BBISA! 007

19.7K 1.1K 175
                                    

"ICAD, kau okay tak?" Sapa Naufal setelah Irsyad tiba di meja makan kantin yang sedang mereka duduki. Irsyad menganggukkan kepala. Tray makanan diletakkan di atas meja lalu punggung dilabuhkan ke kerusi.

"Sorry..."

"Kenapa?"

"Buat kau masuk hospitallah haritu. Kitorang tak tahu pulak benda ni boleh jadi macam ni." Jawab Mifta pula. Kentang goreng yang berada di dalam tray makanan dicucuk menggunakan garfu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Irsyad mengangguk menandakan dia sudah memaafkan sahabat-sahabatnya itu. Dia mula menikmati makan tengaharinya sebelum sesi kedua persekolahan bermula sebentar lagi.

"Eh? Kita taknak ponteng sekolah pulak harini? Tiba-tiba dah taubat ke apa?" Soal Irsyad terkekeh kecil. Baru dia perasan, buat kali kedua mereka bertiga menghabiskan masa di sekolah dan tidak melepak dimana-mana seperti sebelum ini.

Kali pertama sewaktu di tingkatan 3 dimana peperiksaan PT3 sedang berlangsung. Nak kata mereka belajar? Lambertttt lagi.. akhirnya keputusan pun lamberrttt lagi nak dapat A. Kalau G tu memang berlambaklah dalam keputusan tapi mereka apa kisah?

Keputusan yang cemerlang tidak menjamin kehidupan yang cemerlang jugak kan? Asalkan duit ada, masa depan pun adalah. Ngeh.

"Naufal my babyboo~" Sayup-sayup kedengaran suara gedik seorang pelajar perempuan dari kejauhan. Naufal menggulingkan biji mata ke atas manakala Irsyad dan Mifta berdehem, cuba menahan tawa yang mahu terletus.

"Semaklah perempuan ni.." ucapnya perlahan. Pelipisnya diurut apabila suara pelajar perempuan tadi semakin hampir dengan mereka bertiga.

"Sayang...you ni tak rindukan I ke?? Kenapa susah sangat nak jumpa you ni sayang?" Gadis itu mula merengek kecil. Dua rakannya yang lain melangkah ke arah Irsyad dan Mifta dan melabuhkan punggung di sisi mereka.

"Amelia.. boleh tak kau duduk jauh dari aku harini? Aku malaslah nak layan perangai gedik kau ni.." tolak Naufal bersama riak muka menyampah. Amelia berdecit kecil. Dia peduli apa orang tengok? Bukan senang tau nak dating dekat sekolah bila Naufal asyik lesap je! Kalau bontot tu boleh digam, dia akan gam bontot Naufal supaya setia disisinya sepanjang masa.

"You ni tak sayangkan I ke? Hari-hari I cari you tau tapi asyik takde je! Ni bila dah ada depan mata bagilah I spend time dengan you. You kan boyfriend I!" Bibir dicebik sebelum kerusi yang diduduki Naufal ditarik sedikit.

Tanpa segan silu, dia melabuhkan punggung di atas peha teman lelakinya. Pelajar-pelajar yang sedang menikmati makanan mereka di dewan kantin mula menjadikan mereka tumpuan. Ada yang sedang tangkap gambar dan ada juga yang sedang mencarut apabila crush mereka diperlakukan sebegitu.

Fikir sekolah ni bapak dia punya nak tunjuk perangai murah tu? Dahlah pakaian pun serupa takde pakaian. Terdedah sana sini. Acah pakai heels 10 cm. Karang terpelecok dia jugak yang malu. Perangai tak boleh dinafikanlah, gedik tahap Ayah Pin!

"Cuba kau tengok pakaian perempuan tu, Laila? Taknak try?" Soal Darwisy sambil menjuihkan mulut ke depan. Dua ulas bibirnya ditarik membentuk senyuman nakal ke arah pakaian yang dipakai Amelia ala-ala 'perempuan melayu terakhir'. Laila menghirup sedikit air sirapnya sebelum membuang pandangan ke arah Amelia. Terus riak wajahnya berubah jijik.

Dahi Darwisy dijentik kuat membuatkan lelaki itu meringis kesakitan.

"Kepala biawak kau nak aku try pakai macam tu! Aku lebih rela pakai bathrobe je pergi sekolah dari ikut gaya betina tak sedar diri tu!" Bantahnya. Darwisy terkekeh geli hati sebelum sengihan kerang busuk ditayangkan.

"La, boleh tak kau ulang lagi sekali apa yang kau cakap?" Pintanya. Laila yang sedang meneguk air sirapnya sampai habis mengerutkan dahi.

"Cakap apa?"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now