BBISA! 070

15.7K 939 138
                                    

🚨 sediakan tisu sebelum membaca chapter ini ;) 🚨

NAUFAL dan Nia bergegas keluar dari lif setelah tiba di tingkat yang menempatkan wad VVIP milik Darwisy. Naufal di belakang cuba untuk mengejar meskipun tubuhnya masih lelah dan kurang bertenaga. Dia takut Nia akan tersadung apa-apa dan terjatuh. Lebih menakutkan jika bayi-bayi yang berada dalam kandungan isterinya akan gugur...

"Nia! Be careful!" Jerit Naufal dari belakang namun langsung tak diendahkan si isteri. Nia tetap berlari sehinggalah tiba di depan pintu wad Darwisy. Terus dia berhenti berlari seraya menarik nafas dan hembus, cuba mengembalikan oksigen setelah berlari tanpa henti.

Dengan lafaz bismillah diikuti ucapan salam, pintu berwarna coklat dibuka perlahan-lahan. Terlihat sepasang mata Darwisy yang terpejam, terbuka perlahan-lahan dan kepalanya ditolehkan ke arahnya. Nia mengukir senyuman kecil. Air mata yang bertakung di tubir mata lekas diseka menggunakan lengan tangan.

Nia berjalan ke arah Darwisy. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi disisi katil lelaki itu. Matanya langsung tidak lepas dari menatap wajah abangnya. Walaupun mereka adalah kembar tak seiras, namun tetap ada beberapa persamaan antara mereka antaranya adalah bulu mata yang sedikit lentik serta hidung yang mancung.

"Nia..." Perlahan suara Darwisy menyeru namanya. Nia mengemam bibir, tangan kanan Darwisy diraih ragu-ragu tapi tetap digenggamnya erat. Darwisy turut menggenggam tangannya. Senyuman dibibir Nia ditarik lagi sambil mengusap rambut abang kembarnya.

"Maafkan aku Nia...aku bukan sahabat yang baik...aku jahat..." Ucap Darwisy dengan nafas yang tersekat-sekat. Nia menggelengkan kepala berkali-kali. Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan tanpa diseka. Wajah sayu si abang ditenung lama.

"Kau bukan sahabat aku Wisy..." Kata Nia perlahan. Tangan kirinya menyeluk poket seluar. Sekeping gambar dikeluarkan lalu ditunjukkan kepada Darwisy.

"Kau...abang aku...kita adik-beradik, Wisy..." Kelihatan Darwisy terkaku. Bibirnya tergetar-getar ingin mengatakan sesuatu namun disebabkan rasa terkejut yang menyelubungi diri, suaranya tak terkeluar dari peti suara. Tangan Nia semakin digenggam erat. Tangisannya berjuraian tak henti-henti sementara tangan kirinya bersusah-payah diangkat mengusap wajah si adik.

Naufal yang berada di luar wad hanya diam sambil memandang ke arah adik-beradik kembar yang sudah lama terpisah itu. Sebagai lelaki dan seorang suami, mestilah ada rasa cemburu apabila melihat si isteri berkelakuan seperti itu di depan matanya. Tapi, dia cuba untuk menenangkan diri dan berfikiran positif.

Husnia Rani Zahra atau lebih tepatnya Mawar Darwisya dan Muhammad Darwisy adalah adik-beradik. Mereka sudah lama terpisah sejak sekian lama, mestilah rasa rindu melebihi segala-galanya. Walaupun pertemuan pertama mereka sebagai sahabat, tapi sekarang tidak lagi. Mereka datangnya dari darah daging yang sama. Sejauh mana pun mereka terpisah, akhirnya tetap akan bersatu semula bak air yang dicencang tak akan putus.

"Nia...maafkan aku..." Nia menggelengkan kepala. Sekarang bukan masa untuk memohon maaf, kau kena kuat Darwisy! Kau kena sihat! Aku nak kita jalankan kehidupan seperti adik-beradik yang lain. Aku nak sangat rasa kasih sayang seorang abang. Kita masih ada mak dan kau jugak akan jadi pak long kepada anak-anak aku...

"Nia...aku jahat..."

"Stop cakap kau jahat! Dengar cakap aku, kau kena sihat! Kau boleh tebus dosa-dosa kau lepasni...kita buat solat taubat sama-sama okay?" Nia cuba memujuk namun Darwisy tetap menggelengkan kepalanya. Mulutnya terasa berat ingin berterus-terang. Dia tak mahu Nia akan membencinya lagi.

"Nia...maafkan aku...aku jahat...aku...aku jual Laila..." Tangisan Nia serta-merta terhenti. Dia memandang wajah abangnya tidak percaya. Darwisy...jual Laila?! Tangisan Darwisy semakin kuat kedengaran apabila genggaman tangan si adik semakin longgar. Dia betul-betul insaf sekarang ni. Mahu saja dia pergi kepada Laila dan bersujud di kaki gadis itu. Tapi, dia tak mampu. Kesihatannya sekarang tak membenarkan dia berbuat demikian.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now