BBISA! 041

16.8K 1.1K 140
                                    

PERMAINAN dimulakan dengan bertanding secara berpasangan di antara dua warna kumpulan iaitu kumpulan merah dan kuning, biru dan hitam serta hijau dan putih. Mereka akan menjalankan permulaan aktiviti di tempat yang berbeza. Setelah satu kawasan telah mereka jayakan, mereka akan ke tempat yang seterusnya sehinggalah aktiviti terakhir. Kumpulan yang mengumpul banyak mata dalam masa yang sama menjadi kumpulan pertama dalam menyelesaikan semua pertandingan dikira pemenang manakala kumpulan yang kalah akan dikenakan denda iaitu melakukan tarian hodoh dalam masa lima minit.

Terdapat banyak permainan yang mesti pelajar lepasinya agar dapat mengutip banyak markah untuk kumpulan mereka antaranya ialah walker bottle, pucker up, pic tac toe, nose dive dan sebagainya. Setiap permainan merangkumi lima hingga 10 mata.

Sementara itu, kumpulan B yang menjalankan pertandingan di air turut memainkan peranan dalam mengumpul mata sebanyak yang boleh. Permainan yang dipertandingkan tidak tumpah seperti pertandingan Ninja Warrior yang popular di negara-negara barat.

Pelajar-pelajar yang dapat melepasi setiap halangan tanpa jatuh ke dalam air akan mengumpul 10 mata dalam waktu yang sama, jika masa yang diambil mereka adalah kurang daripada 12 saat, maka mata akan ditambahkan lagi sebanyak lima.

Mata-mata yang dikutip oleh setiap kumpulan A dan B akan dicampur dan dikira hasilnya. Dua kumpulan yang mengumpul paling banyak markah akan bertanding satu lagi acara bagi mencari pemenang sebenar. Hadiah lumayan juga akan disediakan untuk setiap orang pelajar yang menang.

"Assalammualaikum and good evening semua? Macam mana aktiviti hari ni? Seronok tak?"

"SERONOKKK!!!" Sir Syakib dan guru-guru yang lain mengukir senyuman gembira melihat anak didik mereka yang masih aktif setelah hampir empat jam melaksanakan aktiviti pertama mereka iaitu telematch.

"Penat tak?!"

"Penatttttttttttttt......"

"Tidak mengapa, lepas aktiviti terakhir kita tamat pada malam ini, saya akan benarkan kamu balik ke bilik dan rehat selama satu jam setengah. Kamu buatlah apa yang kamu nak tapi kami akan panggil untuk makan malam pula." Kata Sir Syakib.

"Sir!" Panggil Mifta dengan nada suara yang kuat. Terus kepala Sir Syakib dan guru-guru yang lain menoleh ke arah pelajar lelaki berupa kacukan melayu-arab tersebut.

"Malam ni makan apa?!" Soal Mifta dan menerima anggukan dari pelajar-pelajar lain. Hari ni sudah penat mereka bertungkus-lumus mengutip markah, makan malam mestilah kena mewah-mewah sikit. Barulah seimbang dengan peluh-peluh yang mereka bazirkan selama empat jam ini.

"Mana boleh bagitahu! This is secret, you know? Nanti kamu dah sampai kantin, barulah kamu tahu dinner apa yang kami sediakan. Apa? Kamu fikir kamu semua je ke yang penat? Kami pun penat tau nak perah tenaga dan otak untuk masakkan kamu semua makanan sedap-sedap sampai botak kepala saya ni ha."

Kata-kata dari Sir Syakib itu menimbulkan gelak tawa dari para pelajar tingkatan lima. Lah, sedar pun diri tu botak. Nasib baiklah rambut tak tumbuh-tumbuh. Kalau tumbuh mesti macam orang utan—

Eh tak. Gurau.

"Okay, tanpa membuang masa lagi saya ingin menjemput Sir Uzairi dan Sir Fathi selaku pemeriksa kira-kira untuk naik ke atas pentas dan umumkan keputusan dan pemenang bagi pertandingan harini. Dipersilakan."

PAP! PAP! PAP! PAP! PAP! PAP!

Bunyi tepukan gemuruh kuat kedengaran tika Sir Fathi dan Sir Uzairi naik ke atas pentas bersama keputusan pertandingan telematch ditangan.

"Assalamualaikum semua!"

"Waalaikumussalam sir!"

"Semua hidup lagi tak tu?!!"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now