♔BAB 038♔

15.3K 234 10
                                    

❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀

𝕼hyla masih diam membisu. Matanya masih memandang Isabella intens. Sebelum berkata apa-apa lagi, dia pasti bahawa dia akan mempercayai pengakuan dari Isabella. Kerana Isabella merupakan sahabatnya sekaligus teman setianya.

"Saya-"

"Gurau jelah!" Isabella ketawa kuat lalu mengibas-ngibaskan tangannya di depan wajah Qhyla.

Manakala Qhyla, seperti telah diperbodoh dan dipermainkan oleh Isabella. Dia seolah-olah sangat polos dan belum kenal lagi dengan Isabella lebih lama. Mata Qhyla berkaca-kaca.

"Awak...bergurau, Isabella?" suara Qhyla bergetar menahan kecewa. Dia sebenarnya tidak berapa suka dengan gurauan dari gadis itu. Sangat mengejutkan dan menyakitkan hati!

Isabella masih lagi dengan sisa tawanya, tersenyum.

"Mestilah saya bergurau! Takkanlah saya-"

"Benda ni tak kelakar langsung, Isabella! Awak dah permainkan saya!"

"Hei, kenapa nak marah pulak ni? Saya cuma bergurau jela. Tak payahla sampai awak nak-"

"Saya benci dengan gurauan awak tentang dia. Farhan!" bidas Qhyla semula sebelum cepat-cepat beredar dari kantin.

"Qaisara! Tunggu!" Isabella segera bangun lalu menyusul Qhyla yang telah melarikan diri. Dia bukan sengaja hendak bergurau dengan gadis itu. Dia cuma terlintas saja idea untuk bergurau dan ingin lihat bagaimana dengan reaksi Qhyla.

Rupa-rupanya, beginilah hasilnya. Qhyla kecewa.

"Qaisara, saya cuma main-main je. Janganlah macam ni!" Isabella terus meraih lengan Qhyla.

"Main-main? Kalau apa yang awak guraukan itu jadi kenyataan bagaimana?! Saya mesti akan sengsara! Disebabkan gurauan awak!" Qhyla kasar menepis tangan Isabella yang menyentuhnya.

"Qaisara, kenapa awak terlalu emosi sangat ni? Awak sebenarnya okay ke tak? Hah?" hairan Isabella dibuatnya. Qhyla tergamam. Betul juga. Selama ni Isabella selalu bergurau dengannya, dia tidak pernah marah-marah sampai macam ni. Tetapi harini lain pula jadinya.

Qhyla memegang kepalanya. "Saya cuma rasa pening sikit... "

"Eh! Qaisara, tengok tu!" Isabella segera menarik lengan Qhyla supaya merapatinya. Dia menunding jari ke arah seorang guru perempuan yang berpurdah. Sungguh cantik dan indah!

"Assalamualaikum, Ustazah..." Ucap Isabella dan Qhyla bersamaan dengan tundukan hormatnya.

Aishah tersenyum manis disebalik purdahnya. Melalui dengan kecilan mata saja Isabella dan Qhyla sudah mengetahui bahawa Aishah sedang membalas senyuman mereka.

S1: Demi My Slave (In-Editing...)Where stories live. Discover now