Bab 23

1K 51 11
                                    

Rayqal memeluk Jazmin dari belakang, “Masak apa tu?” Tanya Rayqal teruja. Jazmin hampir sahaja menyiku perut Rayqal tadi kerana terkejut, nasib tak sempat angkat je.

“Haih awak ni, janganlah main sergah macam tu. Kan saya tengah memasak ni, kalau saya lempang awak guna senduk ni macam mana?” Bebel Jazmin kepada Rayqal.

Rayqal tersengih seperti kerang busuk, “Nak bermanja sikit pun tak boleh.” Kata Rayqal dengan nada merajuk, mulutnya sudah menjadi mulut itik.

“Haa cebik lah, nanti saya ikat mulut awak dengan getah.” Ugut Jazmin, terus Rayqal tersenyum kembali.

“Nak abang tolong?” Tanya Rayqal, dia sudah menggunakan panggilan ‘abang’. Sejujurnya Jazmin tidak seberapa suka jika dia harus memanggil Rayqal dengan panggilan abang.

“Takpe, awak pergi duduk je. Saya tak nak baju awak kotor.” Kata Jazmin. Rayqal sudah bersiap-siap untuk ke tempat kerja, masakan dia nak membenarkan Rayqal untuk membantunya pula.

Rayqal terus menapak ke meja makan, bukan takut isteri. Tapi dalam rumah tangga, mereka haruslah mempunyai sikap tolenrasi antara satu sama lain.

“Petang nanti Fack nak datang, dia bawa kawan dia sekali untuk periksa keadaan awak.” Kata Rayqal yang cuba untuk merapatkan hubungan di antara mereka.

“Ouh okay.” Balas Jazmin ringkas. Dia tidak suka sangat berbual dengan orang yang baru dikenalinya, walaupun itu ialah suaminya sekalipun.

Jazmin menghidang bihun goreng kepada Rayqal, “Makanlah.” Jazmin menjemput Rayqal untuk menjamu selera, Rayqal mengangguk lalu memulakan suapan pertama. 

Keadaan diantara mereka sunyi sepi, tiada gelak tawa mahupun kata-kata kedengaran di antara mereka. Yang kedengaran hanyalah bunyi peralatan makanan yang berlaga sesama sendiri.

Selesai menjamu selera, Rayqal membawa pinggannya ke sinki lalu dibersihkan, dia meletakkan pinggan itu di raga yang berada bersebelahan dengan sinki.

“Abang pergi kerja dulu.” Rayqal mencapai briefcasenya. Jazmin menghulur tangan untuk menyalami tangan Rayqal, “Jaga diri.” Pesan Jazmin kepada Rayqal.

Rayqal menganggukkan kepalanya, ubun-ubun Jazmin dikucup olehnya. “Sayang pun.” Katanya lembut, dia menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya sebelum berangkat ke tempat kerja.

Jazmin menutup pintu rumahnya, “Dia panggil aku sayang ke tadi?” Tanya Jazmin, janggal pula terasa apabila Rayqal memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’. Bukan setakat janggal, geli hati pun ada.

Jazmin berlalu ke meja makan untuk menghabiskan bihunnya yang masih tersisa di dalam pinggannya. Ada satu perkara yang membuatkan dia hairan, kenapa apabila dia berada di samping Rayqal, tiada gangguan pun yang datang. Kalau di samping orang lain terutamanya Harraz, pasti ada sahaja makhluk yang menganggunya.

Malas nak berfikir, Jazmin meneruskan suapannya. Otaknya sudah mengatur apakah yang bakal dilakukannya setelah makan.
 
.

Tangan Jun ditepis oleh Syaf, “Awak, saya tak rasa kita berdua boleh bersama.” Kata Syaf mendatar.

Jun mengeluh kecil, “Sebab mak saya ke?” Tanya Jun. Dia sudah berpesan kepada Syaf tadi, jangan ambil hati sangat dengan kata-kata ibunya. Namun Syaf kelihatan degil.

Syaf menggelengkan kepalanya, “I think we stared at the wrong foot.” Kata Syaf mendatar. Dia tidak rasa bahawa ini ialah masa yang baik untuk memulakan hubungan mereka.

“But why?” Tanya Jun dengan nada yang sedikit meninggi. Takkanlah dia ada menyinggung perasaan Syaf tanpa disedari?

“Jun, I know you are a good guy. But when it cames to a relay, we can’t force each other.” Kata Syaf, wajahnya nampak dingin namun hakikatnya, hatinya diselubungi rasa bersalah. Walaupun Jun ialah seorang yang budiman, dia tidak boleh menerima Jun. Kerana hatinya sudah ditawan oleh lelaki yang bernama Afeeq.

“Maybe we aren’t meant to be, but we are meant to begin.” Jun masih cuba untuk memujuk Syaf agar menerima dirinya.

Syaf menggelengkan kepalanya, “Saya tak nak lukakan hati dan perasaan awak.” Kata Syaf lagi. Apa guna jika dia menerima Jun, namun hatinya masih lagi terpaut pada lelaki lain?

Jun tersenyum nipis, “Saya dah jangka benda macam ni bakal berlaku.” Jun menghulur sekeping tiket penerbangan yang menuju ke Malaysia. “Ambil lah, saya takkan ganggu awak dah lepas ni.” Kata Jun, senyuman tawar menghiasi wajahnya.

“Maaf.” Syaf mengambil tiket itu lalu menundukkan wajahnya, dia menjengketkan kakinya untuk merapatkan wajahnya di telinga Jun.

“Tapi kalau dah tertakdir awak ialah jodoh saya, kita akan bertemu lagi. Dan masatu, saya akan terima awak seadanya.” Bisik Syaf, dia menghadiahkan senyuman manis buat Jun.

Seperti tempoh hari, Jun mengucup ubun-ubun Syaf sebagai tanda perpisahan. “Jaga diri.” Pesan Jun kepada Syaf, Syaf menganggukkan kepalanya.

Syaf melihat waktu penerbangan di tiket penerbangannya, 3 petang. Jam sudah menginjak ke 2.10 minit. Kalau kelewatan, dia bakal tertinggal pesawat.

“Bye Jun.” Syaf melambai ke arah Jun sambil menuju ke arah balai berlepas. Jun tersenyum tipis melepaskan kepergian Syaf.
 
.

Petang itu, Jazmin menunggu kepulangan Rayqal sehingga dia tertidur di sofa. Bila sedar je, dia dah berada di atas katil, bajunya yang elok tersarung di badan sudah tiada. Badannya hanya diselimuti dengan selimut. Jazmin pantas bangkit dari perbaringannya, dia terus memerhatikan sekelilingnya. Bimbang jika dia diculik oleh Amir lagi

 “Dah bangun?” kedengaran nada Rayqal menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh ke arah Rayqal yang sedang menyarung baju kembali ke tubuhnya.

“Awak buat apa dekat saya ni?” tanya Jazmin terkejut. Takkanlah dia sudah bersetubuh dengan Rayqal? Tapi tak mungkin. Jika benar mereka melakukannya, pasti dia sudah terjaga dari lenanya.

Rayqal mencampakkan satu dokumen ke arah Jazmin, “Aku nak kau turunkan tandatangan dekat surat tu. Separuh daripada saham syarikat aku akan jatuh kepada kau.” Kata Rayqal mendatar. Dia terus meninggalkan Jazmin keseorangan di dalam bilik tidur mereka.

Jazmin mengambil dokumen tadi lalu dikeluarkan olehnya dari sampulnya, “Surat perceraian?” Jazmin terkejut melihat isi yang tertulis di atas surat tersebut. Suaminya ni dah hilang akal ke? Lepas menuntut nafkah batin darinya, tergamak lelaki itu menyuruhnya menandatangan surat perceraian?

Jazmin mengoyakkan kertas tersebut, “Jangan harap aku nak tandatangan!” Jazmin turun dari katil lalu menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri.

Rayqal sudah dapat menjangka apa yang akan dilakukan oleh Jazmin dengan surat tersebut, nasib baik dia dah menyediakan beberapa salinan.

Rayqal meletak salinan kedua di atas katil, dia meninggalkan satu nota kecil bersama dengan dokumen tersebut. ‘Harap-harap dia setuju nak bercerai lepas tengok nota ni.’ Bisik hati Rayqal.

Tangan Rayqal mencapai bagasi lalu dia menuju ke arah almari bajunya, pakaiannya ditarik keluar lalu diisi ke dalam bagasi tadi.
‘She deserve better.’ Bisik hati Rayqal. Rayqal menzip bagasinya, kebetulan pula Jazmin keluar dari bilik mandi.

“Awak nak pergi mana ni?” tanya Jazmin hairan. Pagi tadi elok-elok sahaja lelaki itu memanggilnya dengan panggilan sayang, siap menghadiahkan kucupan lagi kepadanya. Ini tiba-tiba pula mahu meninggalkannya. Apa kes?

Rayqal tidak membalas pertanyaan tadi, sebaliknya dia mengatakan sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan pertanyaan tersebut.
“Aku balik rumah abang aku. Rumah ni, milik kau. Nanti jangan lupa tandatangan dokumen tu, esok aku datang ambil dokumen tu.” Kata Rayqal, dia menarik bagasinya dan berlalu keluar dari bilik tidur mereka.

“Hah? Kau ingat aku ni pelacur ke? Lepas dah langgan terus blah macam tu je?” tanya Jazmin yang masih tidak berpuas hati, dia mencapai salinan yang ditinggalkan oleh Rayqal.

Dia ingin mengoyak dokumen itu, namun nota kecil yang ditinggalkan oleh Rayqal telah menarik perhatiannya. Jazmin menuju ke arah meja solek, pen yang terletak di atas meja dicapainya lalu dokumen itu ditandatangani olehnya tanpa perasaan ragu.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now