BBISA! 006

20.1K 1.2K 75
                                    

"REENA! Kamu tak apa-apa ke?" Reena dan pakcik Khalid menoleh ke arah kiri dimana mereka terdengar suara lunak milik Puan Aileen yang menjerit memanggil nama anak gadisnya.

"MAMA!" Terus Reena dan ibunya berpelukan antara satu sama lain. Rambut ikal mayang Reena diusap kemudian rahangnya dipegang. Puan Aileen menilik wajah anak gadisnya untuk mencari jika ada luka-luka akibat dari kemalangan yang berlaku sejam yang lepas.

"Mama. Reena okaylah." ujar Reena sambil tersenyum cuba menenangkan hati ibunya yang kerisauan. 

Puan Aileen menghembuskan nafas lega. Rahang Reena dilepaskan lalu memandang pakcik Khalid yang berdiri di belakang Reena pula. Puan Aileen mengetap bibir. Dia menapak ke arah pakcik Khalid sebelum sebuah penampar dilepaskan ke pipi lelaki tersebut.

PAP!

"MAMA!-"

"Kau ni kan Khalid! Macam mana kau bawak kereta?! Kalau anak aku mati tadi macam mana?! Mana budak yang kena langgar tu?!" Soal Puan Aileen bengang dengan sikap Pakcik Khalid yang careless sewaktu memandu. Reena menarik lengan ibunya dan cuba menenangkan wanita paruh baya itu.

Pakcik Khalid memegang pipinya yang kebas akibat ditampar oleh sang majikan. Dia menunduk memohon maaf kerana meletakkan Reena dalam situasi yang bahaya. Dia betul-betul tak sengaja.

"Mama.. stoplah. Semua orang tengah tengok kita.." Lengan Puan Aileen diusap Reena. Dia meliarkan pandangan melihat beberapa orang di kawasan koridor yang sedang memandang ke arah mereka bertiga. Puan Aileen memejamkan mata. Nafas berat dihelakan.

"Mana keluarga budak tu?" 

"Ada dekat dalam, diorang tengah tunggu kita." Jawab Reena kemudian menarik ibunya perlahan-lahan masuk ke dalam wad pesakit. Pakcik Khalid menghelakan nafas berat. Kerusi kayu yang tersedia di laluan koridor itu dilabuhkan punggung.

Sekarang, dia perlu fikir macam mana nak cari duit untuk ganti balik duit Puan Aileen yang akan dikeluarkan untuk kos perubatan budak kecil yang dilanggarnya tadi. 

•••••

"SEKARANG ni, kau jawab, kalau anak aku mati kau nak bertanggungjawab ke?! Kau fikir duit boleh diganti dengan nyawa anak aku ke?!!" Soal seorang wanita paruh baya yang merupakan ibu kepada budak kecil yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital.

Puan Aileen dan Reena memohon kemaafan. Mereka mana tahu perkara sebegini boleh terjadi. Ini semua takdir! Kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Lagipun, siapa suruh budak tu berlari tak tengok kiri kanan?? Traffic light pun warna hijau bukannya warna merah!

Sekarang nak salahkan siapa? Reena dan pakcik Khalid atau budak kecil tu??

"So, you nak salahkan anak I lah ni?? Anak you tu yang berlari ke tengah jalan tak tengok kiri kanan! Lepas kena langgar you nak salahkan anak I pulak?? At least I dah bertanggungjawab nak bayar kos perubatan nak you tau? Tak reti terima kasih ke??" 

Kalini Puan Aileen pula yang bersuara bengang. Anak dia tak buat salah apa-apa pun tapi terpaksa bayar ganti rugi. Kalau anak kau mati apahal pulak nak salahkan anak aku?! Tu salah anak kau! Lain kali jangan bagi budak-budak melintas jalan sesuka hati kalau taknak perkara buruk berlaku pada diorang! Puan Aileen bermonolog dalaman.

"Sayang.. dah lah tu.. abang yang salah biarkan Taufiq melintas sorang-sorang tadi. Puan.. tolong maafkan isteri saya. Dia stress bekerja, tu yang cepat hot tempered tu.." Encik Busyairi memohon maaf. Kedua bahu isterinya dipegang.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now