BBISA! 073

13.9K 762 107
                                    

"KAU dah nak gerak ke?" Soal Naufal sejurus Irsyad melabuhkan punggung di kerusi bertentangannya. Irsyad menganggukkan kepala. Dia meliarkan pandangan melihat ke setiap sudut pejabat besar yang mewah diduduki Naufal sekarang. Irsyad tersenyum, kagum melihat sahabatnya yang kini bergelar Jutawan Muda.

"Berapa lama kau pergi?"

"Erm..tak pastilah sebab kerja aku dekat sini dah selesai. Cuma, syarikat papa aku dekat Itali ada masalah sikit. So, aku kena tolong dia dekat sana memandangkan dia tengah sakit sekarang. Ha! Baru aku teringat, Mifta macam mana?" Irsyad bertanya.

Sekarang, sudah masuk lima tahun Mifta tinggal di dalam penjara. Dia dan Naufal pun sudah lama tidak berkomunikasi dengan lelaki itu memandangkan masing-masing terlalu sibuk menguruskan syarikat keluarga.

"Entahlah...aku dah lama tak dengar berita pasal dia. Busy duh! Dengan family aku pun aku jarang spend time inikan pulak Mifta yang ada dalam lokap tu. Mana ada masa..." Naufal membalas seraya nafas berat dihelakan. Irsyad mengangguk mengiyakan.

"Kerja-kerja jugak, Fal. Family kau tu pun penting. Duit dalam bank kau tu dah berkepuk-kepuk, apa salahnya sekali-sekala kau off kerja and spend time dengan diorang? Kesian Nia tu, dia pun kerja jugak tapi dia ada masa untuk anak-anak korang-"

"Dia kerja jual bunga je. Aku ni kerja untuk syarikat. Kalau aku tak bergerak, kau fikir yang lain bergerak ke?" Cantas Naufal dengan nada menjengkelkan. Pantang dia mendengar orang lain mengata kerja-kerjanya seperti itu.

Irsyad menghelakan nafas kecil sambil menggelengkan kepala. Dulu malas nak mampus! Sekarang rajin nak mampus pulak! Tak boleh ke Naufal seimbangkan masa malas dengan rajin? Haih...

"Sukahati kaulah, Fal. Masa awal-awal kahwin, kebiasaannyakan suami isteri memang taknak berenggang even 10 minit je tau? Mesti nak berkepit 24 jam. Tapi, lepas beberapa tahun kahwin, rumahtangga kita akan diuji dengan beberapa dugaan. Kita tak tahu, tapi Allah tahu apa yang DIA nak uji kita. Sekarang pun aku dah nampak Allah tengah uji kau."

"Apa maksud kau ni?" Soal Naufal dengan kerutan seribu di dahi.

"Maksud aku, kau dengan Nia dah enam tahun berkahwin. Saat nilah rumahtangga kau tengah diuji. Tengoklah, dulu mana pernah kau nak berenggang dengan Nia? Kau lupa? Hari-hari kau nangis sebab Nia takde sebelah kau masa kau dapat alahan ibu mengandung. Sekarang, kau asyik fikir pasal kerja lepastu outstation memanjang. Rumah pun kau jarang balik. Bro, aku kan sahabat kau. Kita kenal berbelas tahun dah. Dah macam adik-beradik, pergi sana sini mesti bertiga. Aku taknak kau lebihkan kerjaya kau dari family. Nia dengan anak-anak kau pun manusia, perlukan kasih sayang seorang suami dan seorang ayah. Kita tak boleh predict apa yang akan berlaku masa depan. Jangan disebabkan kau, rumahtangga kau goyah. Kau fahamkan maksud aku?"

Naufal mendiam. Angguk tidak. Geleng pun tidak. Kertas-kertas kerja yang berada di depan mata dipandang dengan hati berbelah bagi.

"Kalau dulu bolehlah aku tolong kalau kau ada masalah. Tapi, sekarang kita dah ada haluan masing-masing. Aku akan ke Itali untuk beberapa tahun, maybe kita bertiga takkan berjumpa dalam masa yang singkat ni. Macam-macam boleh berlaku. Silap haribulan, kau boleh hilang orang yang kau sayang. Aku taknak hidup kau berubah 360 darjah disebabkan rasa bersalah sebab tak dapat bagi kasih sayang yang cukup. Kalau kau sedih, aku pun sedih. Kalau kau gembira, aku pun akan gembira jugak. So, fikir-fikirlah mana yang terbaik. Aku dah nak gerak ni, kejap lagi kapal terbang nak berlepas." Kata Irsyad panjang-lebar sebelum melihat jam di pergelangan tangan.

Lantas dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Naufal. Lelaki itu ditarik berdiri lalu mereka berdua berpelukan antara satu sama lain.

"Jaga diri. Kalau Mifta dah keluar penjara, roger aku. Aku nak kita bertiga buat reunion sama-sama." Pesanan Irsyad terus disemat dalam diri Naufal. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum kecil. Belakang Irsyad ditepuk sekali sebelum pelukan mereka terlerai.

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now