BBISA! 002

26.2K 1.2K 216
                                    

NAUFAL, Mifta dan Irsyad berlari anak keluar dari bangunan sekolah dengan penuh berhati-hati. Sekali-sekala kepala mereka ditelengkan ke kiri dan ke kanan agar mereka tidak tertangkap oleh guru-guru disiplin dan pengetua sekolah. Tapikan, buat apa nak takut? Bukannya mereka akan didenda atau digantung sekolah pun. Irsyad menghentikan langkahnya dari terus berlari.

"Eh kejap kejap kejap. Kenapa perlu panjat tembok sedangkan masing-masing ada motor?" Soal Irsyad menyebabkan langkah-langkah sahabatnya itu terhenti. Masing-masing mula memproses maklumat. Ya tak ya jugak kan? Ini bukan kali pertama mereka ponteng sekolah. Buat apa guna jalan susah sedangkan ada jalan yang lebih mudah?

"Aku tak sangka kebodohan kita harini terserlah. Bak kata Sir Badang, kebangangan yang hakiki-"

"Siapa Sir Badang?" Soal Mifta mencantas kata-kata Irsyad. 

"Cikgu tuition aku."

"Ha??" Mifta dan Naufal berpandangan antara satu lain dengan wajah yang berkerut seribu. Apahal otak Irsyad harini? Ada wayar terputus ke? 

"Sejak bila pulak kau rajin masuk tuition ni? kelas tambahan kat sekolah pun kita tak pernah nak attend. Kau sihat tak, Icad? Nak pergi klinik? Ke nak masuk hospital bahagia terus?" Irsyad menggulingkan biji mata. Sekarang ni siapa tak sihat? Dia ke sahabat-sahabat dia? Salahke apa yang dia cakap? Memang kebodohan mereka bertiga terserlahkan harini? Masing-masing boleh je pergi ke tempat parking motor. Start enjin then bla dari sekolah. Buat apa nak panjat tembok belakang sekolah?

Lagipun, siapa saja yang berani menghalang mereka dari terus melanggar peraturan sekolah? Takkan ada sesiapa yang berani sebab ibu bapa mereka merupakan penyumbang terbesar Waterford Elite Highschool. Sekolah elit ini adalah hak milik Tuan Luzman Lais dan isterinya, Puan Aileen Nabeela yang juga merupakan ibu bapa kepada Naufal. So, no wonder kenapa nama mereka bertiga tidak pernah naik ke unit disiplin sekolah.

Setiba di tempat parking motor, Naufal menunggang motornya manakala Mifta dan Irsyad berkongsi motor milik Mifta. Enjin motor dipanaskan lalu mereka bertiga mula bergerak keluar dari tempat parking motor tersebut.

PONN!! PONN!!

"WOII!! TAK NAMPAK KE ORANG NAK KELUAR NI?! PERGILAH BUKAK PINTU CEPAT!!" Jerit Irsyad yang duduk di belakang Mifta. Jaga berbangsa India yang sedang menulis laporan di dalam buku kelam-kabut mengambil kunci yang tergantung di key holder.

"Sorry sorry.."

"Deyy! Sorry naik lori lah! Uncle makan gaji buta ke apa?! Tak nampak ke orang nak keluar? Apahal kunci gate?! Potong gaji baru tahu!" Sambung Irsyad lagi. Mifta dan Naufal terkekeh kecil di sebalik helmet yang dipakai. Jaga itu memohon maaf sekali lagi sebelum memberikan laluan kepada mereka bertiga untuk keluar. Setelah pagar sekolah hampir separuh terbuka, Naufal dan Mifta terus memecut keluar melepasi pagar menuju ke destinasi yang dituju.

•••••

VR THEME PARK

"MIFTA. Seriuslah kau bawak kitorang datang sini??" Soal Irsyad teruja setelah melihat sebuah bangunan canggih yang merupakan tempat untuk bermain VR game menggunakan teknologi alam maya. Irsyad yang terlampau teruja terus turun dari motor dan berlari masuk ke dalam bangunan tersebut meninggalkan Mifta dan Naufal yang terpinga-pinga.

"Mana kau tahu tempat ni?" Soal Naufal menghiraukan Irsyad yang sudah masuk tanpa mereka. Member lupa member memang macamtu. Mifta menanggalkan helmet di kepalanya setelah enjin motor dimatikan. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut dengan langkah yang tenang, tidak seperti Irsyad yang terlebih over macam tak pernah tengok VR game.
Padahal dekat rumah lelaki itu ada je VR game.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now