BBISA 071

15.3K 805 123
                                    

FLASHBACK;

PUAN Rohaini mencelikkan matanya perlahan-lahan. Siling putih menyapa pandangan mata terlebih dahulu. Nafas dalam ditarik sebelum dihembuskan. Dengan ucapan bismillah, dia cuba untuk menggerakkan tangannya namun gagal. Tapi, dia takkan menyerah selagi usahanya belum berhasil.

Mata dipejam seketika. Wajah anak perempuannya, Mawar Darwisya atau lebih dikenali sebagai Husnia Rani Zahra masuk ke dalam ingatannya. Puan Rohaini tersenyum melihat senyuman manis anaknya itu, saling tak tumpah seperti senyuman arwah suaminya. Manis dan lembut penuh keikhlasan.

Mata dibuka sekali lagi.

"Bismillah..." Nafas dalam ditarik dan sekali lagi cubaan menggerakkan tangan berlaku. Puan Rohaini tersenyum gembira. Akhirnya, tangannya berjaya juga digerakkan!

Kalini dia cuba menggerakkan tubuhnya pula. Meskipun kudratnya masih lemah, namun hatinya tetap berkeras untuk bangun. Tak kiralah dengan apa cara sekalipun, dia pasti Allah akan membantunya.

Kaki kerusi yang berada disebelahnya dipaut bagi membantunya untuk bangun. Tanpa dia sedari sebenarnya terdapat dua gelas kaca yang berada di atas kerusi tersebut terus terjatuh dan pecah berkecai di atas lantai.

PRANGGG!!

"Ya Allah! Ani! Apa kau cuba buat ni?!" Mak Jah yang sedang mengemas dapur, segera berlari masuk ke dalam bilik Puan Rohaini tatkala bunyi gelas pecah kedengaran. Dia melihat ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi.

"Kak Jah...tolong bantu saya bangun..." Pinta Puan Rohaini dengan nada merayu. Kaki Mak Jah dipegangnya erat. Mak Jah menjadi serba salah. Tapi, melihatkan adik iparnya yang masih lumpuh, boleh menggerakkan tubuh badan secara tiba-tiba membuatkan Mak Jah berasa pelik.

"Ani...kau tak sihat lagi ni..."

"Tolong saya Kak Jah...saya betul-betul nak bangun..." Mak Jah menghelakan nafas kecil.

"Kau nak bangun pergi mana? Nak aku tolong?" Tanya Mak Jah dengan nada dipaksakan lembut. Dia risau melihat kesihatan Puan Rohaini yang semakin merosot tapi tetap berdegil mahu bangun!

"Saya nak kertas dan pen. Saya nak tulis surat untuk Mawar..." Puan Rohaini bersuara lagi. Mak Jah mengangguk. Dia bangun dan berjalan ke arah meja kayu. Kertas yang sedikit lusuh serta sebatang pen hitam dicapai.

Dia berjalan semula ke arah Puan Rohaini bersama sebuah meja kecil. Kemudian, meja tersebut diletakkan di depan si adik ipar. Pen dan kertas pula diletakkan di atas meja.

"Nah...jangan gerak kemana-mana tau? Aku nak bersihkan gelas-gelas pecah tu sekejap." Arahan Mak Jah dituruti Puan Rohaini. Pen hitam dicapai lalu mula menulis di atas kertas yang sedikit lusuh itu.

Mak Jah berdiri di luar bilik, menghendap kelakuan Puan Rohaini yang pelik pagi-pagi buta ini. Setelah bertahun-tahun lamanya, kini Puan Rohaini berjaya menggerakkan tubuhnya sendiri. Dia hairan. Keajaiban apakah yang sedang berlaku?

Kalau selama ni Puan Rohaini boleh menggerakkan tubuh badan, mengapa selama ini wanita itu berpura-pura seperti sedang lumpuh pulakkan? Sangat tak logik...

Adakah ini satu petanda? Petanda baik ataupun buruk? Kenapa jantungnya berdebar-debar ketika ini? Mengapa dia langsung tidak boleh melepaskan pandangan dari melihat jarum jam di dinding? Kenapa Puan Rohaini mahu menuliskan surat untuk Nia?

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now