♔BAB 019♔

32.4K 415 42
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕴syraf membukakan pintu kereta. Qhyla turun dari kereta dengan pandangannya yang sayu.

"Cik Qaisara." Terhenti Qhyla untuk meneruskan jalannya daripada menatap Isyraf. Dia menoleh.

"Cik Qaisara tak nak salam saya macam selalu?" Senyum Isyraf lalu menghulurkan tangannya. Qhyla menurunkan pandangan melihat tangan lelaki itu.

Qhyla mencemberutkan wajah seperti hendak menangis. Tidak boleh menanamkan kebenciannya terhadap Isyraf. Lelaki itu tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa pun tentang masalah Farhan terhadap dirinya. Qhyla segera memeluk Isyraf membuatkan diri lelaki itu tersentak.

"Cik Qaisara?"

"Saya tak mahu kehilangan awak. Selama ni, awaklah peneman saya. Awak tak pernah pun merungut bila saya bermanja-manja dan minta macam-macam pada awak. Maafkan saya, Isyraf." Qhyla menangis sambil memeluk Isyraf. Lelaki itu ketawa kecil dan perlahan-lahan membelai kepala Qhyla. Dia faham bahawa mungkin Qhyla sekarang mempunyai masalah.

"Berhenti menangis. Mata Cik Qaisara akan merah nanti." Isyraf lembut menyeka air mata Qhyla yang baru mengalir sedikit. Dia tergeleng kepala melihat Qhyla yang masih saja merengek hendak menangis.

"Isyraf..."

"Kenapa mesti Cik Qaisara nak minta maaf?
Cik Qaisara langsung tak bersalah. Janganlah terlalu banyak fikirkan benda yang tidak penting. Tugas Cik Qaisara hanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan buat saya bangga." Ujar Isyraf. Dia lembut mengusap wajah Qhyla dengan senyuman manis yang tak pudar.

Qhyla terharu. Memandang saja wajah berseri-seri Isyraf yang boleh membuatkan dia terpana melihatnya.

"Isyraf akan bangga bila saya lulus dalam peperiksaan?" Tanya Qhyla polos.

Isyraf ketawa kecil lalu menggelengkan kepalanya lagi. Baginya, gadis ini yang selalu menceriakan hidupnya dan mewarnai hari-harinya. Isyraf mencuit dagu Qhyla ketika gadis itu mendongak.

"Dah tentulah saya berasa sangat bangga.
Dan bila Cik Qaisara dah tamat belajar..."
Kali ini senyuman Isyraf pudar. Wajahnya bertukar serius dan tidak main-main.
Perasaannya takut berbaur sayang terhadap gadis itu.

"Saya akan jaga Cik Qaisara." Isyraf menunduk perlahan sebelum mengucup dahi gadis itu. Lagilah kaget dibuatnya. Qhyla memandang Isyraf tanpa berkedip! Kencang jantungnya berdengup!

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

"𝕿erima kasih, mak cik."

"Hati-hati pegang. Panas tu!"

Qhyla mengucapkan terima kasih kepada tukang kantin yang telah menyediakan air susu panas buatnya. Itu pun arahan dari Lufy yang mengiginkan dirinya sentiasa sihat dan bersemangat ketika belajar. Qhyla tersenyum kecil sambil membawa secawan susu panas dan hangat.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now