BBISA! 059

15K 814 180
                                    

"NAUFAL! BASAHLAH SAYA!!" Rungut Nia bersama bibir yang dicebikkan. Air kolam ditepuk kuat ke muka Naufal dengan wajah cemberut. Naufal tergelak. Suka dia menyakat gadis itu.

"Sorrylah sayang..." Ucap Naufal meleret. Pinggang Nia ditarik rapat ke arahnya. Hidung Nia dicuitnya manja sebelum bibir isterinya dikucup sekilas.

"Sorry naik lorilah! Saya tak bawak baju tahu tak?!" Bengang Nia. Dada Naufal ditolak, cuba untuk meleraikan lengan suaminya yang melilit pinggangnya. Naufal berkeras tidak mahu melepaskan gadis tersebut.

"Baju aku kan ada. Kau pakailah baju aku tu."

"Baju awak memang ada. Tapi baju dalam saya? Takkan nak pakai awak punya pulak!" Naufal mengemamkan bibir. Perlahan-lahan biji matanya menurun sehingga ke dada Nia. Terus dia tergelak.

"So sexy...." Ucapnya sambil menggigit bibir bawah. Nia menunduk. Baru dia perasan bahawa baju yang dia pakai sekarang adalah berwarna putih. Nia mengetap bibir menahan malu. Kedua-dua pipinya membahang merah.

"PERVERT!!" Sekali lagi dada Naufal ditolak kuat. Akhirnya, terlepas jugak! Naufal tergelak besar melihat Nia yang terkapai-kapai naik dari kolam. Memandangkan dinding kolam agak tinggi dan licin, jadi susah untuk dia naik ke atas. Kena pulak tingginya yang boleh dikategorikan sebagai 'kenit'.

"Panties kau pun lawa!"

"Diamlah! Jangan sebut benda tu kuat-kuat boleh tak?!" Ish! Sabar jelah ada suami perangai miang macam ni! Lompat punya lompat, akhirnya berjaya jugak dia naik ke atas.

Tanpa membuang masa, tuala putih yang berada di sebelah beg Naufal dicapai lalu membalut tubuhnya yang basah. Dia berlari anak menuju ke arah bilik persalinan lelaki untuk mengambil baju extra yang selalu disimpan oleh Naufal.

"Takde orang selain kita dalam dewan ni! Kau tukar je baju terus dalam tu!" Jerit Naufal dari dalam kolam. Nia hanya patuh. Betul jugak cakap Naufal. Kalau dia nak pergi ke bilik persalinan perempuan agak jauh dari sini. Jadi, dia buat keputusan untuk menyalin pakaian dalam tandas lelaki saja.

Klerk!

Pintu bilik air dibuka. Rasanya ini kali kedua dia masuk tandas lelaki. Pertama kali sewaktu dia menukar pakaian ditemani Irsyad di luar. Kalau tak silap dia, masa tu dia 'bocor' semasa datang bulan dan Irsyadlah yang menjadi penyelamatnya dengan meminjamkan seluar Naufal.

Siapa sangka, badboy yang paling terkenal dekat sekolah dan berperangai troublemaker serta playboy akhirnya menjadi suaminya yang miang? Dia pun tak sangka yang dia dapat ubah perangai playboy Naufal itu. Huhu!

Rasanya dia tak buat apa-apa pun. Macam mana lelaki tu boleh berubah ek? Dan...sejak bila Naufal sanggup putuskan hubungan dengan teman-teman wanitanya semata-mata mahukannya seorang? Nia mengangkat bahu tidak tahu. Malaslah dia mahu fikir pasal perkara tu lagi. Yang lepas biarkan lepas.

Nia bernyanyi kecil di dalam bilik air. Tuala putih ditanggalkan lalu diletakkan di atas sinki. Pin-pin tudung turut dilepaskan dari selendang dan menyusunnya di atas sinki supaya tidak terjatuh dan hilang.

Butang baju dilepaskan satu per satu dan mula menukar pakaian. Namun, tanpa dia sedari sepasang mata sedang memerhatikan gerak-gerinya sambil menjilat bibir bawah dan atas. Bibirnya diketap cuba menahan nafsu yang bergelora tika terlihat bentuk tubuh Nia yang ideal. Air liur ditelan kelat.

Lantas telefonnya dikeluarkan dari dalam poket seluar. Aplikasi kamera dibuka lalu butang rakam ditekan. Sesekali dia juga menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan simpanan peribadi—

Klik! Klik! Klik!

•••••

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now