Bab 36

956 49 6
                                    

Tubuh Syaf basah kuyup seperti terjatuh ke dalam kelompok air. Nafasnya sudah hilang tempo. “Astaughfirullahalazim, astaughfirullahalazim.” Syaf tidak berhenti beristighfar.

Syah meraup wajahnya, “Ya Allah, ini semua mainan tidur.” Kata Syaf untuk melegakan hatinya. Dia termimpi dirinya terperangkap di dalam satu ruangan yang sempit. Dan yang paling mengerikan ialah ada seekor ular membelit sedang badannya.

Syaf melirik ke arah jam yang terletak di sebelah katilnya, jam 3 pagi tepat. Syaf terus turun dari katil dan berlalu ke tandas untuk mengambil wudhuk.

Selesai mengambil wudhuk, Syaf menunaikan solat sunat tahajjud. Mungkin ada hikmahnya mengapa dia tiba-tiba bangun di waktu dinihari begitu.

“Ana syafiqah.’ Kedengaran suatu suara halus yang sedang memanggilnya. Syaf menoleh ke arah pintu kerana sangkanya itu ialah teman serumahnya, namun pintu tertutup dengan rapat.

Syaf menutup matanya, suara itu terus memanggilnya. Dia tidak menghiraukan suara itu, dia membacakan ayat qursi dengan kuat berulang-kali.

Apabila jam menginjak ke 3.45, bunyi bisikan itu sudah tiada. Syaf menanggalkan kain telekungnya lalu disidainya di ampaian. Syaf memanjat katilnya lalu melelapkan matanya. Syaf tidur dengan lena sehinggalah azan subuh berkumandang.

.
 
“Astaughfirullahaladzim.” Tan Sri Syah Vinci beristghfar setelah melihat perbuatan yang sedang dilakukan oleh isterinya di dalam bilik stor.

Puan Sri Psychlia masih tidak perasan akan suaminya yang sedang memerhatikan segala perbuatan syirik dan khurafatnya. Makhluk yang sedang meratah seekor ayam hitam menoleh ke arahnya.

Makhluk itu memandang Tan Sri Syah Vinci dengan pandangan tajam, ia menjerit dengan nyaringnya. Terus isterinya menoleh ke arah Tan Sri Syah Vinci. “Abang?” Dia kelihatan terkejut. Sejak bila suaminya berada di situ.

Tak, rahsia dia tidak boleh dibocorkan! Suaminya sudah tahu akan perbuatannya itu, dia tidak akan melepaskan suaminya! Dia harus membunuh suaminya!

Puan Sri Psychlia mencapai pisau yang berada di atas meja lalu dia meluru ke arah suaminya dengan laju. Terus perut suaminya yang tidak bersalah itu ditikamnya sebanyak 16 kali. Akhirnya, suaminya jatuh tersungkur di lantai, dia sudah nyawa-nyawa ikan.

Puan Sri Psychlia mengilai seperti orang yang sudah dirasuk. Tiba-tiba, emosinya berubah. “Abang! Abang! Kenapa ni?” Dia mengoncang badan suaminya yang sudah kaku.

Dia melihat pisau yang berada di dalam genggamannya, terus pisau itu dicampak ke tepi. “Abang!” Dia merangkul erat tubuh suaminya yang sudah kaku. Namun apakan daya, sebuah tubuh yang sudah terkujur tidak mampu hidup kembali.

“Tak mungkin! Tak mungkin!” Dia terus berlari ke pintu utama rumahnya. Dia mencapai kunci yang diletakkan di atas kabinet kasut lalu dia berlari keluar dari rumahnya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia memandu tanpa tahu hala tujunya. Di dalam kereta, tangisannya pecah. Tak sangka suaminya akan mati di tangannya.

“Tolong bagitahu aku, ini semua mimpi.” Katanya kepada dirinya sendiri. Dia mengelap air matanya, lalu emosinya berubah lagi.

Dia tertawa dengan kuat, “Takkan ada sesiapa yang mampu menghalang kau Psychlia! Suami kau pun tak mampu!” Katanya, makin kuat tawanya kedengaran.

Berbekalkan cahaya dari bulan yang mengambang, Puan Sri Psychlia sudah berada di jalan alternatif. Tidak tahu mengapa, tiba-tiba sahaja badannya gagal dikawal. Dia merempuh pokok yang berada di bahu jalan.

Dia tidak mampu melihat dengan jelas. Apa yang diingatinya ialah, dia nampak saka yang dibelanya sedang bertinggung di atas cermin kereta. Selepas itu, dia sudah tidak sedarkan diri.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now