogol bergilir-gilir tetapi masih hidup. Ya, Chong masih memberinya peluang untuk membetulkan keadaan.

"Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku seksa dan paksa dia jadi penyanyi." Kata Juwita kepada Datin Khairina yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu.

Datin Khairina bangun dari duduk. Berjalan perlahan menghampiri si Juwita yang cedera teruk akibat perbuatan Chong. Sekarang bukanlah masa untuk kasihankan sesiapa. Sepatutnya Juwita memberitahunya dari awal apa tujuan dia mahu jadikan Qhyla sebagai penyanyi di kelab malam.

"Aku nak balas dendam."

Datin Khairina mengertak gigi rapinya.

"Pada kau." Lalu Juwita ketawa jahat dengan berpuas hati.

Dari sini Datin Khairina telah menduga bahawa dia telah lama dikhianati oleh Juwita sejak wanita itu membenarkan Qhyla menjadi slave kepada Farhan. Juwita mata duitan. Hidupnya susah. Memang sanggup buat apa saja asalkan mendapatkan tebusan wang yang banyak.

"Kenapa kau khianati aku? Bukankah kita kawan baik-" Juwita pantas meludah sehingga terkena tepat pada mata kanan Datin Khairina. Nasib baik wanita itu cepat menutup mata dengan tangannya sambil menggeram kesal.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now