BBISA! 043

16.3K 818 51
                                    

PEJAM celik pejam celik, siang berganti malam dan malam berganti siang. Sekejap saja masa telah berlalu dan pada hari ini merupakan hari keempat pelajar-pelajar tingkatan lima Waterford Elite Highschool menjalankan kem di Sahom Valley Resort. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti archery, air rafting, campfire, team builiding, flying fox, paintball dan sebagainya.

Seperti biasa, tepat pada pukul 8 pagi, pengumuman dibuat agar semua pelajar bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu mendaki Gunung Relau. Sebelum itu, pelajar-pelajar juga telah diingatkan untuk membawa beberapa kelengkapan seperti air masak secukupnya, tuala kecil untuk mengelap peluh, selipar, topi dan lain-lain. Tetapi yang paling penting adalah semua pelajar termasuklah guru-guru diwajibkan memakai kasut sebelum mendaki gunung.

Setelah semuanya selesai, pelajar-pelajar mula beratur mengikut kelas masing-masing bagi memudahkan para guru memeriksa jika ada yang tertinggal ataupun tidak. Beberapa minit selepas itu, muncullah dua buah bas dua tingkat untuk membawa mereka ke Gunung Relau.

"Ril!" Panggil Nia dengan nada suara dikuatkan sedikit tika Khairil sedang berjalan melepasinya untuk duduk di tempat duduk belakang. Khairil segera menoleh ke arah gadis itu dengan kedua-dua belah keningnya terjungkit.

"Belakang kau dah okay tak? Sakit lagi?" Tanya Nia prihatin. Khairil tergelak kecil.

"Sayang jugak ek kau dekat aku?"

"Ish kau ni! Kau kan kawan aku. Takkanlah tak sayang? Lagipun kau tengah sakit, aku taknak jadi apa-apa je karang menyusahkan cikgu-cikgu pulak nak jaga kau." Ujar Nia memberi alasan. Wajah Khairil yang masih tersengih dijeling sekilas.

"Aku okaylah. Daki gunung guna kaki bukan belakang badan. Lagipun aku ni kan lelaki, setakat kena pukul tu biaselah. Lelaki ni, kalau jatuh motor patah kaki ke patah tangan pun tetap tak serik. Still bawak motor. Macam tu jugak aku. Lebih baik tak payah jadi anak jantan kalau sikit-sikit tak boleh buat kerja sebab lemah. Tch! Small matter, sis—"

"Small matter lah sangat. Aku sapu dettol dekat belakang badan kau pun dah menjerit." Cantas Nia. Khairil menjungkitkan bibirnya. Dia berdecit. Agak-agaklah dettol kalau sapu dekat luka mestilah pedih! Siapa je takde rasa sakit?

"Dahlah malas aku nak layan kau." Balas Khairil sebelum sambung berjalan dan melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi disisi Aatif. Nia tersenyum sinis. Koyak lah tu.

Sedang dia memeriksa apa-apa yang patut di dalam beg, dia merasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikannya dalam diam. Segera cermin kecil yang berada di zip depan dikeluarkan. Kemudian, cermin itu diangkat tinggi sejajar dengan wajahnya. Dia berpura-pura membetulkan tudung sambil memeriksa manusia-manusia di belakangnya melalui pantulan cermin.

Tiba-tiba tangannya terhenti pada wajah seseorang. Betullah firasatnya. Memang ada orang sedang merenungnya tajam menggunakan mata helangnya. Siapa lagi kalau bukan Naufal? Nia pelik. Dia ada buat salah apa sampai Naufal terlalu marah padanya? Tak pernah pulak lelaki itu ambil kisah apa yang dia lakukan. Namun sejak sampai di Perak, dia perasan Naufal selalu membuat riak wajah tegang bila ternampaknya. Hmm.

Disebabkan malas mahu berfikir lagi, cermin kecil tadi kembali disimpan di dalam beg. Untuk mengelakkan perasaannya yang tidak selesa direnung Naufal sebegitu, dia membuang pandangan keluar tingkap menikmati pemandangan yang jarang dia nampak di bandar. Maklumlah, di bandar sedang pesat membangun  bangunan-bangunan yang tinggi. Pokok pun dah banyak ditebang sebabtulah peluang untuk melihat keindahan kampung tidak mahu dia sia-siakan.

"Biy? You nak roti? I ada bungkus sikit tadi dekat kantin." Lengan Naufal disenggol Huda. Lelaki itu langsung tidak membalas ajakannya malah sepasang mata lelaki itu langsung tidak lari dari memandang ke depan.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now