Bab 53

957 47 9
                                    

Mata Jazmin tertancap kepada suaminya yang sedang memberi sepatah dua kata di atas pentas. Senyumannya tidak lekang dari bibir, senyuman itu kan satu sedekah.

“Kau ni asyik tengok laki kau je, tak jemu ke?” Soal Ziqal yang sedari dari tadi asyik memerhatikan kelakuan Jazmin. Takkanlah dekat rumah tak dapat tatap wajah suami dia tu, sampaikan di majlis pun nak dipandang lagi?

Jazmin menoleh ke arah Ziqal, “Arwah baba pernah cakap. Nanti bila dah bersuami, pandang suami pun dah mampu dapat pahala.” Kata Jazmin. Oh patutlah matanya asyik melekat je dengan suami dia, rupa-rupanya sebab nakkan pahala.

Rayqal dan Ed berdiri di hujung dewan, mereka mengasingkan diri kerana malas untuk beramah mesra. “Kau dengan Alya apa ce?” Tanya Rayqal. Beberapa minggu yang lalu, Ed ada bercerita tentang Alya kepadanya. Wah maju kawan dia ini, diam-diam ubi berisi.

Tiada pula senyuman yang menghiasi wajah Ed, wajahnya tegang. “Dia dah ada yang lain ke?” teka Rayqal.

“Dia marahkan aku lagi.” Balas Ed acuh tak acuh. Semuanya kerana salah faham yang berlaku antara dia dengan Syaf tempoh hari, tak pasal-pasal Alya mengabaikannya. Walaupun sudah berulang kali dia jelaskan situasi sebenar, namun Alya tetap tidak memaafkannya. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Ed ialah pemilik kepada Nish Club, lagilah bertambah rasa amarahnya.

Hampir sahaja telinga Ed bernanah tempoh hari kerana dibebeli oleh Alya. ‘Awak tahu kelab malam tu haram, habistu kenapa awak nak buka kelab malam jua? Awak ni lagi teruk daripada pembunuh tahu tak!’ kata-kata Alya terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

Tempoh hari, bukan setakat kata cacian dan makian yang diberikan kepadanya, penampar juga turut diberikan.

Makin diingati balik kejadian itu, makin tawar hatinya kepada Alya. Walaupun dia sedia maklum dengan sikap Alya yang terburu-buru dan panas baran, namun baginya Alya tidak patut berbuat demikian kepadanya. Lagipun, bukannya dia yang memilih jalan hidup macam ni, tapi ayahnya yang tentukan buatnya.

Rayqal  memetik jarinya di depan  mata Ed, “Eh kau ni, orang tengah berbual dengan dia, boleh pula dia menggelamun.” Kata Rayqal yang telah mengembalikan Ed ke dunia nyata.

Ed tersenyum serong, “Maaf.” Katanya sebelum meneguk jus oren yang berada di tangannya.

Seorang wanita muncul di hadapan mereka berdua, tanpa berkata apa-apa, terus wanita itu menghadiahkan sebuah tamparan ke wajah Rayqal.

“Dayus!” katanya lalu tersenyum bangga. Terbeliak mata Ed yang melihatkan kejadian itu, hqmpir sahaja dia menyembur air ke arah wanita itu.

Rayqal memegang pipinya, dia menatap gerangan tersebut. “Nada Arina?” sudah hampir setahun mereka tidak bertemu, tiba-tiba sahaja gadis itu muncul di hadapannya. Dahlah salam pun tidak dihulurkan, boleh pula dia menghadiahkan tamparan ke wajah kacak Rayqal.

“Kurang adab betul.” Komen Ed. Dia terpaksa menundukkan pandanggannya untuk memandang Nada, pendek sangat!

Nada berpeluk tubuh, “Baguslah kalau kau ingat lagi aku.” Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi arnabnya. Tiada lagi panggilan ‘saya’ ‘awak’, tiada lagi Nada yang bersikap lemah lembut seperti tempoh hari.

Ryan pantas mendapatkan kakaknya. Waduh, gawat! Rosak reputasinya nanti jika kakaknya menimbulkan kekecohan di majlis ini. Ryan memaut pinggang kakaknya, “Maafkan saya Encik, kakak saya tersalah orang ni agaknya.” Ryan menundukkan kepalanya sebagai tanda meminta maaf.

“Kakak?” Rayqal menjongketkan kening kirinya. Adakah ini bermakna dia telah salah faham dengan peristiwa di pantai tempoh hari.

Nada menyangkal tangan adiknya, “Buat apa adik nak minta maaf dengan lelaki tak guna ni? Orang macam dia ni tak layak lah untuk dihormati!” Nada memarahi adiknya.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now