Bab 19

1K 54 17
                                    

“Jun! Wait!” Clara berdiri di hadapan Jun untuk menahannya.

Jun berpeluk tubuh, “Kau nak apa lagi? Office hour dah habis kan?” Kedengaran nada tidak puas hati Jun.

Clara memegang tangan Jun, “Teman aku kejap, aku nak bawa kau pergi satu tempat ni.” Kata Clara dengan teruja.

Jun mendengus kasar, “Aku penatlah! Kau ajak jelah Moses tu.” Tolak Jun kasar. Macamlah dia peduli sangat tentang pembantu peribadinya ni, asyik nak melekat je dengan dia. Macam belangkas, naik muak Jun dibuatnya.

Wajah Clara kelihatan kecewa, “Se.. sebenarnya aku ada benda nak cakap ni.” Clara menundukkan wajahnya, dia tidak berani memandang wajah Jun.

Jun melirik ke arah jam tangannya, “Kau boleh cepat tak? Masa aku mahal tau. Kalau kau tak nak cakap, kau blah.” Kata Jun mendatar.

Makin terluka hati Clara dibuatnya, Clara terdiam sepi selama 3 minit. Tanpa banyak kata, Jun terus meninggalkan Clara di situ sendirian. ‘Membazirkan masa aku betul.’ Bentak hatinya.

“Aku suka kau!” Kedengaran jeritan Clara menyapa gegendang telinganya. Dia hanya menoleh ke arah Clara sekilas lalu meneruskan langkahnya.

Moses menepuk-nepuk bahu Clara, “Lupakan jelah. Dia takkan kisah pun tentang perasaan kau tu.” Nasihat Moses. Dia mengusap-usap kepala Clara.

‘Itulah, aku yang suka dekat kau ni tak pernah pula kau nak terkejar-kejarkan. Si Jun tu jugak yang kau nakkan.” Komen hati kecil Moses yang cemburu dengan pengakuan yang dibuat oleh Clara tadi kepada Jun.

Terasa air mata mengalir membasahi pipi Clara, “Eh kau nangis ke?” Tanya Moses cemas. Pantas dia berlari masuk ke dalam pejabatnya dan mencapai kotak tisu yang terletak di atas meja.

Moses menarik sekeping tisu lalu mengelap air mata Clara yang tumpah tadi, “Wei janganlah nangis. Aku mana pandai nak pujuk orang.” Kata Moses cuak. Mana tak cuaknya kalau rakan sekerjanya yang lain sudah memandang mereka berdua dan mula berbisik antara satu sama lain.

Clara menepis tangan Moses, “Tak payah nak pura-pura baiklah dengan aku!” Marah Clara.

Dia menarik keluar sekeping envelope yang berisi surat perletakan jawatannya dari poketnya lalu dihulurkan kepada Moses. “Esok kau bagi dekat Jun.” Clara terus berlalu ke mejanya.

Barang-barangan Clara sudah dikemasnya dari awal lagi. Dia dah tak sanggup nak terus mendampingi lelaki itu. Perasaannya terhadap Jun yang sudah disimpan selama tiga tahun diremukkan oleh Jun begitu saja.

‘You deserve better Clara.’ Clara memberi kata semangat untuk dirinya. Dia cuba tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dari jauh, Moses memerhatikan Clara. Senyumannya pudar, wajahnya jelas tidak ceria. Sanggup Clara berhenti kerja kerana cintanya ditolak oleh Jun.

Selama ini, Clara tidak pernah pun menyedari perasaan Moses terhadapnya. Walaupun sudah berkali-kali Moses berikan petunjuk kepada Clara, namun Clara tetap membutakan matanya.
Apakan daya, cinta tak mampu dipaksa. Kalau dipaksa sekalipun, bahagia tidak akan hadir.

.

Rayqal melutut di hadapan Hayqal, “Along, tolonglah. Aku rayu sangat, bagilah aku kahwin dengan dia.” Rayqal masih tidak berhenti mencuba untuk memujuk Hayqal agar mengizinkan perkahwinannya dengan Jazmin.

Hayqal memicit-micit kepalanya yang berdenyut, “Kau ni dah kenapa sebenarnya Naqib Daniel Bin Sulaiman?” Hayqal sudah menggunakan nama sebenar Rayqal, Naqib Daniel. Nampaknya, kesabarannya sudah mencapai tahap maksima.

“Haritu kan kau yang nak aku kahwin dengan dia. Ni kenapa tiba-tiba kau halang aku dari kahwin dengan dia?” Soal Rayqal dengan nada tidak berpuas hati. Haritu bukan main beria abangnya nak jodohkan dia dengan Jazmin, sekarang tiba-tiba nak menghalang pula.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now