BBISA! 017

18.3K 997 240
                                    

"ALLAHUAKHBAR.."

Irsyad mencelikkan matanya perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah kanan melihat Naufal yang sedang tidur di sofa panjang sebelum tubuh dibangunkan perlahan-lahan untuk duduk.

Jahanam punya Naufal. Dahlah tidur dekat sofa panjang, dia pulak kena tidur dekat sofa single. Habis pinggang, tengkuk semua sakit.

Irsyad menguap besar. Tengkuknya diurut apabila dirasakan kejang kerana cara tidur yang tak betul.

"Allahuakhbar.." Suara merdu itu kembali kedengaran di gegendang telinganya. Irsyad berpaling ke arah katil pesakit yang sepatutnya diduduki Nia namun katil tersebut kosong. 

Dia bangun dari sofa lalu berjalan perlahan-lahan ke arah katil wad. Terlihat Nia sedang melaksanakan solat subuh disisi katil pesakit.

Terus langkah kakinya terhenti serta-merta. Irsyad diam tak bersuara namun sepasang matanya kekal menatap Nia yang membelakanginya.

Solat...

Sudah lama dia tidak bersolat. Pegang Al-Quran? Jauh sekali. Seingat dia, kali terakhir dia solat adalah sewaktu umurnya tujuh tahun. Dia solat pun sebab arwah atuk dan neneknya paksa. Kalau tak cakap tak buat.

Tapi, sekarang pegang sejadah pun susah apatah lagi mendirikan waktu solat? Bukan setakat pegang sejadah, iqra' pun dia tak khatam lagi. Al-fatihah? Baca bismillah pun gagap.

Hidupnya kini hanya penuh dengan dosa. Baik dia mahupun ibu bapanya semuanya tunggang-langgang kalau bab agama.

"Huh.." Irsyad menghelakan nafas kecil. Dia berpaling ke belakang lalu membuka langkah keluar dari wad vvip yang diduduki Nia. 

Jam yang terlekat ditangan ditilik sekilas. Pukul 6.15 pagi. Irsyad meliarkan pandangan ke serata arah. Sunyi sepi kerana semua pesakit mahupun penjaga masih lagi lena diulit mimpi.

Berbeza pula dengan nurse dan doktor. Ada yang sudah terlelap, ada juga yang masih melakukan kerja mereka walaupun sudah berkali-kali menguap.

Sinki berdekatan kaunter dituju. Air paip dibuka lalu wajahnya dibasuh agar menjadi lebih segar. Kemudian, tisu diambil untuk mengelap wajahnya yang basah.

Lif dituju untuk turun ke tingkat bawah. Setelah sampai, pintu lif kembali terbuka. Irsyad berjalan keluar dari lif menuju ke arah kedai serbaneka. Mesin air panas dituju lalu menekan butang yang tertera perkataan 'Nescafe' selepas not RM3 dimasukkan.

Cawan plastik yang berisi nescafe panas dikeluarkan dari mesin tersebut seraya langkah diatur keluar dari kedai serbaneka. Pintu utama hospital dituju sebelum dia mengambil tempat di salah sebuah bangku yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Irsyad memejamkan mata apabila angin sejuk menyapa wajahnya. Sesekali, nescafe panas ditiup-tiup agar ia menjadi suam. Takdelah melecur mulut dia nanti nak minum.

Brrrrr...brrrrr...

"Laparnya..." Irsyad memegang perutnya yang berkeroncong minta diisi.

Kenapalah hidup ni mesti makan? Mana tak gemuk kalau hari-hari isi perut dengan menu berat-berat?

Dahlah dia tak rajin nak buat workout. Yang dia tahu, makan tidur makan tidur makan tidur. Belajar?

Lamberrtttt lagiii.

Tapi nasib baiklah perutnya masih ada lapan ketul roti. Nak tengok? Jadi isteri dia dulu, hari-hari boleh tengok. Dahlah handsome, badan ada sixpacks pulak tu. 

Siapa je taknak? Petik jari je 100 perempuan datang keliling pinggang.

Eh tiber.

Back to the topic. Irsyad memandang kiri kanan, mencari mana-mana kedai makan atau restoran yang sudah dibuka. Mana tahukan boleh belikan untuk Nia sekali. 

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now