BBISA! 011

18.3K 1K 163
                                    

NIA melangkah turun ke tingkat bawah dengan langkah yang longlai. Dia berjalan sehingga tiba di meja makan untuk bersarapan pagi bersama Tuan Nazman dan Puan Dayana.

"Assalammualaikum.." ucap Nia setelah melihat bapanya yang sedang bersarapan. Tuan Nazman diam membisu. Wajahnya langsung tidak diangkat memandang wajah manis anak gadisnya.

Nia mengeluh kecil. Dia tahu kenapa bapanya memberikan reaksi begitu.

Parents mana je tak kecik hati bila anak diorang tengking diorang?

Semakin seseorang tu berusia, semakin cepat hati mereka terasa walaupun sesuatu perkara itu sekecil bakteria.

Kalau bakteria yang tak nampak tu pun, boleh merebak satu badan sehingga boleh dibawa maut, apatah lagi kesalahan kecil yang dilakukan boleh menyebabkan kita kehilangan pahala bila melihat riak wajah mereka sebegitu?

Beringatlah wahai kawan-kawan, meninggikan suara kepada ibu bapa, bersikap kurang ajar kepada mereka tanpa sengaja pun sudah dikira anak durhaka.

Nak masuk neraka ke?

Taknak kan?

So, sesiapa yang pernah tinggikan suara ke selalu tarik muka bila mak ayah tegur ke bercakap buruk atau mengaibkan ibu bapa ke, mintak maaf kepada mereka dan bertaubatlah...

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang ingin bertaubat...

#donemukadimah
#jangansentaphikss—

"Ayah..." Panggil Nia perlahan. Niatnya ingin meminta maaf kerana berkelakuan tak sepatutnya malam tadi. Tidurnya tak nyenyak selagi tidak meminta maaf kepada Tuan Nazman.

Sepatutnya, dia mintak maaf semalam. Tapi, sewaktu dia berdiri di depan pintu bilik tidur ibu bapanya, dia terdengar orang tuanya itu sedang bergaduh.

Dan yang paling buatkan hatinya sakit dan teramat kecewa adalah apabila Tuan Nazman memanggilnya 'anak pungut'. Sebabtulah, niatnya untuk meminta maaf tergendala.

Dia kembali ke biliknya dan menangis sepuas hati semalaman. 17 tahun dia hidup dalam keluarga ni, baru dia tahu yang sebenarnya dia bukan anak kandung Tuan Nazman dan Puan Dayana? Like seriously, bodohnya dia sebab menumpang kasih dan kekayaan orang lain? Lepastu tak bersyukur pulak tu!

"Nia...kenapa tak makan lagi? Tak sedap ke ibu masak?" Sampuk Puan Dayana yang baru tiba dari dapur sambil menataang sepinggan sandwich.

Nia tersenyum kecil. Dia mengambil senduk lalu menyenduk nasi goreng tomyam ke dalam pinggannya. Puan Dayana merenung wajah muram gadis itu sebelum menoleh ke arah suaminya yang masih buat tak tahu dengan kehadiran Nia.

Setelah habis makan, Tuan Nazman melirik ke arah jam ditangannya.

7.40 pagi

Tanpa membuang masa, terus dia bangun dari kerusi. Kot dan briefcase dicapai sebelum menghulurkan tangan kepada si isteri untuk bersalaman. Lantas Puan Dayana menyalam tangan suaminya itu.

Nia yang sedang makan pula, meletakkan sudu ke dalam pinggan. Kedua tangannya turut dihulurkan untuk menyalam sang bapa namun lelaki itu langsung tidak menyambut malah pergi begitu saja.

"Abang pergi kerja dulu. Assalammualaikum."

Nia tergamam seketika. Dia menurunkan kedua-dua tangannya ke bawah dan menyambung makan nasi goreng. Air mata yang mula mengalir ke pipi segera diseka.

"Nia..." Panggil Puan Dayana.

"Nia okay ibu.. takpe Nia faham ayah masih marahkan Nia." Potong Nia perlahan. Dia menundukkan wajah, tidak mahu Puan Dayana melihatnya menangis.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now