BBISA! 033

16.9K 906 42
                                    

"AWAK...bangunlah. Ibu dengan mama dah balik.." tubuh Naufal yang sedang nyenyak tidur di atas katil digoncang perlahan. Kelihatan lelaki itu berkerut-kerut dahinya apabila lenanya diganggu.

"Ngantuklah..." Balas Naufal dengan suara serak-serak basah.

"Awak cakap tadi nak makan pizza. Saya dah pesan pizza, panas lagi tu. Malam ni awak free tak?" Tanya Nia lembut. Punggungnya dilabuhkan diatas permukaan katil.

"Asal?"

"Saya nak pergi beli barang dapur. Esok kan sekolah. Nak buat sarapan untuk awak lagi."

"Apa?! Sekolah?!" Serta-merta biji mata Naufal terbeliak besar. Terus dia bangun dari pembaringan dan duduk menghadap Nia. Nia terkebelakang, terkejut dengan reaksi si suami.

Kenapa? Sekolah je pun. Apa yang nak terkejutnya?

"Seriuslah esok kena pergi sekolah? Awal gilaaa! Aku tak habis cuti lagi ni!"

"Kita dah seminggu kot cuti...apa salahnya pergi sekolah esok? Kita ada dua bulan je lagi nak SPM. Lepas habis SPM, awak tidur lah puas-puas. Nak tidur sampai ke alam barzakh pun takpe, saya janji takkan kejut."

"Apa masalah kau?" Naufal bertanya tidak puas hati. Hak alaa nak perli pun agak-agaklah. Tak payahlah sampai ke alam barzakh bagai!

"Saya pulak yang bermasalah. Awak yang taknak sekolah sangat kan? Kerja tu nak tidur je. Saya bagilah tidur. Bangun-bangun awak dah hadap Ilahi. Takkan tak suka?" Naufal mengetap bibir. Nia sengaja cari gaduh dengan dia ke apa sekarang ni?

Kecoh betullah perempuan sorang ni!

"Oh sukalah aku mati? Ha bagus! Nanti pergi cari lelaki lain, lepastu harta aku semua lesap jatuh ke tangan kau dengan laki baru kau tu!"

"Ha bagus jugak tu. Nanti boleh lah saya dapat title Datin..yelah orang kaya kan? Siapa je tak suka dapat title macamtu. Kena pulak kalau dapat suami baru yang penyayang, baik hati, goodlooking, cintakan saya seorang dan yang paling penting layan saya sebagai permaisuri bukan sebagai orang gaji."

Naufal berdengus kecil. Pipi dalam ditolak menggunakan lidah.

"Keluar sekarang." Arah lelaki itu. Nadanya kedengaran sedikit marah.

"Taknak makan pizza ke? Kalau taknak takpe, saya boleh makan sorang. Rugi tau, saya order tiga kotak pizza cheese leleh, siap ada nenas, sosej, daging kisar—"

"Lebih baik kau keluar sekarang. Kalau tak, aku buat kau tak boleh jalan seminggu. Jangan cabar aku tau. I said what I said." Potong Naufal membuatkan Nia terdiam. Gadis itu berdehem kecil sebelum mengangkat punggung dari katil.

"Fine."

•••••

7.30 malam

"NIA!" Panggil Naufal lantang. Lelaki itu meliarkan pandangan ke seluruh pelosok rumah mencari kelibat si isteri namun tetap tidak jumpa. Naufal berdengus kecil.

"Mana pulak pergi perempuan ni?" Setelah gagal mencari Nia di tingkat atas, Naufal membawa diri turun pula ke tingkat bawah. Dapur dituju namun kelibat gadis itu tetap tidak ada. Baru saja dia mahu menjerit buat kali kedua, tiba-tiba halwa telinganya menangkap suara seseorang sedang mengaji.

Dan suara itu semestinya milik isterinya, Husnia Rani Zahra.

Naufal berdehem kecil. Dia mengatur langkah menuju ke satu bilik yang berada di bawah tangga. Daun pintu yang tertutup rapat ditolak sedikit untuk dijengah ke dalam.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now