BBISA! 014

18.1K 1K 34
                                    

"BARU nampak batang hidung." Kata Puan Izyan, ibu kepada Mifta. Naufal, Mifta dan Irsyad berdiri sebaris di depan ibu bapa serta guru-guru matapelajaran mereka.

"Semalam pergi mana? Kenapa tak balik rumah?" Soal Puan Dian, membuka suara. Dia memandang ketiga-tiga jejaka yang popular digelar badboys dan troublemakers itu.

"Tidur apartment Mifta." Jawab Irsyad dan Naufal serentak. Puan Dian mengangguk faham. Dia kembali memandang rakan-rakannya yang sedang duduk berhadapan antara satu sama lain di meja dalam bilik guru disiplin tersebut.

"Naufal sihat?" Tanya Puan Aileen pula. Bibir Tuan Luzman terjungkit senyuman sinis apabila anak lelakinya menghadiahkan jelingan tak puas hati kepada mereka. Mungkin dia dah tahu apa yang berlaku semalam?

"So, kami semua dah berbincang dengan cikgu-cikgu kamu tadi. Mulai harini, kamu bertiga akan dilayan sama seperti budak-budak lain. No ponteng kelas, no tak siap homework, no buli dan semuanya yang berkenaan salah laku pelajar. Papa jugak taknak dengar yang kamu bertiga dapat surat gantung sekolah, faham?"

Naufal, Mifta dan Irsyad berpandangan. Masing-masing menunjukkan riak tak puas hati apabila semua guru di sekolah ini sudah mempunyai hak ke atas mereka tak sama seperti dulu.

"Dan Naufal..." Tuan Luzman menjedakan ayatnya. Suasana di dalam bilik guru disiplin hening tanpa suara, menunggu sambungan ayat yang akan keluar dari owner sekolah tersebut.

"Tolong pulangkan semula kunci motor yang kamu ambil senyap-senyap semalam, kad kredit, telefon, ipad, laptop, semua not kertas yang ada pada kamu, airpords, PSP, PS4, vape dan rokok yang kamu beli tanpa pengetahuan papa. Sekarang-"

"Apahal pulak?!" Bentak Naufal kuat membuatkan semua orang di dalam bilik guru disiplin terdiam.

"Dah lupa ke perjanjian kita semalam?"

"Tapi papa dah tunangkan Fal diam-diam tanpa pengetahuan Fal tahu tak?! Apa yang tak cukup lagi?!" Ni yang marah ni. Semalam, perjanjian mereka adalah kalau dia tak terima untuk bertunang, Tuan Luzman akan tarik semuanya yang ada pada dia. Tapi, masalahnya dia dah pun ditunangkan walaupun tak rela.

So, apahal pulak nak rampas semua barang yang dah miliknya?!

"Jangan nak gunakan alasan macamtu depan papa. Kamu baru bertunang. Papa belum umumkan lagi sama ada kamu akan berkahwin atau tak kan? Sepatutnya, tarikh perkahwinan kamu bulan depan. Dalam tempoh sebulan ni, papa nak kamu pulangkan semua 'hak' papa balik. Kalau kamu masih bangkang perkahwinan ni dilangsungkan, jadi buat apa papa nak pulangkan semua barang-barang tu melainkan Naufal terima untuk berkahwin kan?"

•••••

"KAU nak pergi mana, Fal? Kelas kita dekat arah sanalah." Tegur Irsyad apabila Naufal berjalan ke arah yang bertentangan setelah keluar dari lift.

"Korang pergilah dulu. Aku malaslah nak masuk kelas." Jawab Naufal tanpa memandang ke arah mereka. Langkahnya dilajukan sedikit ke arah rooftop sekolah.

"Jangan nak mengada-ngada boleh tak? Kau lupa ke apa yang 'owner sekolah' ni cakap?" Tanya Mifta, perkataan 'owner sekolah' ditekankan agar Naufal sedar bahawa dialah punca Tuan Luzman berbuat sebegini.

Naufal berdengus kasar. Dia berpaling ke belakang bersama riak wajah tak puas hati.

"What's your problem?"

"It's not my problem. It's yours. Kalau kau terima untuk berkahwin dengan pilihan mak ayah kau, aku rasa kita masih ada kebebasan dekat sekolah ni. Tapi, disebabkan perangai kau yang kepala batu, dengan kitorang sekali terbabit dalam masalah 'rumah tangga' kau tu." Sindir Mifta seraya memeluk tubuh. Dia tersenyum sinis apabila berjaya membakar Naufal.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now