BBISA! 025

17.7K 883 37
                                    

PEJAM celik pejam celik sekejap saja sudah hampir sebulan trial exam dijalankan dan sepanjang itu jugaklah Nia memberi semua jawapan bagi setiap subjek kepada Naufal, Mifta dan Irsyad.

Nia merasakan semakin lama dia semakin kreatif dalam memberi jawapan-jawapan tanpa kantoi sekalipun.

Macam-macam cara dia lakukan contohnya menulis jawapan di atas kertas kecil kemudian menyuruh mereka bertiga menyorokkan ia kedalam lengan baju, stoking, jaket, dalam pen dan banyak lagi.

Dan harini merupakan hari terakhir trial SPM berjalan. Subjek yang akan pelajar-pelajar tingkatan 5 duduki adalah Kimia kertas 3.

"So, kita nak guna cara apa kalini?" Soal Irsyad sambil menguyah roti sandwich sebagai hidangan makan tengah hari. Nanti lepas habis exam paper terakhir, barulah mereka pergi makan berat dekat mana-mana restoran mahal sekitar sekolah.

Tick!

"Disebabkan harini hari last kita exam. Aku pulak nak bagi idea cara terboekk untuk meniru." Jawab Mifta sambil jari dipetik. Roti sandwich miliknya diberikan kepada Nia, meminta gadis itu untuk memegang sekejap.

Takkan nak letak atas lantai pulak kan? Lainlah kalau kau jenis pengotor, mana nak letak je.

Beg sandang miliknya diraih kemudian zip beg dibuka. Tiga buah kalkulator dikeluarkan lalu diberikan kepada Irsyad dan Naufal.

Nia, dia tak bagilah sebab gadis itu sememangnya pandai dan tak perlukan bantuan. Mereka sendiri tahu betapa cerdik dan tingginya IQ Nia. Kalau setakat soalan SPM, petik jari je dia boleh jawab. Yelah, paling rendah pun dapat A apalagi kalau paling tinggi? Tak ke A++?

"Kau bagi kitorang kalkulator buat apa bangang? Kau fikir aku rajin ke nak tekan benda alah ni?"

TAP!

Terus kepala Mifta diketuk Naufal menggunakan kalkulator tanpa sempat jejaka itu menjelaskan apa-apa. Mifta meringis kesakitan. Wajah Naufal dijeling tajam.

"Sakitlah bodoh! Kau tengok luar je buat apa? Bukaklah kalkulator tu dulu bongok!" Marahnya. Tanpa membuang masa, segera Irsyad dan Naufal membuka kalkulator tersebut.

"Mana ada apa-apa—"

"Phone?" Celah Nia membuatkan ketiga-tiga jejaka troublemakers tersebut memandangnya serentak.

"Exactly!" Sorak Mifta seraya mengeluarkan tangan untuk membuat highfive namun langsung tidak disambut Nia. Lupa ke dia yang bersentuhan kulit tu haram? Nampak nau tak belajar agama lebih dalam. Asyik layan tiktok gelek-gelek 24 jam je sampai tak tahu mana halal mana haram.

Ish ish ish dunia dah akhir zaman..bertaubatlah sebelum terlambat. Ingat, maruah tu mahal. Muka mak ayah nak letak mana kalau maruah sendiri tak reti jaga?

#sentap
#tiberr

"Haram..." Kata Irsyad seraya tangan Mifta diturunkan. Mifta berdehem kecil. Nia menggelengkan kepala manakala Naufal kelihatan teruja apabila melihat telefon yang berada di dalam kalkulator tersebut ibarat sebuah cover phone.

"Macam mana awak buat?" Tanya Nia turut impressed dengan hasil kerja terlebih kreatif dari Mifta.

"Aku tengok youtube. Aku nampak pelajar-pelajar universiti guna cara macam ni untuk meniru. Sebabtulah aku ikut. Aku bukak kalkulator tu then keluarkan isi dalam dia. Lepastu aku masukkan telefon. Butang-butang depan tu aku gam je sebagai hiasan. So, takdelah kantoi waktu nak cari jawapan nanti."

"Telefon mana kau guna ni?" Soal Irsyad pula.

"Aku kan ada tiga telefon. So aku gunalah semua phone aku, bagi pinjam dekat korang. Jawapan-jawapan untuk semua eksperimen aku dah tangkap gambar waktu aku mintak skema jawapan haritu. Tapi, korang kene ingat jangan tiru bulat-bulat kalau tak kantoilah nanti. Pepandailah tukar ayat sikit, mana yang banyak guna istilah tu korang tulis cara bahasa melayu klasik. Baru nampak pandai gitchuu..."

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now