BBISA! 001

57.2K 1.6K 602
                                    

BUNYI bingit ekzos motor MV Agusta F4CC mulai kedengaran setelah dia melangkah masuk ke dalam kawasan Waterford Elite Highschool, sebuah sekolah dimana pelajar-pelajarnya hidup dalam kemewahan yang berlipat-ganda. Sekolah ini juga mempunyai peraturannya sendiri dan tidak sama jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Pakaian uniform sekolah? Tidak ada. Semua pelajar di sekolah ini bebas memakai apa saja yang mereka mahukan asalkan tidak terlalu mencolok mata terutamanya perempuan sehingga menimbulkan nafsu dalam diri pelajar-pelajar lelaki.

Sekolah ini juga membenarkan pelajar-pelajar membawa gajet atau apa-apa pun jenis alat telekomunikasi namun mereka dilarang sama sekali untuk menggunakannya sewaktu pembelajaran dalam kelas sedang berlangsung.

Dari segi yuran pula tidak usah dikata lagi. Nama pun sekolah elit, jadi kos yuran untuk setahun mencecah antara RM 7000 hingga RM 10000. Murah bukan? bagi orang-orang kaya, RM 10000 tu tidaklah banyak mana. Petik jari saja duit dah ada depan mata.

Okay. Back to the topic.

Selepas motor berkuasa tingginya diparking elok di tempat letak motor, enjin kenderaan tersebut dimatikan lalu helmet yang berwarna hitam dilepaskan dari kepala. Dia melangkah turun dari motor lalu berjalan ke arah bangunan sekolah bersama riak wajah yang dipasang dingin.

Sepanjang dia berjalan di koridor, gegendang telinganya tidak henti-henti mendengar bisikan-bisikan dari pelajar perempuan. Ada yang sedang menangkap gambarnya, ada yang sedang mengekorinya sehingga ke kelas dan ada juga yang meminta nombornya.

'Tch. Macam tak pernah tengok orang pulak. Tahulah aku handsome.' Bisik hati kecilnya, riak.

"Eherm. A-abang Naufal." Langkah Naufal terhenti setelah mendengar namanya diseru oleh seorang gadis. Dia berpaling ke belakang untuk melihat si dia.

"Kau nak apa?" Soal lelaki itu dingin. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar seraya menundukkan sedikit kepala melihat seorang pelajar perempuan yang berketinggian paras dadanya.

Pelajar perempuan atau dikenali sebagai Aina itu menggarukan kepala. Mulutnya terbuka cuba untuk berkata-kata. Namun, suaranya seakan tersekat di kerongkong. Tadi, lantang je suara dia bila bercakap dengan member. Tapi, bila dah ada betul-betul depan crush terus bisu macam takde mulut.

"Aku tanya kau nak apa??" Soal Naufal sekali lagi. Namun, nadanya kalini ditinggikan sedikit membuatkan pelajar itu menggigil takut seperti mahu terkucil. Siapa je tak kenal Naufal Muadz Baqir Bin Luzman Lais? Pelajar badboy yang paling kacak dan popular di Waterford Elite Highschool? Sebut saja nama Naufal, satu sekolah tahu pasalnya malah makcik yang menjual lontong di depan sekolah tu pun kenal.

"N-n-n-nak n-n-n-n-nomborr...?" pinta Aina tergagap-gagap. Tangannya yang sudah menggigil itu menghulurkan telefon pintarnya kepada Naufal. Naufal hanya memandang tanpa rasa ingin mengambilnya. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling koridor bangunan tingkat satu tersebut.

"Kau ni memang nak kita jadi attention semua orang ke?" Tanya lelaki itu sambil tersenyum sinis. Mana taknya semua pelajar sedang memandang ke arah mereka berdua sambil berbisikan antara satu sama lain. Bukan para-para pelajar je, pakcik cleaner, makcik cleaner, malahan jaga yang menjaga pintu masuk pun sedang pandang ke arah mereka berdua.

"Kalau nak nombor, kenapa tak jumpa aku secara privasi je? Kau kenalkan aku siapa?" Aina terus menganggukkan kepala seperti belatuk. Naufal tersenyum penuh makna. Dia menoleh ke kanan lalu memanggil seorang pelajar lelaki yang dirasakannya pelajar menengah rendah. Terkedek-kedek budak itu berlari menghampiri Naufal.

Naufal kembali menoleh ke arah Aina. Telefon pintar yang berjenama Iphone 12 itu dirampas sambil mengenyitkan mata. Aina bersorak di dalam hati apabila crushnya itu bersetuju untuk memberikannya nombor telefon.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now