BBISA! 046

16.7K 918 123
                                    

"BANYAKNYA nyamuk! Habis merah satu badan aku ni kena gigit! Dah lah aku beli banyak skincare, punyalah payah aku nak jaga kulit aku ni terus rosak macam tu je! Kalau skincare tu murah takpe jugak, ini tak! Aku beli mahal tahu tak?! " Bebel Adriana. Sesekali gadis itu merengus kasar sambil menepuk lengannya yang disinggahi nyamuk.

"Aduh kau ni, nama pun hutan. Tak pernah lagi aku jumpa dalam hutan takde nyamuk. Sedangkan ladybird, belalang, ulat beluncas, lipas pun banyak apatah lagi nyamuk? Bukan dalam hutan je, dekat mana-mana pun kau duduk, dekat situ jugak ada nyamuk." Balas Ayden. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Adriana yang terlalu mementingkan kecantikan kulit.

Kalau harga skincare mencecah empat ke lima angka pun gadis itu sanggup beli asalkan kulit badannya sentiasa terjaga. Sebenarnya tak salah untuk jadi cantik, tapi kalau dah obses dengan kecantikan tu memang patut kena tegur. Kalau tak ditegur, gadis itu mungkin akan bertindak lebih jauh contohnya melakukan pembedahan plastik.

"Mahal sangat ke skincare kau tu?" Tanya Nia. Disebabkan mereka semua sedang melakukan night walk di dalam hutan, jadi dia tidak mahulah suasana di antara mereka terlalu hening. Kalau tak bunyi cengkerik je lah menemani mereka sampai keluar dari hutan ni.

"Gila tak mahal?! Aku guna Mary Kay kot..mestilah mahal. Aku beli satu set skincare diorang lepastu bila ada keluaran baru, terus aku beli." Jawab Adriana dengan bangganya. Bukan senang nak beli skincare brand mahal-mahal macam ni. Lagi-lagi kalau limited edition, mahu tidak duit poketnya habis? Nasib baiklah duit belanjanya RM15 sehari, bolehlah dia menabung setiap hari RM5. Kalau dia sedang berdiet, dia akan menabung RM10 sehari.

"Kau tak takut ke muka kau rosak? Kakak aku cakap kalau pakai skincare banyak sangat, kulit boleh rosak sebab bahan kimia dalam setiap bahan lain-lain."

"Aku tahulah apa aku buat. Diri aku, kulit aku. Aku tahulah rosak ke tidak. Kau tak payah risaulah, Mamat. Sebelum aku beli, aku dah buat research awal-awal. Kalau bagus aku beli. Kalau tak cukup duit, aku mintaklah parents aku topupkan sikit."

"Yelah....orang kaya kan? Petik jari je dapat. Kalau harini mintak Mercedes, esok dah ada depan rumah." Sindir Mamat. Adriana menjeling lelaki itu sambil memeluk tubuh.

"Hello? Aku kalau nak beli sesuatu semua tu datang dari duit menabung aku tau? Lagipun, mak ayah bekerja sebab apa? Sebab nak sara kita kan? Nak jaga makan pakai kita kan? Itu memang tugas mak ayah. Aku pun jalankan tanggungjawab aku sebagai anak dan pelajar. Aku belajar bukannya tak belajar. Result trial SPM haritu, semua tu atas usaha aku sendiri. Bukannya mak ayah aku suap pihak sekolah pun." Kata Adriana tidak puas hati. Dia tak sukalah kalau orang sekeliling judge dia tanpa usul periksa.

Bukan dia seorang saja anak orang kaya dalam sekolah tu. Hampir 95 peratus pelajar-pelajar Waterford datangnya dari keluarga berada. Tapi tulah dia tak tahu kenapa semua orang menganggapnya kaki kikis duit ibu bapa semata-mata nak mencantikkan diri.

Sebenarnya apa yang dia dapat selama ni semuanya hasil dari dirinya sendiri. Sebagai contoh, result trial SPMnya hampir mendapat semua A. Jadi, sebagai balasan ibu bapanya membelikannya hadiah tanda tahniah. Dia jugak sangat mementingkan kesihatan diri. Dia lebih menyukai makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan salad. Sebabtulah duit tabungnya cepat penuh kerana dia tidak suka membazirkan wang pada perkara-perkara yang dia tidak suka.

"Ril? Kau diam je dari tadi. Kau okay tak?" Tegur Ayden. Bahu Khairil dipegang membuatkan jejaka itu menoleh ke arahnya. Dia juga perasan akan pandangan Nia kepadanya. Tapi dia cuba untuk menghiraukan gadis itu.

"Aku okay. Nah, aku dah jumpa beberapa bola. Kau simpanlah. Aku tak bawak beg besar." Empat bola getah silikon berwarna merah diberikan kepada Ayden untuk lelaki itu menyimpannya.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now