BBISA! 082 [ FINAL ]

19.2K 849 782
                                    

Dua minggu kemudian...

SETELAH dua minggu tinggal di rumah Tuan Luzman dan Puan Aileen, akhirnya Naufal sekeluarga pulang semula ke mansion mereka. Naufal mahu bersendirian. Mahu kerja, tiada mood. Mahu bermain dengan anak-anak, mereka akan dimarahi jika membuat kesilapan disebabkan emosinya yang tak masih menentu. Jadi, buat masa sekarang bersendirian adalah lebih baik.

Naufal melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang terletak di hujung koridor, bilik yang dibawa arwah isterinya malam sebelum wanita itu meninggal dunia sehari kemudian.

Pintu bilik ditutup tanpa menguncinya. Dia berjalan ke arah radio mini yang terletak di atas meja putih berdekatan pintu. Radio mini tersebut adalah radio kegemaran Nia. Setiap kali wanita itu bekerja, mesti radio itu akan dipasang sebagai peneman menghilangkan bosan.

Naufal tersenyum kecil. Radio mini itu dicapai lalu butang 'ON' ditekan sebelum meletakkan ia semula di atas meja putih. Lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamaleng masuk ke pendengarannya.

Saat ku sendiri, kulihat foto dan video
Bersamamu yang t'lah lama kusimpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa kuulang kembali...

Naufal menghelakan nafas kecil. Lagu ini sangat sesuai untuk keadaan dirinya sekarang yang sedang menatap gambar-gambar keluarganya di dinding. Disebabkan dia tidak mempunyai banyak masa dirumah, Nia akan menghias setiap bilik mahupun ruangan-ruangan lain secantik yang boleh.

Banyak gambar mereka sekeluarga yang telah diframekan dalam pelbagai bentuk bingkai gambar seperti bentuk segi empat tepat bermacam saiz, bentuk hati, bujur, segi tiga dan lain-lain. Setiap gambar terkandung pelbagai memori manis yang mereka sekeluarga cipta sepanjang enam tahun dia dan Nia mendirikan rumah tangga. Kini, memori-memori tersebut hanya tinggal kenangan.

Naufal berjalan pula ke arah katil bayi yang telah selesai dihias Nia. Kotak yang masih terdapat pregnancy test, belon merah berbentuk hati serta sepasang pakaian bayi masih lagi disitu tanpa disentuh.

"Hello daddy! I can't wait to meet you! See you in June!"

Suara kanak-kanak yang dibuat oleh Nia kedengaran di dalam bilik tersebut atau lebih tepatnya, bergema dalam fikirannya. Naufal cuba menahan diri dari mengeluarkan tangisan lagi. Dia sudah penat menangis siang malam tanpa henti.

Nur Ariana Damia Binti Naufal Muadz Baqir, nama bakal anak ketiga yang sepatutnya lahir di dunia ini pada bulan Jun kelak kini sudah tiada bersama isteri tercinta. Dia sudah berjanji kepada Nia mahu membincangkan nama anak mereka setelah pulang dari Pahang, namun hasrat mereka tidak kesampaian.

Sedang lelaki itu menatap anak-anak patung yang terdapat di dalam katil bayi, tiba-tiba dia ternampak sekeping kertas terselit di dalam poket patung doraemon. Kertas itu diambil dan dibuka lipatannya.

Assalamualaikum abang...

Nia rasakan Nia dah buang tabiatlah tulis surat ni. Rasa macam kembali ke zaman kuno pulak. Tapi, Nia nak tulis jugak surat ni untuk abang. Mana tahu ni yang terakhir?

Hehe gurau je >.<

Abang dah fikirkan nama anak kita? Nia tak kisah nama apa yang abang nak bagi, semua Nia suka! Nia nak ucapkan terima kasih kepada abang sebab jadi suami terbaik yang Nia pernah ada. Tanpa abang, kita takkan ada Fiq dan Fiqah. Nia tak sangka, sekejap je masa berlalu. Abang ingat tak masa mula-mula kita kahwin dulu? Abang letakkan banyak syarat tak masuk akal sebab waktu tu abang tak cintakan Nia lagi. Iyalah, kitakan masih muda. Siapa je nak kahwin muda kan? Sebenarnya Nia pun taknak. Tapi, disebabkan hasrat parents kita, Nia terima abang jadi suami Nia.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now