Bab 1

7.1K 144 17
                                    

Badz mencampak cincin pertunangannya ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya, “Kita putus. I dah penat dengan you.” Kata Badz, wajahnya beku, langsung tiada reaksi yang terukir di wajahnya.

Jazmin terlopong, “Ta... tapi kenapa?” Tanya Jazmin seperti tidak mempercayai kata-kata dari tunangnya.

Badz berpeluk tubuh, “Aku dah penat la dengan perangai acah alim kau tu. Tu tudung kau tu, labuh sangat. Acah ustazah.” Jujur Badz mengatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara pemakaian Jazmin.

Berderau darahnya mendengar rungutan tersebut. ‘Ustazah? Aku pakai tudung labuh sebab nak tutup aurat tau. Dasar iblis bertopengkan manusia.’ Jazmin mengutuk-ngutuk tunangnya.

“Woi! Kau dengar tak aku cakap apa tadi?” Herdik Badz. Terhenjut bahu Jazmin dibuatnya.

Jazmin membetulkan tudungnya yang sudah berserabai dek ditiup oleh angin pantai, “Kenapa awak jadi macam ni? Sebelum ni kan awak yang nak saya berubah, menutup aurat dengan sempurna. Sekarang kenapa awak nak mempertikaikan benda ni?” Tanya Jazmin bertalu-talu.

Menyampah pula Badz dengan perangai Jazmin ni, “Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau? Dulu tu aku hanya nak kan kau sebab kau freehair la, kalau tak memang tak lah aku nak suka dekat kau.” Jawab Badz dengan penuh kebiadaban.

Jazmin berpeluk tubuh, nafasnya naik turun dengan laju. Di dalam situasi begini, dia tidak boleh terlalu mengikut emosinya.

“Kalau sebab tu je awak memilih untuk tinggalkan saya, saya hormat keputusan awak. Tapi jangan nak kaitkan dengan pemakaian saya. Saya pakai tudung sebab tu kewajiban saya. Saya ada agama, bukannya macam awak. Tak ingat Tuhan langsung.” Bidas Jazmin yang tepat terkena batang hidung Badz.

“Kau!” Tangan lelaki berdarah Jerman itu naik ke pipi Jazmin dengan laju. Terbungkam mata Jazmin menatap Badz. Mata mereka yang berada berdekatan turut terarah ke arah mereka berdua.

“Dasar sundal tak guna!” Badz melemparkan fitnah kepada Jazmin, fitnah yang amat besar yang mampu membuatkan hidup Jazmin terumbang-ambing dilanda kata makian dan cacian dari masyarakat sekeliling.

“Astaughfirullah. Bila masa saya sundal? Awak jangan nak fitnah saya!” Jazmin memberi amaran keras kepada Badz. Ini sudah melampau sampai tahap nak menfitnah dia ni.

“Dari dulu lagi kau adalah sundal di mata aku.” Kata Badz. Dia mengakhiri pergaduhan mereka lalu meninggalkan Jazmin sendirian di sana.

Air mata Jazmin jatuh berguguran. Sudahlah ditinggalkan, dirinya ditabur fitnah lagi oleh bekas tunangnya.

Jazmin terduduk di atas pepasir pantai, dia memeluk lututnya. Segala janji-janji manis yang pernah ditaburi oleh Badz terimbau kembali di dalam kotak memorinya.

“Badz, saya rasa nak bertudung lah lepas kita bertunang nanti.” Jazmin menyatakan hasratnya kepada lelaki yang dicintainya, Badrul Capo atau nama sebenarnya sebelum memeluk Islam, Badz Capo.

Badz menoleh ke arah Jazmin dengan senyuman teruja, “Baguslah tu kalau you nak bertudung! Mesti comel kan nanti bakal isteri I ni!” Nampak jelas reaksi teruja dan gembira terpancar di wajah Badz. Senang hati Jazmin melihat reaksi yang diberikan oleh teman lelakinya itu.

Namun segala-galanya berubah semenjak bulan ketiga tali pertunangan mereka diikat. Kerap Jazmin terserempak dengan Badz yang keluar dengan seorang perempuan berpakaian serba jarang, namun Jazmin cuba untuk menyedapkan hatinya dengan menganggap bahawa perempuan itu ialah teman sekerjanya.

‘Allahuakbar. Mama dah pasang pelamin, apa aku nak jawab dekat mama nanti?’ Jazmin teringat akan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dalam tiga minggu lagi.

[1] Demi Kita ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora