BBISA! 083 ( SC 1 )

15.2K 752 176
                                    

🌹Special Chapters🌹

15 Tahun Kemudian...

SYAFIQAH melangkah masuk ke dalam bilik Syafiq bersama secawan air milo panas. Cawan tersebut diletakkan di atas meja lampu bersebelahan katil.

"Nah." Syafiq yang sedang mengemas barang berpaling ke belakang.

"Thanks." Ucapan terima kasih diucapkan sebelum dia menyambung pekerjaannya semula. Syafiqah hanya mengangguk sebagai balasan 'sama-sama'. Kemudian, dia melompat ke atas katil dan duduk di atas tilam tebal tersebut.

"Kau dah kemas barang kau ke?"

"Dah. Petang tadi semua dah settle, tinggal angkut masuk kereta je. Aku bukan macam kau, suka tangguh kerja!" Syafiq berdecit. Iyalah, perempuan...semua dia saja yang betul! Macamlah petang tadi kerja dia bergolek atas katil! Banyak lagi kerja yang dia buat berbanding Syafiqah.

Suruh masak pun malas. Kerja goyang kaki saja!

"Fiq..."

"Apa?"

"Aku rindu papa dengan mama." Syafiq yang sudah selesai mengemas barang, berjalan menuju ke arah katilnya. Cawan yang berisi milo panas dicapai dari atas meja lampu kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi berdekatan dengan si adik kembar.

"Esok kita melawat kubur diorang."

"Aku jealous duh dengan orang lain yang membesar dengan parents diorang. Mesti bestkan dapat spend time sama-sama, holiday, manja-manja dengan mama..."

"Iqah...stop it. Papa dengan mama dah 15 tahun pergi tinggalkan kita. Kita dah besar, dah boleh fikir sendiri. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Aku pun lalui benda yang sama macam kau. Now, jangan fikir pasal benda ni lagi. Fokus pada study je. Esok kita akan berpisah—"

"Berpisah lagi." Potong Syafiqah. Dia mencebikkan bibir. Perkataan 'berpisah' sangat tidak disukainya. Dari dulu sampai sekarang, mesti ada saja orang yang dia sayang berpisah dengan dirinya. Sejak kecil sampailah naik sekolah rendah kemudian sekolah menengah. Dari rakan-rakan dalam bulatan besar sehingga bertukar kecil dan akhirnya?

Hanya Nana dan Bella saja yang tinggal. Itupun mereka bertiga mula berkenalan sewaktu berada di tingkatan 3.

"Iqah...janganlah macam ni..." Suara Syafiq mula mengendur tatkala air mata Syafiqah mengalir dari tubir mata. Sebagai abang yang sayangkan adik kembarnya, dia tak mahu melihat Syafiqah bersedih. Ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa.

Dia tahu betapa peritnya kehidupan membesar tanpa kedua-dua ibu bapa. Dia juga sedih tapi sampai bila mahu menangis? 15 tahun sudah berlalu. Kali terakhir dia dan Syafiqah bersama Naufal dan Nia adalah sewaktu umur mereka 5 tahun. Kini, mereka sudah dewasa, berumur 20 tahun dan akan menyambung pelajaran di tempat yang berbeza dan jauh antara satu sama lain.

"Iqah..." Pujuk Syafiq. Lelaki itu melabuhkan punggung disisi Syafiqah di birai katil. Tubuh langsing adiknya ditarik masuk ke dalam pelukan. Helaian rambut yang berinai burgundy diusapnya lembut.

"Janganlah menangis...aku kan ada? Kita mana pernah berpisah sebelum ni cuma sekarang kita kena buat haluan masing-masing. Kita ambil course yang berbeza. Belajar pun tempat yang berbeza. Sampai bila kita nak melekat je macam ni?"

"Nanti aku rindu kau..." Kata Syafiqah masih dalam esak tangis. Syafiq tersenyum kecil. Air mata Syafiqah diseka lembut.

"Aku pun akan rindu kau jugak. Nanti dekat sana sambil belajar tu kau carilah jodoh. Mana tahu jumpa? At least kau tak lonely tanpa aku. Tapi ingat! Don't cross the line! Kau tu pergi negara yang minoriti Islam. Pakaian tu jaga, jangan terbukak sana sini. Jangan pergi tempat-tempat tak elok. Kalau ada lelaki yang berani buat apa-apa dekat kau, report kat aku, faham?"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now