Bab 10

1.6K 66 2
                                    

Jun membuka matanya yang terasa berat, badannya terasa sejuk. Dia menoleh ke sebelah kirinya, ada seorang gadis sedang melentokkan kepalanya di atas katilnya. Dia terbungkam seketika.

Sel-sel otaknya mula bergabung untuk mengingati kejadian yang berlaku semalam. ‘Aku minum, lepastu aku mabuk. Lepastu... lepastu apa hah? Aku lupa!’ Jun meramas-ramas rambutnya.

Jangan-jangan dia dah terlanjur? ‘Jesus! Impossible! My virginity!’ jerit hatinya. Takkanlah dia dan terlanjur? Tapi gadis yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu tidak pula telanjang.

Jun mencucuk pipi Syaf dengan jari telujuknya, “Sh*t. Aku ingat ke ni dummy!” Carutnya apabila dapat merasai kehangatan di pipi Syaf.

Syaf membuka matanya, dia memandang Jun dengan mamai, “Awak dah bangun ke?” Soal Syaf. Allah, apa punya soalan yang kau tanya ni Syaf? Syaf memarahi dirinya.

Jun menggosok batang lehernya, “Hah? Ba.. baru je bangun ni.” Balas Jun tergagap-gagap. Keadaan menjadi sepi seketika, masing-masing mula terasa janggal.

“A.. aku tak buat benda bukan-bukan kan dekat kau?” Tanya Jun yang memecahkan kesunyian diantara mereka.

Pantas Syaf menggelengkan kepalanya, “Encik suruh saya hantar encik balik je.” Terang Syaf, peluh dingin membasahi dahinya.

‘Kalau semalam dia tak terkam aku, boleh jadi sekejap lagi dia terkam.’ Bisik hati Syaf. Dia sudah siap bersedia untuk membelasah lelaki itu jika dia cuba nak buat benda tak senonoh kepadanya.

“Na.. nama kau apa?” Tanya Jun, wajahnya masih berona merah. Tambahan pula dengan suhu bilik yang rendah dan dirinya pula hanya berseluar, menggigil badannya.

“Ana... Ana syafiqah.” Balas Syaf dengan senyuman lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Jantung Jun seperti berhenti berdetak seketika. Dirinya bagai terkena panahan kilat, suatu perasaan halus menjalar di dalam dirinya. Tangannya naik menyentuh dadanya, ‘Peliknya. Kenapa sebelum ni aku tak pernah rasa perasaan ni?’ Lagu Jampi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini terpasang di ruang fikirannya,

Syaf melambai-lambai tangannya di hadapan Jun, “Encik okay tak ni?” Tanya Syaf. Risau pula Syaf apabila Jun memegang dadanya, ‘Takkanlah dia ada penyakit jantung? Muda lagi kot.’ Bisik hatinya.

“Merahnya muka encik, encik demam ke?” Tegur Syaf apabila melihat wajah Jun yang semakin merah. Syaf menyentuh dahi Jun, “Tak panas pun.”

Terus Jun melarikan kepalanya, tangan Syaf ditepisnya, “Tak manis lah kalau orang pandang! Awak tu perempuan, jaga sikit kelakuan awak tu!” Tegur Jun, nadanya sedikit tinggi menyebabkan Syaf salah faham bahwa Jun sedang memarahinya.

Syaf menundukkan wajahnya, keruh sahaja air mukanya. ‘Waduh gawat.’ Jun menggaru kepalanya yang tidak gatal, bingung dia dengan Syaf ni. Apa yang patut dilakukan olehnya? Pujuk atau biarkan Syaf bersedih?

Jun mencucuk pipi Syaf, “A.. aku tak marah kau, aku cakap je. Kau tu perempuan, kau kenalah jaga diri.” Jun menjelaskan niatnya yang sebenar. Syaf masih lagi menundukkan wajahnya. Aduh, makin buntu Jun dibuatnya.

Akhirnya Syaf mengangkat wajahnya, dia memandang Jun dengan pandangan terharu, “Encik lah orang pertama yang anggap saya perempuan.” Katanya dengan terharu.

‘Habis takkanlah aku nak cakap kau ni khunsa pulak?’ Jun tersenyum janggal. Adakah Syaf ialah lelaki yang sudah menukarkan jantinanya? Atau tidak normal?

Syaf bangun dari duduknya, dia cuba untuk menanggalkan hoodienya namun pantas dihalang oleh Jun, “Kau nak buat apa ni?” Tanya Jun panik.

“Semalam, encik tu cakap, saya kena layan encik. Kalau tak nanti saya tak boleh balik jumpa ibu saya.” Jelas Syaf. Walaupun tak nak, tapi terpaksa juga dia lakukannya demi ibunya.

Jun menepuk dahinya, “Kau ingat aku ni jenis yang tidur dengan perempuan ke?” Tanya Jun. Kesitu pula Syaf, ‘Ada ke patut muka suci macam aku ni difitnah tidak suci?’ Gumam hatinya tidak puas hati.

“Bu.. bukan ke?” Tanya Syaf dengan senyuman janggal. Dia menghempaskan punggungnya kembali di atas kerusi.

“Aku bukan jenis yang macam tu.” Balas Jun, dia turun dari katil. Tuala dicapainya.

“Kau pergi bersiap-siap, kejap lagi aku hantar kau balik rumah.” Pesan Jun sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Syaf menghembuskan nafas lega, nampaknya dia dah bertemu dengan orang baik. Bersalah pula hatinya kerana salah faham bahawa lelaki itu juga ialah antara lelaki-lelaki yang tidak elok.

Syaf melangkah keluar dari bilik tidur Jun, namun langkahnya terhenti. “Bilik mandi... dekat mana?” Syaf menggaru kepalanya, bukannya dia tahu pun pelan lantai villa ini.

Akhirnya, Syaf memutuskan untuk duduk di dalam bilik Jun sehingga lelaki itu selesai membersihkan dirinya. ‘Apalah nasib kau ni Syaf.’ Rintih hatinya sayu.

Dapat ayah pun tak berguna, hutang keliling pinggang. Ibunya pula sudah 3 bulan terlantar di rumah. Dia perlu kerja untuk menanggung kehidupan keluarganya.

Adiknya, Arif Syah pula masih kecil. Arif Syah baru berusia 8 tahun, masakan dia nak mengabaikan Arif demi kerjanya pula?
Kalau dia tinggalkan Arif Syah bersama ayahnya, pasti adiknya itu akan dizalimi oleh ayahnya. Isteri kedua ayahnya pula huh, perangai mengalahkan syaitan.

Syaf menongkatkan dagunya di atas katil, matanya terasa berat. Kepalanya terangguk-angguk menahan tidur sebelum matanya melabuhkan tirai dan dia kembali terlena.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now