BBISA! 066

14.5K 856 59
                                    

Kampung Ayer Molek, Melaka.

SETELAH hampir dua jam memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka, akhirnya mereka tiba juga di kampung Mak Jah. Nia memarkir kenderaannya di halaman rumah Mak Jah. Enjin kereta dimatikan lalu pintu kereta dibuka. Dia dan Mak Jah melangkah keluar dari perut kereta kemudian pintu belakang pula dibuka. Beberapa plastik yang berisi barang dapur dikeluarkan satu per satu.

"Kita ikut pintu dapur ya?" Nia mengangguk sambil tersenyum. Dia membantu Mak Jah mengangkat beg-beg plastik tersebut menuju ke pintu dapur rumah tradisional Melayu itu.

Sedang dia menunggu Mak Jah membuka kunci pintu, kepalanya tertoleh ke kiri kanan memandang ke arah semak-samun di belakang rumah. Terdapat beberapa jenis pokok bunga yang tumbuh segar tersusun di kelilingi rumah kayu tersebut.

Disebabkan suasana kampung yang sunyi dan tak bising seperti di bandar, Nia dapat mendengar bunyi kicauan burung-burung yang terbang di udara, malah bunyi kucing dan ayam juga dapat didengarnya dengan jelas. Udara disini pun bersih. Banyak pokok dan tumbuhan hijau, menyedapkan lagi mata yang memandangnya.

"Nia..mari masuk? Maaflah rumah Mak Jah bersepah sikit. Kalau kamu tak selesa, boleh duduk dekat atas. Mak Jah buatkan air sekejap ya?"

"Eh takpe Mak Jah. Nia okay je...lagipun Nia tak pernah duduk kampung. Biar Nia tolong Mak Jah kemaskan barang dapur..." Ujar Nia mempelawakan diri. Mak Jah tersenyum manis. Belakang Nia diusap lembut sebelum beralih ke arah almari coklat berkayu jati.

Sebuah jug dikeluarkan kemudian diletakkan di atas meja. Air teh 'O' limau sejuk mula dibancuh. Sementara itu, Nia membuka kesemua ikatan plastik dan mengeluarkan barang-barang yang dibeli Mak Jah. Dia membantu orang tua itu mengemas apa yang patut sambil berbual mesra.

"Suami Mak Jah mana? Sunyi je rumah ni?" Tanya Nia ingin tahu. Riak wajah Mak Jah yang pada mulanya manis, perlahan-lahan memudar tika Nia bertanya dimana keberadaan suaminya sekarang.

"Biaselah orang lelaki, Nia..siang-siang macam ni mestilah ke kerja. Mak Jah malas nak ambik tahu pasal dia. Kalau dia nak balik, dia balik. Kalau taknak sudah..." Balasan yang diberikan Mak Jah membuatkan Nia tergamam seketika. Namun, dua ulas bibirnya tetap mengukir sebuah senyuman buat wanita separuh baya itu.

"Mak Darwisy ada dekat sini ke?" Tanya Nia lagi. Mak Jah menganggukkan kepalanya lagi.

"Ada. Kalau kamu nak melawat, kamu naik je tangga ni lepastu pusing kanan. Bilik tu bilik Puan Rohaini. Jangan bising-bising tau?" Nia mengucapkan terima kasih kepada Mak Jah kerana membenarkan dia melawat Puan Rohaini.

Selepas kerjanya selesai, dia menaiki beberapa anak tangga kayu dan pusing ke kanan. Sebuah pintu berwarna coklat cair yang berkarat sedikit ditolak perlahan. Ucapan salam diberikan kemudian Nia berjalan ke arah tingkap kayu.

Tingkap tersebut ditolak perlahan-lahan agar udara luar dapat masuk ke dalam. Selepas itu, dia berjalan pula ke arah sekujur tubuh lemah Puan Rohaini yang terbaring di atas tilam nipis di atas lantai. Wajah Puan Rohaini yang cengkung ditatap lama oleh Nia.

"Assalamualaikum..." Ucap Nia memberi salam namun langsung tiada tindak balas dari Puan Rohaini. Mungkin sedang tidur lagi agaknya.

Nia meliarkan pandangan ke segenap ruangan bilik yang ditempati Puan Rohaini. Terdapat beberapa gambar tergantung di dinding. Antaranya adalah gambar Darwisy sejak kecil sehinggalah menginjak remaja, seorang lelaki yang kelihatan agak muda tersenyum sambil mendukung seorang bayi serta gambar-gambar keluarga Mak Jah.

Tapi, apa yang lebih menarik perhatian Nia adalah sekeping gambar yang terselit di bawah bantal Puan Rohaini. Disebabkan rasa ingin tahu yang menebal, perlahan-lahan gambar tersebut diraih dan ditatap lama.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now