Bab 50

1K 43 13
                                    

“Close your eyes.” Arah Jun sebelum dia menutup mata kakaknya menggunakan sehelai kain hitam.

“Adik nak bawa akak pergi mana ni?” tanya Jazmin. Sampai tutup mata bagai ni, takkanlah nak buat kejutan? Tapi hari ini bukan ulang tahun kelahirannya.

“Ikut je, jangan tanya banyak.” Jun menarik tangan Jazmin menuju ke dalam restoran.

‘Budak ni rancang apa sebenarnya’ bisik hati Jazmin yang mula meragui kelakuan adiknya. Patutlah beria nak bawa dia keluar jalan-jalan, rupa-rupanya ada udang disebalik batu.

Jun menyerahkan tangan Jazmin kepada Hayqal yang sedang menunggunya, Jun mengenyitkan matanya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

“Dah sampai ke?” soal Jazmin apabila derapan langkah tidak kedengaran lagi. Aneh. Tangan yang sedang dipegangnya itu tidak terasa seperti tangan adiknya langsung. Takkanlah adik dia...

Hayqal menanggalkan kain hitam tadi, “Suprise!” Hayqal tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Mata Jazmin meliar ke sekelilingnya, ruangan restoran itu dipenuhi dengan bunga ros merah. Senyuman Jazmin turut mekar, dia menekup mulutnya kerana terharu. Air matanya terasa  seperti ingin mengalir.

Pipi gebu Jazmin dicuit manja oleh suaminya, “Nak nangis lah tu.” Usik Hayqal. Isteri dia ni memang sensitif sangat, orang buat kejutan sikit pun nak mengalirkan air mata. Manja betull!

Jazmin memukul manja lengan sasa Hayqal, “Dia ni, asyik nak usik orang je.” Jazmin mencebik tanda memprotes.

Hayqal mengusap kepala Jazmin yang berlapikkan tudung bawal, dia menarik tangan isterinya menuju ke meja yang terletak di center restoran. “Have a sit.” Amboi, dah macam pelayan restoran dah ketua mafia ni.

Punggung Jamzin dilabuhkan ke atas kerusi tersebut, “Thank you.” Ujarnya disertakan dengan segaris senyuman yang semanis gula.

Hayqal tidak melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan Jazmin, sebaliknya dia  melangkah ke arah piano yang berada tidak jauh dari mereka.

Lampu di dalam restoran terpadam seketika, kemudian lampu tersuluh ke arah Hayqal. Kedengaran tepukan gemuruh bergema, Jazmin menoleh ke belakangnya. Eh? Sejak bilakah mereka yang lain tiba?

Hayqal menepuk-nepuk mikrofon untuk memeriksa kondisinya, dia berdehem seketika. “Assalamualaikum and good evening to all of you. So today, I’m gonna sing a song  for my beloved wife. This song is called as ‘Ratu’.” Hayqal memulakan ucapannya.

“Woo!” Mereka yang lain bersorak untuk menghidupkan suasana. Tepukan juga disertakan sebagai sokongan kepada Hayqal.Hayqal menarik nafas sebelum memainkan piano. Mata jernihnya tidak lekang dari menatap wajah isteri tersayang.

 
Mungkin tiba sudah masa
Untuk ‘ku bicara
Mungkin tiba sudah waktu
Untuk kamu tahu

 
Jazmin tersenyum lebar, suami dia ni boleh tahan sweet juga. Matanya bertaut dengan mata biru suaminya.

 
Maafkan aku tak termampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selainmu
Jadi ratu hidupku.
 

Air mata Jazmin jatuh berguguran, sungguh dia terharu dengan kejutan dari suaminya. Dia dapat merasakan perasaan suaminya di dalam lagu tersebut.

“Dia dah dewasa.” Ed mengelap air yang bertakung di kelopak matanya. Beberapa tahun lepas sewaktu orang tuanya menemui Hayqal, dia masih mentah lagi. Rayqal menepuk-nepuk bahunya untuk memberi sokongan moral.

“Tahun depan giliran kau.” Bisik Rayqal kepada Ed. Mencerlung mata Ed memandangnya. Oh dia nak kenakan orang pula ya? ‘Takpe, nanti aku kenakan kau balik. Awas  Naqib Daniel bin Sulaiman, nanti aku kenakan kau sampai kau serik.’ Senyuman yang tersirat dengan seribu satu maksud terhias di wajah Ed. Nampak gayanya, Rayqal bakal ditimpa ‘bala’.

Jari-jemari Hayqal berhenti dari memainkan piano, dia mengaturkan langkah ke arah Jazmin. Hayqal melutut di hadapan Jazmin, di tangannya terdapat sejambang bunga ros. “Maafkan abang sebab gagal lindungi sayang.” Ujar Hayqal.

Makin laju air mata Jazmin berguguran, dia menutup kedua matanya, dia tidak kuat untuk melihat suaminya. Semenjak dia berpantang, dia langsung tidak menghiraukan suaminya, khabar pun tidak ditanya langsung.

Lemah semangat pula Hayqal apabila melihat isterinya yang sudah menangis teresak-esak. Hayqal mengusap lembut pipi Jazmin, “Sayang, please don’t cry. Abang tak boleh tengok sayang abang ni menangis.” Pujuk Hayqal.

“I’m sorry.” Ucap Jazmin berulang kali. Dia sedar selama ini dia banyak berdosa dengan suaminya, dia kejam.

Hayqal tersenyum tipis, dia menarik wajah Jazmin ke wajahnya. “Lindungi sayang ialah tanggungjawab abang, tapi abang dah gagal jalankan tanggungjawab tu. Sampai anak kita yang menjadi korban kerana kecuaian abang tu.” Hayqal tidak mahu isterinya bersedih, dia sanggup menanggung kesemua kesalahan itu selagi dia dapat melihat isterinya gembira setiap hari.

Hidung Morio mula berair, kelopak matanya juga terasa suam. ‘Siapa yang potong bawang ni?’ Morio mengusap air matanya dengan lengan bajunya. Dia menoleh ke arah Ziqal, budak ni rupanya yang tengah potong bawang!

“Estupido!” Morio memukul kepala Ziqal dengan tangannya. Dasar Haziq Alfredo, memang tak bermoral langsung budak ni!

“I won’t let you go again Syahida Nafisah.” Ujar Hayqal, hidung mancungnya dilagakan dengan hidung Jazmin. Mereka tersenyum bahagia, “Me too Muhammad Naqib.”

Mereka yang dari tadi lagi menjadi penonton mula merasa janggal dan kekok dengan situasi mereka. “Ala Hay ni pun satu, nak melebih tunggulah balik rumah dulu.” Kata Luca. Wajahnya sudah berona merah, belakang lehernya digosok-gosok untuk menghilangkan janggalnya.

Bahu Luca dipeluk oleh Rayqal yang sedang berdiri di sebelahnya, “Long tu memang selalu macam tu, tak reti hormat orang single.” Eh Rayqal ni, bukan nak backup abang dia, tapi boleh pula dia ikut mengutuk abangnya sekaki.

Jun berpeluk tubuh, begitu juga dengan Fack. “Kau dah bagitahu ke pasal kau dengan Syaf tu dekat kakak kau?” Tanya Fack.

“Belum. Aku tak berani lah. Lagipun, orang tua Syaf pun aku belum jumpa.” Balas Jun. Sebenarnya dia sudah berkali-kali merancang untuk menemui orang tua Syaf, namun jadualnya terlalu padat. Lebih-lebih lagi apabila syarikat ayahnya diserahkan kepadanya, memang sibuk tak terkata. Nasib baiklah syarikat di Itali itu diserahkan kepada sepupunya.

“Kalau pasal berkahwin ni tak elok bertangguh, lebih afdal dipercepatkan. Kalau lambat sangat, aku takut kau tak mampu kawal nafsu kau.” Nasihat Fack. Walaupun dia tahu Jun bukan jenis mudah tertewas dengan nafsu, namun perkara ini tetap perlu dititikberatkan. Syaitan laknatullah tidak pernah berhenti dari menggoda cucu-cicit Adam, dia tak nak Jun juga tewas dengan godaan Syaitan.

Jun tersenyum biasa, “Jangan risau, insyaallah aku akan uruskan secepat mungkin.” Katanya untuk melegakan hati Fack.

“Baguslah kalau macam tu.” Kata Fack lega. Semenjak dua menjak ni, makin terserlah sikap budiman Jun. Cuma... Fack menyedari sesuatu yang pelik, Jun dah tidak segembira dulu. Sepatutnya jika kita bakal mendirikan rumah tangga, kita akan gembira. Namun Jun langsung tidak kelihatan gembira, wajahnya tegang dan kelam sahaja.

“Lepasni kau pula la ya menyusul?” usik Jun. Membulat mata Fack menatapnya. Apa kejadahnnya nak dia kahwin? Jangankan kahwin, teman wanita pun dia takde, inikan nak dia kahwin. Memang sah anak Syah Vinci ni nak kena pukul dengan kayu besbol baru waras ni.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now