Bab 11

1.5K 72 6
                                    

Keadaan di meja makan tegang, Luca menundukkan wajahnya. “Ray dah lari kan?” Teka Hayqal. Luca tidak membalas, dia diam tidak berkutik. Tadi ketika dia sedang sibuk menyediakan makan malam, Rayqal telah melarikan diri melalui pintu dapur. Dia pun tidak menyedari Rayqal sudah melarikan diri.

“Sejak bila kau jadi bisu ni Luca?” Tanya Hayqal mendatar.

Morio menghulurkan pinggan yang berisi stick daging yang sudah dipotong olehnya tadi. Luka di bahu Hayqal sudah dirawatnya. Nasib baik gunting itu tidak berkarat, kalau tak nanti bernanah la luka Hayqal.

Luca mengangkat wajahnya, “Aku tak perasan dia lari tadi.” Balas Luca serba salah. Dia tidak berani memandang wajah Hayqal, takut nanti Hayqal memarahi dirinya.

“Ouh.” Itu sahaja respon yang diberikan oleh Hayqal. Dia menyuapkan daging ke dalam mulutnya.

Luca memandang Hayqal, tidak pernah lagi Hayqal melepaskan salah satu dari mereka jika mereka membuat salah.

Hayqal menoleh ke arah Luca, “Kau tercegat apa lagi? Makanlah.” Kata Hayqal kepada Luca. Yang lain sudah mula menjamah makan malam mereka, hanya Luca sahaja yang termenung jauh.

Hayqal menghentikan suapannya, “Harraz mana?” Tanya Hayqal apabila kelibat Harraz tidak kelihatan di meja makan.

“Ada dekat ruang tamu, tertidur sebab penat sangat agaknya.” Jawab Lucas.

Hayqal menjuih bibirnya, “Tak payah risau la pasal Harraz. Dia okay je. Risaukan diri kau tu dulu.” Tegur Fack. Bukannya dia tidak tahu Hayqal sedang merisaukan kondisi Harraz. Selepas kejadian tadi, Harraz asyik menangis je. Setelah ditenangkan oleh Fack dan Lucas, akhirnya Harraz terlena di sofa. Dilanda kepenatan mungkin.

Hayqal menghela nafas lega, dia meneruskan suapannya. Lega hatinya jika Harraz tidak mengapa, kalau tidak nanti entah apa yang harus dikatakan olehnya kepada Ed jika sesuatu yang buruk menimpa Harraz.

Bayangan Jazmin yang ketakutan tadi singgah di kepalanya. Jazmin seperti diganggu oleh sesuatu, sesuatu yang menginginkannya. ‘Aku kena selidik latar belakang dia,’ bisik hati Hayqal. Jazmin berkemungkinan akan mengundang bahaya kepada mereka semua, lebih-lebih lagi kepada Harraz.

Teringatkan sahaja Jazmin yang cuba menikam Harraz tadi sudah membuatnya gerun. Nampaknya, dia terpaksa menghantar Harraz kembali kepada keluarganya. Mungkin Harraz akan lebih selamat jika tinggal bersama dengan keluarga kandungnya.
 
.

Jun menghentikan kenderaannya dihadapan sebuah rumah kayu usang, “Ini ke rumah kau?” Tanya Jun kepada Syaf.

Syaf menganggukkan kepalanya, dia menanggalkan tali pinggang keselamatan, “Terima kasih sebab lepaskan saya dan hantar saya balik. Jasa baik encik ni akan saya kenang hingga ke nafas terakhir saya.” Kata Syaf dengan penuh rasa rendah diri dan hormat terhadap Jun.

Jun membalas senyuman Syaf, “Benda kecil je. Kau masuklah dulu.” Balas Jun.

Entah kenapa, hati Juna berat dan sukar untuk melepaskan Syaf pergi begitu saja. Hatinya berat mengatakan bahawa akan ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Syaf. Syaf menganggukkan kepalanya, dia melangkahkan kaki kanannya ke perkarangan rumahnya.

Tiba-tiba ayahnya, Encik Hisyam menolak dia lalu menyebabkan dia jatuh terduduk di atas tanah. Jun yang baru nak meninggalkan perkarangan rumah Syaf terus terbantut niatnya.

"Aku dah jual kau kan! Kau buat apa lagi balik rumah?” Marah Encik Hisyam. Baru je dia menjual anak daranya itu kepada Along, boleh pula Syaf melarikan diri dan balik ke rumah.

Rambut Syaf dicengkamnya, “Kau ni tak habis-habis nak membebankan aku kan?” Dia melepaskan tamparan berkali-kali ke arah pipi Syaf. Panas barannya langsung tak dapat dibendung. Syaf hanya mampu pasrah dengan nasibnya. Nak melawan, kudratnya tidak sekuat kudrat ayahnya.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now