BBISA! 061

15.3K 883 161
                                    

"WEH korang! Apa cerita ni? Asal ada ambulans dengan kereta polis?" Mia yang baru tiba terus berlari ke arah kafateria sekolah dimana rakan-rakannya sedang berkumpul untuk bersarapan pagi. Yu Sin yang sedang menikmati roti coklat tersedak dengan kehadiran Mia yang mengejut. Lantas air masak dicapai dan diteguknya rakus.

"Naufal, Mifta dan Irsyad kena tangkap." Jawab Kartini. Nia yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri saja. Riak wajahnya kelihatan amat keruh dengan berita yang tak terduga itu.

"What?! Macam mana boleh kena tangkap?!"

"Kau tak tahu cerita ke?" Sampuk Adriana bersama satu pinggan nasi goreng dan air milo. Dia melabuhkan punggung disisi Mia. Mia menggelengkan kepala tak tahu.

"Tadi kitorang nampak mayat Elena dekat gelanggang bola tampar. Dia gantung diri dia sendiri. Kau pun tahu kan yang dia pernah couple dengan Mifta. Ada orang cakap dia pregnant tapi Mifta taknak bertanggungjawab. So dia pun bunuhlah diri. Tadi polis jumpa diorang bertiga dekat tempat lepak diorang. Naufal dan Irsyad didakwa bersubahat. Parents Elena datang sekolah tadi. Diorang akan buat kes ni naik mahkamah." Terang Adriana panjang-lebar.

Rahang Mia terjatuh. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Sampai macam tu sekali?!

"Tsk..." Tiba-tiba tangisan Nia kedengaran membuatkan semua yang ada di meja itu mengalihkan perhatian ke arahnya. Mereka memandang antara satu sama lain. Apasal Nia pulak yang menangis ni?

"Kenapa kamu menangis?" Tanya Yu Sin perlahan. Bahu Nia diusapnya lembut. Esakan gadis itu semakin kedengaran kuat. Nasib baiklah ramai pelajar sudah angkat punggung dari kafeteria ni kalau tak memang gadis itu menjadi perhatianlah sekarang.

"Tapi Naufal ada dengan aku semalam. Tak mungkin dia bersubahat..." Ujar Nia tersedu-sedan. Kening masing-masing bertaut hairan. Naufal dengan Nia semalam? Dekat mana? Buat apa?

"Korang couple ke?" Soalan dari Kartini membuatkan esakan Nia terhenti seketika. Aduh! Dia terlepas cakaplah pulak! Nia menyeka air matanya. Wajah rakan-rakannya dipandang silih-berganti. Serba-salah mahu membuka mulut kerana Naufal sudah memberikan amaran kepadanya untuk tidak memberi tahu status mereka kepada pelajar-pelajar lain.

"Nia...kau ada sorok apa-apa dari kitorang ke?" Soal Mia dengan mata yang mencerlung tajam. Nia menarik nafas dalam. Dia menggelengkan kepala. Dia dalam dilemma sekarang, nak bagitahu atau tak? Boleh ke dia percaya yang diorang takkan bagitahu pelajar-pelajar lain?

"K-kalau aku bagitahu, korang takkan bagitahu sesiapa kan? Janji dengan aku?"

"Kitorang janji." Ucap Mia, Adriana, Kartini dan Yu Sin serentak. Nia menghelakan nafas lega. Kedudukannya dibetulkan untuk lebih selesa. Tangan Kartini dan Adriana yang berdekatan dengannya dicapai lalu digenggam erat.

"Sebenarnya...aku dengan Naufal dah berkahwin. Dah lebih dua bulan perkahwinan kitorang-"

"WHATTT?!!"

"Sshuhhhhhh!!" Lantas Nia meletakkan jari telunjuknya di bibir, meminta agar mereka mendiamkan diri. Dia tak mahu orang lain tahu selain mereka berlima saja.

"Kau dah kahwin?!"

"Dengan Naufal?! Si badboy famous tu?!"

"Bila?!"

"Korang dah buat tutt- ke???"

"Kau pregnant?!"

"Holy what the f*ck!!"

"Korang! Janganlah cakap kuat-kuat!!" Marah Nia apabila mereka berempat tak henti-henti menghentamnya dengan pelbagai soalan. Dia memandang sekeliling, mengharapkan tiada sesiapa yang mendengar.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now