BBISA! 040

17.5K 811 48
                                    

HUDA, Mia dan Adriana terdiam serta-merta apabila dimarahi Nia. Buat kali pertama mereka lihat baran Nia yang kemuncak itu. Selalunya kalau Nia bercakap pun lembut saja tutur kata gadis itu, jalan pun sopan seperti gadis melayu terakhir.

Nia menarik nafas dalam untuk bertenang. Dadanya diurut sambil mengucapkan 'astaghfirullahalazim'.

"Tahu pun nak diam. Ingatkan nak bergaduh sampai kiamat." Perli Irene sebelum berjalan menjauhi mereka berlima. Zip bagasinya dibuka untuk menyediakan pakaian baru bagi aktiviti yang akan dijalankan sebentar nanti.

Najwa Ayunie atau lebih dikenali sebagai Wawa turut berjalan menjauhi mereka. Beg bagasinya diletakkan di atas lantai sebelum melabuhkan punggung untuk mengemas pakaian masuk ke dalam almari.

"Kita datang sini nak release tension bukan nak tambahkan tension. Please jadi matang boleh tak? Ad, Mia. Jangan disebabkan korang berdua tak suka dia, korang sindir-sindir aurat dia, buat plastiklah, takde agamalah. Itu bukan kerja kita untuk hina dia macamtu. Itu antara dia dan Allah. Nak tegur buat cara tegur bukannya hina dia macamtu. Ha Huda, kau pun satu. Kalau orang tegur tu, terima jelah jangan nak ego sangat. Kalau salah mintak maaf, tak susah pun nak cakap benda tu, kan? Dan lagi satu, pakaian tu jangan nak show off sangat skin kau. Ingat kau tu orang Islam, belajar agama, tahu mana halal mana haram. Jangan disebabkan pakaian kau yang tak melambangkan orang Islam sebenar, non-muslim pandang kita serong..."

Ujar Nia panjang-lebar. Dia memandang Huda, Mia dan Adriana bersilih ganti.

"Mintak maaf sekarang." Arahnya. Mia dan Adriana mengetap bibir seraya memandang antara satu sama lain. Wajah Huda yang bersahaja sambil memeluk tubuh dijeling sekilas. Memang taklah diorang nak mintak maaf!

"I said apologize now. Three of you."

"Okay, fine. I'm sorry!" Akhirnya Huda mengalah. Dia memohon maaf sebelum menghentak kaki menjauhi mereka bertiga. Kelakuan tidak kurang sopan itu dipandang mereka. Adriana berdecit.

"Macam tu ke mak bapak dia ajar mintak maaf dekat orang? Biadap betul!"

"Kan! Nampak sangat mintak maaf tak ikhlas!" Berang mereka berdua. Sekali lagi Nia menarik nafas dalam. Pelipisnya diurut sebelum menggosok bahu Mia dan Adriana.

"Dah dah. Pergi kemas beg korang. Petang karang ada aktiviti so nak rest, rest dulu."

"Kejap lagi buat aktiviti apa?" Soal Wawa.

"Telematch." Jawab Irene sepatah. Riak wajah Wawa terus berubah excited. Dah lama dia tidak bermain telematch. Last dia main pun sewaktu kem motivasi PT3 yang lalu.

"Serius aku cakap main telematch best giler! Tapi kena guna banyak tenaga duh."

"Kalau macamtu, lebih baik kita tidur dan restkan diri. Lepas Asar karang nak kena turun bawah—"

"Ha cakap pasal tidur, I nak tidur atas katil. I tak boleh tidur atas lantai, banyak cicak and terlalu berhabuk. You know, katil dengan lantai berbeza so kalau I tidur atas lantai nanti pinggang I sakit lepastu tidur I tak nyenyak..."

"Hmm dia start balik dah." Mia bersuara perlahan tika Huda tak berhenti-henti merungut kerana tidak mahu tidur di atas lantai. Banyak nyamuklah, tak nyenyaklah, itu semua alasan! Cakap jelah kau jijik nak tidur atas lantai, ini tak kalau ada 1001 alasan, 1001 alasan jugaklah dia nak bagi.

"Tak boleh. Kau tidur atas lantai. Bukannya berhabuk sangat pun, semuanya dah siap berkemas dan bermop. Lagipun, tu ha tilam kan tebal. Apa yang kau nak takut sangat? Bukannya ada lipas pun—"

"Kalau ada macam mana? Kita ni dalam hutan bukannya dalam apartment. Katak, cicak, lipas, iguana pun boleh masuk dalam ni tahu tak?! Tu ha dalam sungai tu, you fikir takde buaya ke? You fikir buaya hidup dalam air jeke? Dia hidup atas darat jugak tau!"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now