Bab 21

1K 47 13
                                    

“Aku terima nikahnya Jazmin Hazryn Vinci binti Vinci Syah dengan mas kahwin sebanyak 2000 ringgit tunai.”

“Sah?” Ayah angkat Jazmin, Encik Vinci Syah menoleh ke arah para saksi. Mereka semua menganggukkan kepala lalu menjawab, “Sah.”

Sekali lafaz sahaja, Jazmin sudah sah menjadi milik Rayqal. Jantungnya berdetak dengan laju apabila Rayqal menghulur tangan untuk disalami olehnya.

Selesai menyalami tangan Rayqal, Rayqal mengucup dahinya untuk sesi bergambar. ‘Lambat lagi ke?’ Soal Jazmin di dalam hatinya. Dia sudah naik rimas dicium lama-lama oleh Rayqal.

Tatkala Rayqal melarikan bibirnya dari dahi Jazmin, jurugambar menghalangnya. “Cium lah lama sikit, abang belum siap ni.” Kata jurugambar tersebut.

Jazmin tersenyum paksa, mereka berdua mengekalkan kembali posisi tadi. “Okay cut!” Jurugambar tadi memetik jarinya tanda sudah siap. Terus Jazmin melarikan wajahnya.

Pandangan Jazmin terhala ke arah Hayqal yang sedang mendukung Harraz, senyumannya terukir di bibir. “Saya suami awak ke, abang saya suami awak?” Tanya Rayqal bersahaja.

Jazmin menjeling tajam ke arahnya, “Saya tengok Harraz lah, bukan tengok abang awak.” Kata Jazmin dengan nada tidak suka. Padahal matanya dari tadi lagi tertancap ke arah Hayqal.

“Dah tak sabar nak timang anak ke?” Tanya Rayqal dengan nada nakal. Jazmin menyiku lengannya, “Jangan nak mengarut!” Bisik Jazmin keras. Rayqal tergelak kecil melihat gelagat Jazmin, dah terang sangat dah tu keterpaksaannya untuk berkahwin dengan Rayqal.

Hayqal yang sedang mendukung Harraz menghalakan pandangannya ke arah Jazmin dan Rayqal, ‘Baguslah kalau diorang bahagia.’ Bisik hati Hayqal, senyuman nipis terukir di bibirnya.

Fack menarik Harraz dari dukungan Hayqal, “Kau okay tak ni? Keruh semacam je muka tu aku tengok.” Tanya Fack prihatin. Bukannya dia tidak dengar kata hati Hayqal tadi, cuma saja dia nak berbual dengan Hayqal.

“Eh mana ada, aku okay je.” Hayqal memakai senyuman palsunya.

Harraz mencubit pipi Hayqal, “Abang Hayqal ni, nak menipu tak pandai.” Kata Harraz. Membulat mata Hayqal memandangnya, “Oh Harraz cubit abang ya?”

Hayqal terus menggeletek perut Harraz, pipi Harraz diciumnya, “Eee manja!” Kedengaran suara Ed dari belakang Hayqal, terus dia menoleh ke arah Ed.

“Aku ingat ke kau yang kah-” belum sempat Ed menghabiskan ayatnya, Hayqal sudah menekup mulutnya menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Mati dia kalau kantoi dengan Fack ni.

Syaf berlari anak ke arah mereka bertiga, “Ada nampak Harraz tak?” Tanya Syaf, padahal Harraz ada sahaja di dalam dukungan Fack.

“Kau?” Ed menunding jari ke arah Syaf, Syaf kelihatan terkejut.

Pantas Syaf menutup wajahnya, ‘Ala macam mana dia boleh ada dekat sini ni?’ Gumam hati Syaf. Haduh masak lah dia macam ni, nanti mesti lelaki itu akan membawanya kembali ke Malaysia dan menjadikannya pelacur di kelab malam miliknya.

Ed menarik tangan Syaf yang melindungi wajahnya, “Bukan ke sepatutnya kau ada dengan Jun ke?” Tanya Ed hairan. Syaf tersenyum janggal.

‘Waduh. Gawat!’ Jerit hati kecil Syaf. Macam mana dia nak loloskan diri ni?

Jun yang sedang berbual dengan kakak angkatnya, Jazmin terus meminta diri dan menuju ke arah mereka berlima, “Meriah nampak.” Tegur Jun.

Syaf menoleh ke arah Jun, “Syaf? Awak buat apa dekat sini?” Tanya Jun terkejut. Tak tak, sepatutnya dia bertanya, ‘Macam mana awak boleh ada dekat sini?’

“Awak tahu tak dah seminggu saya upah orang untuk carikan awak!” Jun memegang bahu Syaf. Yang lain kecuali Ed memandang mereka berdua bingung.

“Kau kenal ke dia ni?” Tanya Fack hairan. Takkanlah, selalunya Jun akan memberitahunya tentang kenalan barunya. Tapi tak pula Jun menceritakan tentang Syaf kepadanya.

Pantas Jun menganggukkan kepalanya, “Alang-alang dah ada dekat sini, aku nak bawa dia jumpa mak ayah aku terus lah!” Kata Jun dengan teruja.

Terdengarkan jawapan dari Jun, Fack sudah dapat meneka hubungan mereka berdua. Nampaknya Jun berhutang dengannya kerana dia dan Jazmin telah membantu Syaf tempoh hari.

Jun menoleh ke arah Hayqal, “Rayqal kan?” Tanya Jun sekadar untuk beramah mesra.

Hayqal menggelengkan kepalanya, “Hayqal.” Jawapan dari Hayqal membuatkan Jun sedikit tergamam. Namun teringatkan perbualan di antara Fack, Hayqal dan juga kakaknya tempoh hari, dia baru teringatkan rancangan ‘bernas’ yang dibuat oleh Hayqal.

“Kau memang tak tahu atau kau pura-pura tak tahu?” Tanya Jun kepada Hayqal, Hayqal kelihatan bingung dengan soalan Jun.

“Tahu apa ni?” Tanya Hayqal yang tidak dapat menangkap apakah yang dimaksudkan oleh Jun. Jun mengeluh kecil, “Abaikan jelah.”  Kata Jun mendatar.

Jun menarik tangan Syaf lalu menuju ke arah Datin Sri Psychlia. Hayqal memerhatikan Jun, bukannya dia tidak faham dengan soalan Jun tadi. Tapi ada baiknya jika dia merahsiakan perkara itu terdahulu. Rayqal kelihatan amat menyukai Jazmin.

Hayqal menoleh ke arah Rayqal, ‘Tengoklah tu, muka pun dah angau semacam.’ Hayqal menyindir adik kembarnya di dalam hatinya. Mana tak angaunya kalau mata tu tak boleh berhenti dari menatap Jazmin.
 
.

MALAM pertama ialah malam yang membuatkan setiap pengantin lelaki ternanti-nantikan, namun tidak bagi Rayqal. Jazmin yang baru keluar dari bilik mandi mengelap rambutnya yang masih basah, baju sudah disarungkan olehnya ketika di dalam lagi.

Jazmin berlalu ke arah meja solek untuk mengeringkan rambutnya. “Tak nak mandi ke?” Tegur Jazmin, dari tadi lagi Rayqal termenung jauh.

“Nak mandi lah ni.” Rayqal mencapai tualanya dan menuju ke arah bilik mandi. Setelah selesai mengeringkan rambut, Jazmin melompat ke arah katilnya.

“Huargh.” Jazmin menguap, dia menggeliat untuk membetulkan sendi-sendinya.

Dah seharian dia berdiri untuk melayani tetamu, penat pula rasanya. Jazmin mencapai telefon pintarnya, berderet pesanan ringkas masuk, semuanya ialah ucapan tahniah daripada kawan-kawannya. Jazmin tidak membalas pesanan-pesanan tersebut, dia memilih untuk mengabaikan kesemua pesanan ringkas tersebut.

Bukan lupa kawan, tapi mereka semua mengucapkan tahniah pun kerana Rayqal ialah salah satu daripada usahawan muda yang berjaya di Malaysia.

Perkahwinan mengejut yang dilangsungkan oleh Rayqal sampai ke Malaysia hanya dalam masa beberapa minit. Berita tentang perkahwinan mereka sudah tular di media social, agak-agaknya esok nanti mesti masuk surat khabar pula.

Malas nak memikirkan soal itu, Jazmin memilih untuk merehatkan mindanya. Dia meletakkan kepalanya di bantal, mata dipejam rapat. Tidak sampai lima minit, dia sudah masuk ke alam mimpi.

Rayqal yang baru selesai membersihkan diri tersenyum biasa apabila melihat Jazmin yang sudah terlena. “Penatlah tu.” Komennya. Dia menyidai tualanya di ampaian, kain sejadah dicapai lalu dihamparkan di lantai. Rayqal mengangkat takbir lalu memulakan solatnya. 

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now