Bab 40

1K 47 5
                                    

Sudah sebulan berlalu semenjak kejadian Rania memecah masuk kediam Hayqal dan Jazmin. Dan semenjak hari itu, Jazmin terpaksa berpindah ke kediaman baru Hayqal yang mempunyai sistem keselamatan yang lebih ketat dan cekap.

Jazmin berdiri di hadapan bilik bacaan, “Nak masuk membaca pun kena masukkan kata laluan.” Keluhnya. Leceh lah, nak pergi mana-mana pun kena masukkan kata laluan dulu baru boleh masuk. Bukan setakat bilik bacaan je, tapi bilik mandi pun kena masukkan juga. Nampaknya, suaminya betul-betul berjaga selepas kejadian Rania yang cuba merogolnya tempoh hari.

Jazmin berdiri di hadapan rak ketiga yang dipenuhi dengan novel Melayu, dia mencapai sebuah novel yang bertajuk ‘Encik Abang’ karya Yaraficient. Jazmin terus menapak ke sofa lalu berbaring dengan selesanya.

Hayqal sudah pergi kerja, suaminya sudah pesan yang dia tidak akan pulang makan tengah hari kerana dia ada mesyuarat dengan yang lain. Tiba-tiba, Jazmin terasa mual dan loya. Dia terus berlari ke arah bilik air yang tersedia di dalam bilik bacaan. Jazmin memasukkan kata laluan, setelah pintu terbuka, terus dia menerpa ke arah sinki.

“Uwek.” Jazmin memuntahkan segala makanan yang dimakannya pagi tadi. Kepalanya berdenyut sedikit, namun tidaklah kuat sangat. Jazmin berlalu keluar dari bilik air, iPhonenya dicapai lalu nombor Jun dihubungi.

“Assalamualaikum kakak.” Jun memberi salam sebaik sahaja talian disambungkan.

“Waalaikummussalam Jun. Tolong datang rumah akak kejap boleh? I’m not feeling well.” Pinta Jazmin. Nadanya kedengaran seperti lemah tidak bermaya.

“Hantar location, now.” Terus Jun menamatkan perbualan mereka. Jazmin memandang skrin telefonnya yang sudah menjadi hitam. Makin kuat kepalanya berdenyut, belum sempat dia nak menghantar pesanan ringkas kepada Jun, dia sudah terbaring kaku di atas sofa.

.
 
iPhone XR berwarna putih milik Jun dicampak ke tempat duduk belakang. Fack yang berada di sebelahnya memandangnya hairan. “Kau ni dah kenapa?” Tanya Fack, takkanlah bergaduh dengan Syaf pula?

Jun mendecit, “Ni haa kakak aku ni. Tadi kata not feeling well, ni aku suruh hantar location, dia tak hantar pulak.” Bimbang, cemas, gelisah semuanya sudah bercampur baur di dalam diri Jun.

Nasib baiklah Fack tahu dimana lokasi kediaman Hayqal, Fack memberitahu hala tuju mereka. Selepas 20 minit, mereka tiba di rumah Hayqal. Fack turun dari kenderaan Jun, dia memasukkan kata laluan lalu pagar terbuka luas. Mujur sebelum ini dia sudah pernah bertandang ke sini, kalau tak memang nanarlah mereka apabila berlaku kecemasan seperti begini.

Tanpa banyak kata, mereka berdua terus berpisah untuk mencari Jazmin. Jun membuka bilik bacaan, “Akak!” Terus Jun menerpa ke arah Jazmin. Pipi Jazmin ditampar lembut olehnya berkali-kali, namun mata Jazmin masih tertutup rapat.

Tanpa banyak kata, Jun mendukung kakaknya lalu dibawa masuk ke dalam kenderaannya. Fack menyusul di belakang. Jun terus memandu menuju ke hospital yang berada berdekatan dengan mereka.

.
 
Morio memeriksa degupan jantung Jazmin, normal sahaja. Dia merasa nadi di tangan Jazmin, ‘Kena buat check-up ni.’ Morio menyangkutkan stetoskopnya di leher.

“Kau dengan Jun keluar kejap.” Kata Morio. Fack dan Jun terus berlalu keluar. Mereka berdiri di kaki lima.

‘Jangan-jangan.. Jazmin mengandung?’ Bisik hati Fack. Boleh jadi jugak andaian yang dibuatnya itu. Bila difikirkan, sudah sebulan berlalu semenjak kes Rania. Boleh jadi juga Jazmin mengandung hasil daripada kes haritu.

Morio keluar dari bilik tadi, senyumannya menghiasi wajah. Dia memandang Jun dan Fack, naik bingung pula mereka berdua dengan tingkah laku Morio. “Dia ok tak?” Tanya Jun kepada Morio.

Morio mengangkat ibu jarinya, “Teramat ok.” Kata Morio. Senyuman masih tidak pudar lagi dari wajahnya.

“Kau dah kenapa tersengih-sengih ni? Angau dekat bini Hay ke?” Tanya Fack bersahaja. Aish kalau Morio angau dekat Jazmin, memang nak kena pukul la dengan Hayqal ni.

“Hay dah nak jadi ayah.” Kata Morio dengan teruja. Jun dan Fack terlopong, telinga mereka tak tersalah dengar kan? Jun menoleh ke arah Fack, Fack menoleh ke arahnya, mereka berbalas pandangan.

Jun memeluk Fack, “Aku dah nak jadi ayah saudara!” Kata Jun dengan teruja. Tak sangka kakaknya sudah hamil, syukurnya tidak terkata. ‘Alhamdulillah.’ Dia mengucapkan syukur berkali-kali di dalam hatinya. Tiada apa pun yang dapat melakarkan kegembiraannya di waktu ini.

Morio berdiri di celah mereka berdua, “Tapi kandungan dia baru sebulan. Dia kena banyakkan berehat, tak boleh buat kerja berat.” Kata Morio.

Fack memegang kepala mereka berdua, “Nak buat kerja jahat tak?” Tanya Fack dengan nada separa berbisik. Jun dan Morio masing-masing menjengketkan kening, kerja jahat apa pula yang diilhamkan oleh Fadzlin Cascel Kelvin ni?

Fack menceritakan plan jahatnya, Jun dan Morio tersenyum, lalu menganggukkan kepala mereka. “Setuju!” Kata mereka berdua serentak. Fack melagakan buku limanya dengan buku lima Jun dan Morio.

‘Habislah kau Hayqal.’ Bisik hati Fack dengan jahat. Biar padan muka si Hayqal merana lepasni.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now