BBISA! 048

17.5K 879 126
                                    

KHAIRIL melangkah menuruni tangga chalet. Selipar hitam berjenama adidas miliknya disarungkan ke kaki. Walaupun jam sudah menginjak ke lewat malam, dia tetap tak dapat melelapkan mata.

Dari dia membuang masa bermain telefon di atas katil, ada eloknya dia keluar bersiar-siar. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia menghirup udara segar di kampung buat kali terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula pada hari esok.

Dia fikir selepas bersiar-siar dalam 20 ke 30 minit, dia ingin ke surau untuk menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Sambil-sambil itu bolehlah dia mengaji untuk menghilangkan bosan. Berfaedah bukan?

Langkah kaki diorak ke kolam renang. Sebelum itu, sempat Khairil membuang pandangan ke pondok pengawal. Kelihatan dua orang pengawal lelaki sedang beristirehat sambil berbual-bual kosong. Yang seorang sedang menghisap rokok dan seorang lagi pula sedang menulis laporan di dalam buku. Khairil berpendapat bahawa mereka berdua baru saja selesai meronda kawasan kem ini.

Lelaki itu berjalan tanpa arah tuju. Angin kuat yang menyapa tubuh dan wajah terasa amat dingin dan selesa. Udara di kampung juga lebih segar dan bersih berbanding di bandar yang banyak dengan pelbagai bau-bauan terutamanya asap kenderaan serta suasana yang bising meskipun sudah larut malam.

Khairil berhenti melangkah. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum tangan kanan diseluk ke dalam poket seluar slack hitam. Tiada orang disekelilingnya jadi dia mempunyai kesempatan untuk melakukan ini.

Sekotak rokok dan pemetik api dikeluarkan dari dalam poket. Sebatang rokok dikeluarkan lalu diletakkan diantara dua ulas bibirnya. Kemudian, pemetik api dicucuhkan pada hujung rokok. Khairil menghisap dan melepaskan asap hitam kekelabuan tersebut ke udara. Rasanya sudah hampir tiga bulan dia tidak menghisap rokok disebabkan tekanan belajar dan hal keluarga yang dialami.

Kalau bapanya tahu yang dia menghisap rokok, mungkin birat-birat di badannya akan menjadi lebih teruk dari haritu. Dia tak pasti sejak bila dia terjebak dalam menghisap rokok ini tapi tak dapat disangkal lagi, rokok boleh mengurangkan stresnya untuk seketika.

Sedang dia berjalan-jalan sambil menikmati hisapan dari dua batang rokok, tanpa dia sedari dia sudah tiba di kawasan tasik. Langkah kaki Khairil tiba-tiba mati. Suara dua orang lelaki dan perempuan yang sedang berbual menyapa halwa telinganya. Suara-suara tersebut amat familiar. Semakin dia merapati tasik, semakin kuat suara mereka.

Khairil memandang ke sekeliling arah sebelum sepasang matanya berhenti di satu gazebo yang agak terselindung dari pandangan orang ramai. Meskipun wajah dua insan yang duduk di gazebo tersebut tidak berapa jelas disebabkan hari malam, tapi hanya dengan mendengar suara saja dia dapat mengecam gerangan itu.

Naufal dan Nia.

Berbantukan cahaya bulan, Khairil dapat melihat wajah Naufal dan Nia semakin jelas. Nasib baiklah dia tak rabun, kalau tak terseksa dan pandang sesuatu dengan jarak yang jauh. Terlihat Naufal sedang mengubati luka di kaki Nia dengan penuh teliti. Sesekali wajah Nia berkerut cuba menahan sakit namun kata-kata Naufal membuatkan gadis tersebut membahang malu sehinggalah Naufal bertindak mengucup lututnya.

Mereka berbalah kecil. Haih, apalah yang sedang berlaku antara mereka berdua itu? Mahu saja dia menajamkan pendengaran tapi jika diingatkan semula yang Naufal dan Nia sudahpun sah bergelar suami isteri, jadi dia hormat privasi mereka.

Tiba-tiba kehadirannya diperasan Naufal. Khairil mengemamkan bibir. Lelaki itu merenungnya tajam sebelum dua ulas bibirnya terjungkit senyuman sinis. Naufal menoleh ke arah Nia yang sedang membebel. Tangan kanan jejaka itu naik memegang rahang Nia sebelum manarik kepala Nia dan menyatukan bibir mereka.

Khairil terkaku. Adakah Naufal fikir yang dia tak percaya akan perkahwinan mereka sampai sanggup 'membuktikannya' depan matanya sendiri? Khairil memandang ke tempat lain. Nafas berat dihelakan. Dia mahu move on tapi kenapa hatinya masih sakit bila dapat tahu yang Nia sudah menjadi hak milik orang lain? Dan...kenapa Naufal? Dia rasa Naufal tak layak menjadi suami Nia. Nia deserve better. Gadis sebaik dan secantik Nia langsung tak serasi dengan Naufal yang beperwatakan 'liar' dan troublemaker...

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now