BBISA! 032

18.1K 875 22
                                    

"HA, inilah rumah yang I dah siapkan untuk you guys.. cantik tak cantik tak? Penat tau siang petang malam I dengan pekerja-pekerja I buat sampai bercalar tangan kitorang. Kalau you guys nak tahu I buat ni dengan penuh kasih sayang especially customer I ni kawan-kawan lama I waktu sekolah dulu..bla bla bla..."

Panjang-lebar Encik Izham membebel sejurus melangkah masuk ke dalam penthouse yang berada di tingkat 30 bangunan tersebut. Puan Dayana dan Puan Aileen melihat ke setiap sudut rumah dengan riak wajah kagum. Mereka tahu, Encik Izham adalah seorang yang amat teliti dan selalu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah walaupun dia juga seorang yang amat cerewet.

Mungkin orang yang tidak mengenali dan melihat cara Encik Izham melayan pekerja-pekerja beliau akan berfikir bahawa mereka tidak akan bertahan lama bekerja disini kerana mulut Encik Izham yang tempayan dan puaka tidak tumpah seperti Diva AA.

Namun, Encik Izham juga mempunyai sisi yang patut dicontohi juga seperti melakukan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Kalau boleh semua perabot dan barang-barang yang masuk ke dalam syarikatnya berkualiti tinggi dan tahan lama. Bukan itu saja, pekerja-pekerja beliau juga menerima gaji yang lumayan dari tukang cuci sehinggalah ahli-ahli yang berpangkat tinggi.

Dia juga bukan seorang yang kedekut. Jika dia dapat mengetahui dalam kalangan pekerjanya yang mempunyai masalah dari segi kewangan, dia akan cuba sehabis yang baik untuk membantu keluarga tersebut. Cuma satu saja yang kurang dan selalu buat orang menyampah tentangnya iaitu mulut.

Mulut dia cukup laser. Kalau boleh semua orang dalam bangunan ni dia mahu lepaskan kemarahan walaupun kesalahan yang dilakukan hanya sekecil kuman. Mencarut tak usah dicakap lagilah, satu hari kalau tak carut tak sah!

"Cantiknya..." Puji Nia turut kagum dengan hasil dekorasi rumah barunya itu. Dia berjalan menjauhi Puan Dayana, Puan Aileen, Naufal dan juga Encik Izham. Dia mahu menikmati pemandangan di dalam rumah ini tanpa gangguan dari mulut Encik Izham yang tidak henti bercakap sejaklah mereka di tingkat 1 lagi.

 Dia mahu menikmati pemandangan di dalam rumah ini tanpa gangguan dari mulut Encik Izham yang tidak henti bercakap sejaklah mereka di tingkat 1 lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dekorasi yang simple dan tidak terlalu menyakitkan pandangan. Warna yang dipilih juga merupakan warna yang tenang, tidak terlalu gelap mahupun terlalu terang. Susun atur perabot juga kelihatan kemas dan berkualiti tinggi. Kerjanya sekarang cuma menghias agar kelihatan lebih cantik dan tidak terlihat 'kosong' saja.

"Kau suka ke rumah ni?" Suara Naufal menyentakkan Nia yang sedang tersenyum-senyum melihat rumah mereka. Gadis itu berpaling ke arah Naufal seraya menganggukkan kepala.

"Mestilah suka. Rumah baru kan?"

"Kau nak hias rumah ni ke?" Soal Naufal lagi. Dia berjalan ke arah sofa kulit yang terletak di sudut berdekatan tingkap. Kemudian, punggung dilabuhkan ke atas perabot tersebut.

"Mestilah nak! Kenapa awak tanya? Nak tolong saya hias sekali ke?" Naufal menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan Nia.

"Siapa cakap aku nak tolong?"

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now