BBISA! 050

18.4K 981 200
                                    

NIA dan Naufal berdiri di hujung katil yang ditempati Darwisy. Tubuh lelaki yang berbalut sana sini itu dipandang sayu oleh Nia manakala Naufal yang berdiri di sisinya pula sibuk bermain dengan telefon pintar.

"Doktor, ahli keluarga Darwisy takde datang melawat ke?" Tanya Nia kepada Doktor Ramzee. Doktor Ramzee hanya menggelengkan kepalanya. Jasad Darwisy yang kaku diatas katil ditatap penuh simpati.

Kesian, Darwisy masih muda tapi dah kena tanggung macam-macam. Dengan kos pembelajaran lagi, kos rumah dan keluarga di kampung. Namun, bila Darwisy ditimpa kemalangan, tiada seorang pun yang datang melawat. Harini, baru muncul dua orang iaitu Nia dan Naufal.

"Pihak hospital dah telefon ahli keluarga pesakit, mereka kata mereka akan datang melawat tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung. Kesian saya tengok dia. Nasib baiklah Allah bagi dia peluang kedua untuk hidup." Ujar Doktor Ramzee. Nia memandang lama doktor itu bersama kerutan di dahi.

"Peluang kedua untuk hidup? Apa maksud doktor?"

"Masa hari kemalangan berlaku, ramai nyawa yang terkorban. Pelajar-pelajar yang hidup pun sebenarnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hanya beberapa orang saja yang mampu kami selamatkan. Selebihnya, innalillahwainnailahirojiun. Waktu Darwisy dilarikan ke hospital di Perak, jantung dia tiba-tiba berhenti. Kami fikirkan dia pun senasib dengan mendiang kawan-kawan dia yang lain. Tapi alhamdulillah. Jantung dia berfungsi semula selepas kami gunakan defibrillator lebih dari lima kali."

Dengar saja cerita yang diceritakan oleh Doktor Ramzee, Nia menarik nafas lega. Air mata yang mengalir ke pipi segera diseka sambil menatap jasad Darwisy di atas katil. Dalam hati, dia berdoa agar Darwisy segera sedar dan menjalankan kehidupan seperti pelajar-pelajar yang lain.

Nia turut bersimpati kepada lelaki itu dan rakan-rakannya yang lain. SPM tinggal beberapa hari saja lagi, dan hampir 40 orang pelajar mangsa kemalangan tak dapat untuk menduduki peperiksaan besar tersebut. Paling perit sekali adalah apabila 13 orang pelajar sudah kembali ke rahmatullah tanpa kejayaan yang ingin mereka capai sebelum masuk ke alam dewasa.

Mengingatkan kejadian yang menyayat hati tersebut, Nia hampir mengalirkan air mata jernihnya kembali. Bayangkan jika dirinya salah satu dari mangsa kemalangan, mesti ibu bapanya akan berduka cita jika dia pergi terlebih dahulu menghadap Tuhan kerana dia satu-satunya anak yang mereka ada. Mengingatkan ia, buat dia terfikir, apakah perasaan  keluarga-keluarga si mati apabila melihat anak mereka meninggalkan dunia buat selama-lamanya tanpa melihat wajah gembira mereka ketika naik ke atas pentas dan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik SPM?

Nia berharap agar keluarga-keluarga si mati tabah dan redha dengan pemergian anak-anak mereka. Ajal tak kira umur, kalau Allah nak tarik nyawa kita esok, esok jugak kita akan pergi kerana mati itu pasti. Bila-bila masa saja boleh berlaku seperti yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kita lupa untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT kerana amalan-amalan kita sama ada baik mahupun buruk itulah yang akan dihisab di akhirat nanti.

"Darwisy masih tak sedarkan diri lagi ke, doktor? Atau dia koma?" Celah Naufal yang berdiam diri sejak tadi. Walaupun dia diam saja, telinga tetap dipasang untuk mendengar perbualan antara Nia dan Doktor Ramzee. Doktor Ramzee mengangguk. Dia mengatakan bahawa Darwisy masih tidak sedar dari pengsan hampir seminggu.

Usai berborak, Doktor Ramzee mempamitkan diri untuk memeriksa pesakit-pesakitnya yang lain. Setelah kelibatnya hilang dari pandangan mata, Nia melabuhkan punggung di kerusi yang terletak disisi katil Darwisy.

"Kau nak duduk sini berapa lama?" Soal Naufal sebelum menguap. Dia turut melabuhkan punggung di atas sofa sedikit jauh dari katil Darwisy.

"Sekejap je. Tak lama pun. Awak tidurlah dulu. Nanti nak balik saya kejut." Balas Nia. Dia bangun dari kerusi kemudian berjalan ke arah tandas. Besen kecil berwarna biru serta kain napkin dicapai lalu dibasahkan dengan air paip.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now